Pengakap Kuching 12

Siapa ahli pengakap? Jom kita baca Persetian Pengakap sekejap.

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,menolong orang pada setiap masa dan menurut undang-undang pengakap.

Siapa ahli pengakap Malaysia disini? Tentu best jadi pengakap, kan? Aku jadi pengakap pada umur 12 tahun di bawah Pengakap Matang 12, Sarawak. Masa itu memang best giler. Sebab dapat wakil sertai perkhemahan dan kawad kaki. Pertandingan kawad kaki yang tertinggi aku ikut adalah menjadi wakil Kuching. Fuh! Memang best lah. Tetapi kami kalah. Kalau menang tentu dapat wakil Sarawak. Itu pada tahun 2006.

Sekarang sudah tahun 2011. Dulu aktif jugak, tetapi semasa tingkatan 1,2 dan 3 aku agak ketinggalan kerana mungkin kerana sebab-sebab yang menghalang aku untuk mengaktifkan diri dalam pengakap ini. Pada tahun ini baru aku sedar bahawa menjadi pengakap ini penting sebab dapat melatih diri berdikari dan dapat belajar macam-macam lah. 

Aku pun mula lah terfikir dan sambung balik lencana Usaha,Maju dan Jaya. Aku rasa aku sempat kot ambil lencana Usaha memandangkan nanti akan ada perkhemahan peringkat negeri Sarawak antara sekolah teknik dan vokasional seluruh Sarawak. Aku harap aku dapat lepasi ujiannya dan memperolehi lencana Santubong serta lencana Serapi dan dapat lencana Usaha.

Aku harap sangat-sangat aku mampu dapat lencana ni dan bertambahlah ilmu aku. Ilmu ada dimana-mana yang penting belajar ilmu yang baik dan rajin.

Oh ya! Aku nak tanya. Ada sesiapa tahu adakah pengakap remaja boleh menggunakan buku hijau pengakap muda untuk mengambil lencana Usaha, Maju dan Jaya???

p/s: tang nak buat buku log ini agak liat sikit. Sudah buku log lama hilang.


4 comments:

Hasrol Nizam berkata...

aku tak pernah masuk pengakap. Jadi tak tahu sangat tentang lencana2 ni semua

Nas berkata...

adik aku masuk pengakap...
slalu gak g camping...
err.. aku plak just PBSM.. xmencabar langsung! hu3

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

mer..aku dulu pengakap jugak tapi selalu tuang part kawad..keh2..tapi jambori aku pergi yang kat nogori sembilan..tahun 2006.. =D

Tanpa Nama berkata...

hei,ada orang boleh beritahu macam mana nak buat buku log lencana usaha?send je ke hotmail saya:dawei982009@hotmail.com

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??