Man Ana?

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Kaifa halukum ya ikhwanul muslimin?

Hidup ini kadang-kadang terasa perit sekali. Walaupun sudah berada pada jalan yang benar, akhirnya tewas jua pada jalan syaitan.

Sejak kebelakangan ini, sakit kepala sering menggangu ana (Eh! Macam dalam iklan pulak). Entah la, hendak dikatakan kerja yang banyak tidaklah sampai begitu. Cuma jiwa ana begitu resah sekali dan tidak tahu hendak dimana hendak meluahkan perasaan ini.

Hendak saja perasaan gelisah dikongsikan bersama ummu tetapi sukar sekali untuk membuka bicara.

Perasaan ini begitu menguasai fikiran. 

Ana keliru. Man ana?? Man ana?? Man ana?

Siapa aku? Siapa aku? Siapa aku??

Untuk apa terus hidup dimuka bumi ini jika bergelumang dengan dosa. Ana sedar akan perjanjian manusia dengan Allah bahawa Allah jadikan ana(manusia) untuk beribadat kepadanya tetapi........tewas jua pada nafsu yang tidak henti menggoda.

Jika hidup ini bergelumang dengan dosa, hidup seribu tahun tiada gunanya.
Jika hidup ini kerana mengejar dunia, terlepaslah syurga.
Jika hidup ini hanya makan dan minum, apa gunanya perintah Allah itu.
Jika hidup ini hanya untuk suka-suka, untuk apa mencari keredhaan Allah.

Ya Rabb,
Ampunilah daku.
Tambahkanlah kecintaanku pada-Mu
Tambahkanlah kecintaanku pada kekasih-Mu,Muhammad.
Tambahkanlah kecintaanku pada Al-Quran,
Dan tambahkanlah kecintaanku pada sunnah kekasih-Mu.


Allahuakbar!!

p/s: Ya Allah, janganlah aku mempunyai sifat orang munafik kerna tulisanku di blog ini.

1 comments:

Azah Rahaman berkata...

sihat alhamdulilah, anda ? moga bersabar ye dengan segala dugaan yang allah berikan :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??