Apabila Sikap Hormat Menghormati Hilang...

Kata orang tua itu antara dengar atau tidak " Kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, janganlah kita membuang bangsa..." 

Aku seorang pemimpin.
Aku seorang pelajar.
Aku seorang anak.
Aku seorang manusia.
Aku seorang saja di sini. (hehehe)

..dan aku hamba Allah yang tidak punya apa-apa.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat kambing yang meragut rumput tanpa mengira ia kotor atau tidak.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat kereta BMW yang tidak mahu menghidupkan enjin.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat rumah yang tidak bertiang. Mana mungkin dibina sebuah rumah andai tiada tiang.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat seorang murid cuba mengajar gurunya cara mengajar.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat air sungai yang tidak mahu mengalir lagi mengikut arusnya.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat jam dinding yang tidak mahu berputar mengikut arah jam.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat matahari yang tidak mahu terbit di sebelah barat. Mana hancurlah dunia.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat sebuah kapal yang terumbang ambing di tengah lautan kerana kelasinya keras kepala(kepala apa ha?).

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat anak itik yang tidak mahu lagi pulang petang. (erk?)

Hormat itu penting. Iya, kehormatan itu penting. Hilang kehormatan maka hilanglah mahkota.

Yang mudah menghormati yang tua. Bagaimana pula dengan yang tua?

Kita rakyat Malaysia hidup berbilang kaum mestilah saling menghormati. Tetapi bagaimana hendak ku pecahkan tembok perkaumana di antara kita yang mana seorang yang layak dianggap PEMIMPIN BANGSA bersikap perkauman?

Bukankah yang tua patut menunjukkan teladan yang baik kepada yang muda? Tetapi bagaimanakah generasi yang muda akan maju apabil ada generasi lama bersikap sedemikian? Apatah lagi jika dia seorang PEMIMPIN(guru) yang mengajar BANGSANYA menulis serta mengajar membaca.

Entah laa..Biarlah aku menjadi air sungai yang akan mengikut arusnya kemana sahaja. Biarkanlah.. Hendak ku berjuang seorang diri tidak mampu kerna tiada siapa pun memahami aku.

Sudah ku laksanakan tanggungjawap..biarlah Yang Berkuasa sahaja menentukannya.

4 comments:

yaya_flanella berkata...

respect is the most important thing for us to others. nice entry. :)

kaizenshinobi berkata...

aku nak komen jugak! haha

setuju3...!!!!

tengkorakemas berkata...

kadangkala generasi lama masih bersikap prejudis, mungkin ada sejarah silam..

kita yg muda nila boleh mengubahnya, tapi rasanya mungkin tak perlu mendesak untuk mengubah mereka, kita cuma teruskan matlamat kita

♥yaya budak suka embun♥ berkata...

ada kamu di entry ini. eh...sini

http://embunmenitis-yaya.blogspot.com/2011/04/kalau-nak-orang-hormat-kita-tolong-la.html

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??