Saya Gembira Kerana Rakyat Sarawak Masih Memberi Kepercayaan Kepada Barisan Nasional

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Kaifa hal ya sodiq?? Semoga pembaca blog ini sentiasa sihat walafiat selalu. Terus kepada tajuk utama.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana Allah masih memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memerintah Sarawak Bumi Kenyalang yang kaya dengan hasil bumi ini. Tidakkah kita terfikir apakah yang akan terjadi apabila Pakatan Rakyat memerintah Sarawak seperti mana 3 buah negeri yang dimiliki mereka(PR) sekarang ini? Lihatlah Pulai Pinang! Lihatlah Kelantan! Lihatlah Selangor! Ops! Ini bukan kempen politik tetapi inilah kebenaran yang harus kita terima.

Andai kata kita inginkan perubahan. Siapa yang lebih baik untuk kita pilih? Adakah Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat?

Katakanlah Barisan Nasional tidak menepati selera anda. Mahukah anda memilih Pakatan Rakyat? Iya, mesti anda mahu kerana anda mahukan perubahan tetapi perubahan bagaimanakah yang anda mahu selepas Barisan Nasional membangunkan negeri anda? Lihatlah Selangor. Adakah ada perubahan? ataupun hanya sekadar menikmati projek pembangunan yang  dilaksanakan Barisan Nasional. Saya tidak kisah jika Pakatan menguasai Sarawak tetapi biarlah janji-jani yang "munasabah" itu dilaksanakan.

Sehubungan itu, pilih lah yang terbaik. Jika anda mahukan generasi anda hidup pada masa akan datang. Buatlah pilihan yang bijak namun jangan menggunakan konsep " Belum Cuba Belum Tahu" kerana sekali cuba pasti menyesal.. Macam juga dadah. Kita belum tahu bagaimana rasanya kan? Sebelum ini pun sekadar mendengar daripada media massa dan guru-guru bahawa dadah itu memudaratkan. Tetapi bila cuba bagaimana? Pasti akan menyesal.

Oleh itu, terima kasih rakyat Sarawak kerana anda memilih Barisan Nasional untuk membangunkan Sarawak. Saya berharap Barisan Nasional akan melaksanakan janji-janji yang diberi secepat mungkin. Oh ya, janji mana yang lebih baik? Janji yang lambat dilaksanakan ataupun janji yang memang tidak akan terlaksana? Cuma sekadar janji air liur.

*iklan*

Janji air liur ibarat hendak menempah tiket kapal terbang.

" Man, tolong tempah tiket untuk aku..?"

"Duitnya mana?"

" Duit..nantilah aku bagi.."

-gunakanlah kad kredit. Hahaha!-

*iklan*

Sekian terima kasih.

Pemerhati politik belasan tahun.

- Amir Izzat-


5 comments:

Tanpa Nama berkata...

masih tak tahu ke bro? umno ni yang dikenali sebagai songkat tinggi, seorang yang pengkhianat, habis duit raya dibuah rasuah nya.,

memang Tv 3 ke tv1 tak akan menjelaskan perkara yang sebenar sebab diorang dah bersekongkol dgn umno. !

amerika ada zionis, malaysia ada umno

Nizam berkata...

huhu..no komen bab ni...
sebab baik kerajaan mahupun pembangkang masing-masing ada agenda tersendiri...
jadi sebagai pengundi kenalah bijak memilih... :)

Tanpa Nama berkata...

:) salam.. sy juga pemerhati politik, masih belum mengundi.... dah lama sy memerhati, dah lama, mungkin sama mcm saudara izzat. malah setiap hari sy akn habiskn masa untuk mnziarah blog2 politik samada BN / PR. :)

sy cuma nk tahu, saudara izzat ni org mn? saudara pernah [ergi kelantan? kedah? penang? tahu tak berapa hasil negeri kedah slps PR memerintah n sewaktu BN memerintah?
nasihat sy, jgn mudah percaya kpd media, terutamanya Utusan Malaysia, TV3, Kosmo... :)
luaskan pandangan, celikkan mata dan nilailah guna hati bkn guna wang ringgit dan kuasa..

KERAJAAn merujuk kepada sesiapa yg memerintah, malah KERAJAAN wajib melaksanakan pembangunan2 di negara kita, mahupun PR memerintah, mereka akn lakukan perkara yg sama kan :)

lagi satu, saudara tahu tak , sy pernah dengar bhw negeri kelantan di anak tirikan oleh kerajaan malaysia.. saudara tahu apa tu adil? kalau x silap sy, maksudnya 'tidak meletakkan sesuatu pd tempatnya'... jadi, adilkah pimpinan pusat Malaysia? :)

fikir2kn lah.. buatlah lebih banyak kajian ya :)

oh lupa juga, sy harap taib dpt kembalikan tanah2 yg dirampas olehnya n kroni2 kpd rakyat dan dpt mmbangunkan sarawak sebagusnya.. negeri besar n banyak hasil tanah, tp x sangka, 30 tahun taib memerintah, masih ada kwsn yg ambil air dr sungai.. hihihi.. nk kata xda tanah nk buat saliran air xtau la pulakkan :P

Ibn Abdullah berkata...

aduh, kasihan pd rakyat Sarawak kerana terus menerus merempat di bawah rejim BN....nak kata mereka yang berada dibandar cerdik utk menilai, mungkin kerana bandar tempat PR mendapat sokongan....ya, kerana maklumat samapi...tp, kasihan pd org2 luar bandar yang hanya kenal tv1,tv3 sahaja....sebeb tu la BN cuma hebat dgn org luar bandar n FELDA...kasihan mereka yang berada di bandar dan mendapat sumber maklumat yg cukup, tp gagal menilai mana satu yang baik dan buruk...

.:: Zul ::. berkata...

satu saja pesanan..jgn terlalu terpengaruh dengan media mainstream..rajin2 jga mmbaca media yg neutral.yes.dua2 belah pihak ada klemahan.tapi bukankah tidak adil jka nak dibandingkan org yg mmerintah selama 50+ tahun dengan org yg mmrintah 3 tahun?

saya sebagai rakyat kedah alhamdulillah setakat ini berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan PAS.

di kelantan,tengku razaleigh hamzah, tokoh veteran umno sendiri,yang juga orang kuat petronas mngakui yg hak rakyat kelantan (royalti minyak) dinafikan oleh kerajaan pusat.bagaimana kelantan nak maju jika salah satu sumber kewangan mereka dirampas?sila google untuk maklumat lanjut.

kita brada diatas landasan yg sama iaitu sbagai pemuda dan rakyat yg memerhati keadaan politik semasa.jadi, kita sama2 harus bijak memerhati dan bijak memilih yang mana hak dan yang mana batil.

yang mana kita rasa salah kita tentang.dan yang mana betul kita sokong.untuk melakukan sokongan atau tentangan itu,langkah pertama yg perlu kita buat ialah dengan mendapatkan sumber yang betul.perbanyakkan bacaan.. :)

susah nak cari orang muda mcm u ulas psal politik.keep it up! :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??