Sudah sampai di KLIA.

Yeay!! Akh dah sampai kat KLIA. Syukur kepada Allah kerna memudahkan perjalanan inj. Dengan izin-Nya aku dapat bernafas ari ini... Sekarang sedang menanti penerbangan dari KLIA - Kota Bharu...


Kawan.. Kepala den pening naik MAS woooo. Huhuhu.
Published with Blogger-droid v1.6.9
jom baca lagi

Menanti Penerbangan dari Kuching - Kuala Lumpur

Assalamualaikum & selamat pagi. Kawan- kawan seme sihak ke? Kalau sihat,alhamdulillah. Hehe. Kalau tak sihak? Itu ujian daripada Allah agar kita sentiasa mengingati Dia. Tp ada satu lagi,kalau selalu sakit..tak lama lah tuh naaaakk..... (buat-buat tau la ye)

Ha. Tau tak ambe kat ne sekarang? Ha, aku kat airport Kuching ni. Tengah tunggu flight pukul 7.

( Fuh! Penat weyh taip entri guna phone)

Tahu tak aku tak sabar dah nie? Cuma aku nak cakap yg aku berpakaian lain dari biasa... Ikut sunnah Nabi.

Hari ini aku berazam nak berubah. Ubah perwatakan dan ubah perangai. Moh kita jadi orang Islam yang beriman & berakhlak mulia.

Ok lah... Sy pergi duluuuu.... Jangan jeles.. Kamek nait belon bah. Hahaha.
Published with Blogger-droid v1.6.9
jom baca lagi

29 Mei 2011: Terbang Dari Kuching Ke Kelantan

Sudah begitu lama blog ini sunyi tanpa berita. Mungkin tiada sesiapa yang sedar akan ketiadaanku. Siapalah aku ini, hanya blogger picisan yang menulis nota diri sendiri.

Esok.

30 Mei 2011. Tepat jam 5.30 pagi. Aku akan bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ,Sarawak. Dari sana aku akan menaiki penerbangan menggunakan pesawat MAS. Sebelum ini, Air Asia menjadi pilihan tetapi memandangkan kerajaan tersangatlah baik hati (kononnya) telah menaja penerbangan ini dari Kucing  -KLIA - Kota Bharu. Best kan kerajaan yang baik hati (kononnya) menaja penerbangan aku dan keluarga? 


Tahu tak macam mana aku dapat tajaan ini?

Sebenarnya gini, aku buat satu kertas kerja bertajuk " Bantulah Saya Pulang ke Kelantan ".

Aku cerita la kisah suka duka aku disni, tiada duit nak balik lah, cakap duk sini lama nak mampus sampai rindukan kampung, lepas tu cakap la duduk kat sini iman kena tebal sebab aweks sini menggoda jiwa aww. Kemudian, aku bodek la kerajaan sikit sebanyak bahawa kerajaan bawah pimpinan DS Najib ini semakin maju. Banyak lah aku kasi supaya dapat tiket ni.

Sebelum itu, aku mintak pindah tetapi tak dapat. Maka, aku mintak tiket je la. Ingatkan tak dapat tetapi alhamdulillah. Kerajaan sekarang perihatin (kononnya) sampai sanggup taja tiket penerbangan aku kali ini. Baik kan? Tetapi kerajaan tarik pulak tajaan untuk kos kontena jika berpindah. Banyak jugak la kerajaan tarik tetapi aku tak kisah. Aku sebagai rakyat Malaysia yang kononnya memahami kerajaan faham apa tindakan kerajaan. 

DS Najib perlu tanggung isteri dia kan? Opss! Salah pulak. DS Najib terpaksa fikir sampai pecah kepala nak kasi rakyat selesa. Iya, aku faham. Yang aku keliru sekarang, siapa perdana menteri kita sekarang? Haha! ( korang tentu faham).

Ok! Sambut balik pasal tiket itu. Jujur la aku cakap yang aku TIPU. Haha.

Sebenarnya tiket tu tiket penerbangan untuk guru. Mak aku dapat. Jadi, boleh balik bercuti lah cuma aku malas nak balik sebab aku tak mahu balik. Huh? Haha.. Malas nak balik sebab tak mahu tinggalkan awek kat sini. Kesian awek aku kat sini... tetapi kena balik gak sebab aku ada awek yang lagi cun kat sana.

Gambar? Takdak. Tapi awek aku tue motorsikal. Heheh!
jom baca lagi

Aku Rindukan Kampungku, Kelantan Darul Naim

Sejak merantaui jauh nun disana, aku selalu teringatkan kawan-kawanku di kampung. Memang indah saat kami bersama. Aku rindu akan masakan mak long aku. Aku rindu semua yang ada di kampungku. Tiga tahun aku disana, mana mungkin aku lupakan kenangan yang tercipta.

Walaupun selepas aku merantaui, jarang sekali aku berhubung dengan sahabatku disana tetapi kerinduan itu makin menebal. Aku rindu untuk bercakap bahasa ibundaku. Aku rindu untuk bermain permainan orang Kelantan.( Cth. Choh). Aku rindu saat aku dan kawanku mandi di Lata Kertas. Aku rindu saat kami lepak bersama-sama. Aku mengerti bahawa itu semua tinggal kenangan.

Kini cuti pertengahan tahun kembali lagi. Aku kira sudah hampir setahun aku tidak pulang. Mungkin dua tahun. Argh! Aku lupa masanya kerna masa berlalu dengan pantas sekali. Aku harap cuti kali ini aku manfaatkan sebenar-benarnya. Memang aku terlalu rindukan mereka.

Suasana di kampungku amat berbeza dengan suasana di bandar Kuching ini. Aku dapat rasakan bahawa kehidupan di bandar ini membuatkan aku tiada masa untuk bersama kawan tetapi di kampung aku ada masa untuk lepak dan mengeratkan silaturrahim antara kami. Kami bermain guli bersama-sama, ronda-ronda bersama, mandi sungai bersama dan semuanya bersamalah. Dan kami amat erat sekali. Ukhuwah di antara kami memang erat..

Tapi di bandar, budak disini tidak mungkin bermandi manda di sungai. Tidak mungkin bermain guli. Tidak mungkin mahu berkelah di tempat air terjun dalam hujan. Tidak mungkin memukat ikan. Tidak mungkin membidas ikan. Tidak mungkin bermain permainan tradisional. 

Oh! Aku begitu rindu kampungku..aku begitu rindu masakan maklong ku. Masakan orang Kelantan yang enak sekali. Masakan yang ku makan selama 3 tahun. Terima kasih Mak Long dan Ayah Long kerna sudi menjaga Amir selama 3 tahun disana. Jasa dan budi Pak Long dan Mak Long tidak dapat Amir balas. Sungguh besar sekali..

Aku harap..cuti kali ini akan ada sesuatu yang bermakna buat diriku. Aku tidak mahu menghempuskan nafas terakhir ini jauh disana. Biarlah aku menghembuskan nafas yang terakhir ini disisi keluarga yang tercinta. Aku takut andai aku tidak dapat melihat wajah ayah, ibu, adik dan keluargaku. Aku mahu "pergi" dengan aman.

" Ya Allah...Engkau tetapkanlah imanku. Matikanlah aku dalam beriman dan bertaqwa kepadamu."

Dan..maafkanlah aku sahabat kerna kita tidak bisa menjadi seperti dulunya.


jom baca lagi

Hikayat Kelapa Dara & Kelapa Tebuk Tupai

Amie Artwork yang design nieh.
   
Alkisah tersebutlah kisahnya Kelapa Dara Dua Bentara dengan Kepala Tebuk Tupai. Dengan kuasa yang Maha Esa, maka berbuah lah kedua-duanya sehingga beranak pinak menjadi banyak banyak. Bila fajar menyinsing,datanglah dua orang pemuda yang gagah perkasa memanjat pokok kelapa itu dengan bersungguhnya dek kerana tidak makan dan minum dua purnama.

Namun, pantang larang meminum air Kepala Dara & Kelapa Tebuk Tupai haruslah diikuti iatu harus membelahnya tanpa menggunakan parang.  Maka, selepas bersaksikan burung hantu yang berkenyit mata, dua pemuda itu terus mengambil dua biji kepala. Si Mereng Kepalasiwak mengambil  buah Kelapa Dara dan Si Mereng Kepalacawat mengambil buah Kelapa Tebuk Tupai. Maka, berbelahlah kedua-dua buah kepala dengan tetakan ibu jari kaki si Mereng Kepalasiwak itu lalu air kepala yang lazat itu mengalirlah melalui kerongkong dua pemuda itu.

Tiba-tiba,kelihatan si Mereng Kepalacawat termuntah-muntah dek air Kelapa Tebuk Tupai yang tidak enak rasanya tetapi Si Mereng Kepalasiwak terus meminum buah Kelapa Dara dengan tekunnya. Maka, berdukalah hati Si Mereng Kepalacawat kerana tidak dapat menghilangkan haus dua purnama itu.

Maka dengan itu , matilah Si Mereng Kepalacawat dek kehausan.

******

Maka, beruntunglah mereka yang meminum buah Kelapa Dara kerana walaupun anda tiada dara anda akan ada dara semula!  Yeeeha!

Apa yang korang faham akan kisah Hikayat Kelapa Dara & Kelapa Tebuk Tupai?

Kisah ini boleh la ditafsirkan mengenai kehidupan kita. Jom kita pergi kepada isu yang lebih serius. Kalau tak mahu serius, tak apa. Take it easyly. (wah! Pandai dah kome cakap orang puteeh yer.) 

Makan dengan A. Galak, hamba nak gelak. Hahahahaha! ( tak lawak)

Kisah ini boleh la kita terjemahkan dalam kehidupan kita yang mana:

1. Orang yang tidak bertudung dengan orang yang tidak bertudung adalah berbeza.
2. Orang yang solat dengan orang yang solat adalah berbeza.
3. Orang yang melakukan suruhan Allah dengan orang yang meninggalkan suruhan Allah adalah berbeza.
4. Orang yang memberi nasihat dengan orang yang mengutuk adalah berbeza.
5. Orang yang makan rasuah dengan orang yang tidak makan makan rasuah.
6. Orang yang mengumpat dengan orang yang tidak mengumpat adalah berbeza.

Biaaaaaaaaaaaarpun! (biarpun)

Mereka mempunyai perangai yang sama iaitu:

1. Mencarut
2. Tengok ceria lucah.
3. Skodeng Makcik Karipap.
4. Main judi.
5. Mencuri
6. Meliwat. ( Datuk mana yg suka meliwat? haha)

Mereka semua adalah berbeza.

Maaf jika korang masih tak faham. Apa yang hendak daku sampaikan adalah buah Kelapa Dara dan buah Kelapa Tebuk Tupai tetap berbeza walaupun buah ini asalnya kelapa. 

Begitulah juga dengan:

1. Orang yang tidak bertudung dengan orang yang tidak bertudung tetapi tidak tutup aurat.
2. Orang yang solat dengan orang yang solat tetapi tidak ke masjid untuk berjemaah.
3. Orang yang melakukan suruhan Allah dengan orang yang meninggalkan suruhan Allah tetapi takbur.
4. Orang yang memberi nasihat dengan orang yang mengutuk tetapi riak.
5. Orang yang makan rasuah dengan orang yang tidak makan makan rasuah tetapi bersyukur.
6. Orang yang mengumpat dengan orang yang tidak mengumpat tetapi mencarut.

Yaaaaaaaaaaaaaa, mereka semua berbeza walaupun mereka melakukan dosa yang sama kerana mereka ada jugak ikut suruhan Allah. 

" Janda dengn anak dara sama tak? " tanya Pak Mat pada korang. (tak lawak)

Oleh itu, walaupun orang itu membuat dosa sekalipun tetapi dia ada jugak ikut suruhan Allah daripada korang yang membuat dosa tetapi langsung tak pernah ikut suruhan Allah. Jangan perasaanlah korang nie sama dengan mereka. Sedar sikit.

" Sekurang-kurangnya orang yang bertudung tetapi mengumpat ni ada jugaklah ikut perintah Allah daripada tak bertudung lepas kutuk dalam blog akan orang bertudung. Oops!" celah Makcik Timah.

Oklah... aku harap korang faham lah. Rasa nak tidur la pulak. Sudah ler kerja banyak nie. Almaklumlah, tak lama lagi ada Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011. Hehe.. Amir Izzat beradu dulu ye..

" Takkan la nak tunggu takdak dosa langsung baru nok tegur orang.." - ada sorang ustaz cakap.

" Sek mung keno tobat doh bilo oghe tegur mung wat tubik fatwa kaum beruk. SOh doh mung ni jahil. Gappo namorima manusia lagu nih. Mugo dok gituh!" - Amir Izzat cakap.

( Maka, tertidur lah Amir Izzat dengan bantal bucuknya yang berbentuk ikang duyung ) - ini lagi la tak lawak.

p/s: makan nasi dengan A. Galak, hamba nak gelak. Hahaha!
jom baca lagi

Wajarkah Nuffnang Dibuang Dari Blog Ini?


   Nuffnang merupakan satu satunya syarikat pengiklanan yang ana sertai. Selain Nuffnang, ana memang tidak layaklah untuk mendaftar kat mana-mana syarikat pengiklanan lain kerana trafik yang agak menducatikan. Dulu memang gilakan duit dan alhamdulillah selepas setahun bersama Nuffnang. Hasilnya begitu lumayan.

Barangsesiapa yang ada trafik rendah tetapi sanggup setia denganya. Jawapanya adalah Nuffnang. Tak percaya? Nah tengok!


Empat Buffered Earning yang bermain di blog ana tetapi malangnya trafik ana tidaklah banyak dan sukar untuk mencari trafik kecualilah ana menulis tentang isu hangat. Dulu memang ada tulis tetapi sudah insaf. Haha!

Dengan Nuffnang , ana memang tidak akan rugi sebab sambil berblog ada juga sampingannya walaupun tidaklah banyak mana tetapi sekurangp-kurangnya ada. Nuffnang ni sebenarnya best tetapi kadang-kadang tak best sebab lambat sangat nak naik duit tuh. Haha!

Tujuaan ana pada malam ini adalah ingin bertanya. 

" Wajar atau tidak Nuffnang ini dibuang dari blog ini?"

Sebab-sebab ana hendak buang Nuffnang adalah kerana ingin memperbetulkan niat sebab wang ini kadang-kadang membuatkan kita taksub dan sanggup melakukan apa sahaja. Sudah dua hari ana membuat onar di facebook sebab nak cari duit. haha! (churp-churp). 

Sesaje je tanya.. Ikut rasa memang tak mahu buang sebab duit tetapi ikut hati nak buang. Antum (korang) rasa patut tak? hehehe... Tunggu earning cukup untuk cashout. Ana  akan buang kot. Haha.

p/s: mesti antum pelik ana tanya soalan macam nie. Haha.
jom baca lagi

Man Ana?

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Kaifa halukum ya ikhwanul muslimin?

Hidup ini kadang-kadang terasa perit sekali. Walaupun sudah berada pada jalan yang benar, akhirnya tewas jua pada jalan syaitan.

Sejak kebelakangan ini, sakit kepala sering menggangu ana (Eh! Macam dalam iklan pulak). Entah la, hendak dikatakan kerja yang banyak tidaklah sampai begitu. Cuma jiwa ana begitu resah sekali dan tidak tahu hendak dimana hendak meluahkan perasaan ini.

Hendak saja perasaan gelisah dikongsikan bersama ummu tetapi sukar sekali untuk membuka bicara.

Perasaan ini begitu menguasai fikiran. 

Ana keliru. Man ana?? Man ana?? Man ana?

Siapa aku? Siapa aku? Siapa aku??

Untuk apa terus hidup dimuka bumi ini jika bergelumang dengan dosa. Ana sedar akan perjanjian manusia dengan Allah bahawa Allah jadikan ana(manusia) untuk beribadat kepadanya tetapi........tewas jua pada nafsu yang tidak henti menggoda.

Jika hidup ini bergelumang dengan dosa, hidup seribu tahun tiada gunanya.
Jika hidup ini kerana mengejar dunia, terlepaslah syurga.
Jika hidup ini hanya makan dan minum, apa gunanya perintah Allah itu.
Jika hidup ini hanya untuk suka-suka, untuk apa mencari keredhaan Allah.

Ya Rabb,
Ampunilah daku.
Tambahkanlah kecintaanku pada-Mu
Tambahkanlah kecintaanku pada kekasih-Mu,Muhammad.
Tambahkanlah kecintaanku pada Al-Quran,
Dan tambahkanlah kecintaanku pada sunnah kekasih-Mu.


Allahuakbar!!

p/s: Ya Allah, janganlah aku mempunyai sifat orang munafik kerna tulisanku di blog ini.

jom baca lagi

Mengumpat

AMARAN: ENTRI INI PANJANG SIKI.

Sepuloh tahun dahulu..

Azman merupakan seorang gigolo yang bekerjaya. Pekerjaan yang dianggap mulia (kononnya) bagi Azman itu memberikan dia segala-galanya. Pada masa itu, pemerintahan negara Langbuana tidak berasaskan agama Islam. Negara Langbuana telah menjadi sebuah negara yang sekular dan pemimpin negaranya tidak mengamalkan sistem Islam yang sebenar. Masyarakatnya pula tiada pegangan agama yang kukuh. Hidup seperti zaman Jahiliyah. Rasuah, zina, buang bayi, pemerintahan tidak adil dan maksiat semakin berleluasa. Tidak hairan lah jika kerjaya seorang gigolo yang merelakan juburnya disondol.

Datuk A pula pelanggan setia Azman atau nama glamer Azman ialah Pe'ah Jubure. Selain Datuk A, Datuk N juga sering mengunjungi rumah Azman. Kadang-kadang Datuk A dengan Datuk N selalu bergaduh kerna merebut Pe'ah Jubure.

Dunia sepuloh tahun lepas memang maju. Maju dari segi pembangunan tetapi tidak pada akhlak masyarakatnya.

Pernah jugak Azman berfikir untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan namun kehidupan itu memaksa dia untuk terus hidup bergelumang dengan dosa. Barang keperluan mahal, minyak naik, gula naik dan semua benda lah naik.

Ketika sedang berseorang di bilik. Azman membuka laptopnya yang berjenama BETIK. (tak lawak). Sambil melayan kebosanan. Azman termenung seorang diri.

" Hurm, apa guna aku hidup bergelumang dengan dosa. Datuk A sudah ada amoi chantek. Datuk N pula sudah kahwen dengan Datin Roro. Takkan aku hendak main jubur ke mencari duit..erm..." keluh Azman.

Azman tahu bahawa Allah Maha Pengampun lalu dia nekad untuk berubah. Sambil mengakses internet. Azman menaip



Lalu terjumpa lah beliau blog Mujahid Malaysia yang  mengajar beliau cara untuk solat sunat taubat. (hehe)

Sejak dari itu, Azman telah berubah. Ditinggalnya Datuk A dan Datuk N. Ditinggalkan semua gegala maksiat dan terus kembali ke panggal jalan.


*****

Selepas sepuloh tahun berlalu...

Negara pada ketika ini semakin maju ke hadapan. Pemerintah negara sudah ditukar kepada pemerintah yang lebih adil dan tidak memakan rasuah. Johor, Melaka, Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak ditakluk oleh pemerintah yang baru.

Teringat pula kisah Azman si Pe'ah Jubure.

Azman pada sepuloh tahun dahulu dan sekarang amat berbeza. Azman memang benar berubah dari seorang gigolo kepada ahli masjid. Dari seorang yang bertuhankan syaitan kini sering memuji Allah. Daripada Jubure disodol kepada bersetubuh dengan cara yang hala. Isteri Azman jugak begitu cantik memakai purdah.

" Ya Allah, hamba memohon ampun atas segala dosa hamba selama ini. Hamba benar-benar kesal. Ya Allah, jangan engkau tinggalkan aku dalam kejahilan,maka Engkau tambahkanlah ilmu pengetahuan dalam diriku. Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan aku dalam keadaan berdosa,maka Engkau ampunilah dosaku. Aku bersyukur  dengan izin-Mu aku dapat kembali ke pangkal jalan dan janganlah Engkau pesongkan daku setelah dikau memberi hidayah padaku. Amiin."  Azman berdosa dengan penuh keikhlasan dan merendah diri.

Tetapi Azman mempunyai masalah dengan masyarakat yang masih terikat dengan cara hidup lama. Mengumpat, menfitnah serta sikap mencemuh orang lain. Walaupun dasar pemerintahan negara telah berubah tetapi masyarakat masih tetap mengamalkan budaya songsang yang sama.

" Inilah akibatnya masyarakat tidak berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah" omong Zahid, sahabat Azman yang sedang membaca suratkhabar. 


" Betul tu, aku hairan dengan sikap masyarakat kita. Diberi ilmu tidak mahu terima tetapi berlagak dan bodoh sombong. Alangkah bagusnya masyarakat kita berubah dan kembali ke jalan Islam yang sebenar." sahut Azman.

" Semoga kita diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah agar terus mengamalkan cara hidup Islam. InsyaAllah." kata Zahid sebagai penamat bicara.

******

Hendak dipendekkan cerita, ada seorang lelaki bernama Mamat. Sahabat Azman ketika menjadi Gigolo dahulu ini sering menyebarkan kisah silam Azman dahulu.

"Weyh, kau nak tahu tak si Azman itu dulunya kerja Gigolo. Geng kamcing tue. Anak emas Datuk A dengan Datuk N. Longgar dah jubur dia tuh. Kompem susah nak kentut lepas nie... hahaha" cerita Mamat dengan bersunguh-sunguhnya pada  Awang.

Maka, tersebarlah cerita itu dari mulut ke mulut orang kampung yang suka mengumpat yang tidak pernah mengambil tahu bahawa dosa mengumpah lebih besar daripada berzina. Walaupun orang kampung ketika itu memakai ubat gigi Halalgen tetapi jika perkataan yang keluar daripada mulut itu haram. Tiada gunanya jua...

Begitulah keadaaan masyarakat ketika itu..mengumpat dan terus mengumpat. Walaupun memang benar Azman seorang gigolo tetapi kisah lalu tidak boleh diungkit kerana Allah itu Maha Pengampun.

" Takkan kau nak berputus asa untuk berubah Man.. Ingat! Sedangkan Allah sendiri tidak berputus asa dengan hambanya. Inikan pula kita.. Sabar Man." Terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat dunia dan akhiat di telinga Azman.



" Terima kasih sahabat. Walaupun aku ni bekas gigolo. Kau masih sudi menjadi sahabatku.. Terima kasih .. dan aku yakin tidak kiralah jika kita seorang perogol, perompak, penyamun tapi kita ada semangat untuk berubah. Pasti Allah akan menerima keampunan kita.." balas Azman.




Akhir kata, Azman kirim salam dekat semua umat Islam. Ambillah teladan. Assalamualiakum!


Nukilan:


Azman bin Tukiman aka Pe'ah Jubure. ( tak lawak pun nama)


Pengajaran cerita ini:

1. Walaupun kita ini banyak melakukan dosa, kita masih boleh bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka sebelum kiamat.

2. Ingat! Mengumpat adalah lebih keji daripada berzina dan seburuk-buruk dosa adalah berzina dengan ibu sendiri.

3. Kita tidak boleh cakap sesukati kisah silam orang itu walaupun dahulu dia begitu jahat sekali. Mana tahu dia sudah berubah.

4. Berdosa mengeluarkan perkataan yang haram disebut seperti kimak kau! kimen kau! Palak kau! Butoh kau! Sial kau! Tunok butoh kau la! Pukek kau! ( contoh je bang..)

Setakat itu sahajalah ..Banyak pengajaran daripada kisah ini. Andai diteliti betul-betul, pengajaran sebagai seorang pemerintah pun ada. Tetapi aku tidak mahu ulas lah siapa Datuk A dengan Amoi dan Datuk N dengan Datin Roro. Hahaha!

( Cerita ini tiada kaitan dengan bapak tiri laki mak hang ataupun dengan sesiapa. Ok?) - ini pun tak lawak.
jom baca lagi

Kamek Sayang Cikgu 5 Katering! Selamat Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Negara


Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Korang apa khabar? Sihat ke tidak? Hari ini solat ke tidak? Ada terbuat maksiat ke tidak? Yang paling penting, ada ingat Allah ke tidak dari bangun tidur sampailah waktu sekarang? 

" Amat beruntunglah orang orang hari ini lebih baik daripada hati semalam dan hari esok lebih baik daripada hati ini "

Yaahoo!! Beruntungnya.

Oh ya! Hari ini hari apa ye?

" Hari Isnin la der.."

Itu aku tahu la. Tetapi tahukah anda pembaca sekalian bahawa hari ini har yang sangat penting iaitu Hari Guru. Sedar ke dok nih?

" Tapi bro, sambut hari guru ni haram laa. Ini konspirasi Yahudi"

Haha! Nok sukko kawe denga boh!
(Nak ketawa aku dengar)

Sambut Hari Guru ini tak haram tetapi yang haramnya korang sambut hari guru ini dengan melakukan perkara haram jaddah. Pehe dok?

Nak tanya..korang bagi hadiah apa kat guru hari ni?

" Hurm..aku bagi senyuman je"

" Aku pulak bagi kad ucapan."

" Aku tak bagi papa..."

Huh? Haha! Mesti ada banyak jawapan lah dari korang. Tak apa, kita cakap dalam ruangan komen. 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMV Kuching ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengajar dan tidak mengajar kami semua. Kami juga ingin memohon maaf andai tersilap kata dan perbuatan. Selamat hari guru.

" Waah! Skemanya.."

Mestilah! Mana tahu kalau pengetua baca dan terus belanja aku KFC. Siapa yang untung? 

Pergh!

Tanpa guru kita takkan mampu membasuh berak (tak lawak), tak mampu membaca, tak mampu menulis dan sebagainya. Sebagai anak murid, kenanglah jasa guru. Okay?

Nasihat untuk cikgu.

1. Didiklah bangsamu seperti kamu membina masa depan negara.
2. Didiklah bangsamu dengan ikhlas bukan kerana terpaksa.
3. Didiklah bangsamu dengan senyuman agar mereka sentiasa ceria.
4. Didiklah bangsamu dengan akhlak yang mulia agar mereka mencontohimu.
5. Didiklah bangsamu dengan harapan mereka akan menyambung legasimu.
6. Didiklah bangsamu dengan sabar dan tabah walaupun mereka sentiasa melawan.

"  Tugas seorang guru adalah mendidik bukan sekadar mengajar matapelajaran. Apa guna seorang pelajar mendapat 10A atas ajaran gurunya tetapi akhlak dan moralnya tidak setaraf 10A itu. Guru haruslah mengajar dan mendidik. "

" Amirizzat cakap memang senang.. ingat senang ke jadi guru?"

" Semua kerja susah andai kita berkerja untuk mencari keredhaan Allah maka kerja itu akan menjadi mudah"

" Alaa..nasihat memang senang tetapi cuba kau jadi guru."

Nak kena sekeh ke? Hahaha! 

IKLAN: ANDA MAHUKAN KESEGARAN MULUT YANG BERPANJANGAN? JOM KE SINI.

Nasihat untuk pelajar pulak veris kasar:

1. Korang sebagai pelajar toksah la nak membebankan guru dengan masalah disiplin korang. 

2. Korang ikut je la cakap guru. Apa yang guru suruh itu semuanya elok. Ini tidak, makin bebal ada lah. 

3. Korang sebagai pelajar toksah la kutuk belakang cikgu-cikgu nie. Alaaa...macam tak biasa,kan? Hah! (aku terkutuk sikit je)

4. Kalau dah tahu diri tu tak pandai, sila lah hormat cikgu dan angkutlah semua ilmu yang cikgu ada. Peluang keemasan nie.

5. Kalau korang masih sekoalah rendah ataupun tingkatan satu. Baik korang pasang cita-cita yang realiti sekarang sebab bila korang dah masuk tingkatan 5 macam aku nie. Korang ada satu perasaan menyesal gila kentang( sebut: babi).


6. Kalau korang pernah tumbok cikgu ataupun terajang cikgu, baik korang pergi minta maaf sebab bila besar nanti korang akan kena tumbok dan terajang dengan anak buah korang ataupun bos korang. ( best kan? haha!)


7. Kalau korang rasa peraturan sekolah tak menepati citarasa korang, baik korang bukak sekolah sendiri je. Duk sekolah tu sorang-sorang.


8. Ketahuilah korang jika korang jenis yang cakap belakang itu bermakna korang seorang pengecut.


9. Kalau korang suka jenis tak suka beri salam dengan cikgu, baik korang bagi salam cepat sebelum cikgu korang mati ataupun sebelum korang meninggal.


10. Kalau korang masih tak dengar apa aku cakap, korang akan lihat sebuah negara yang akan musnah dan hancur dan mat rempit akan semakin banyak kat Malaysia 10/20 tahun akan datang. Percayalah!

p/s: Sesungguhnya amirizzat terlalu sibuk dan amirizzat yakin bahawa tiada siapa yang peduli akan blog ini. 

** Selingan**

Siapa pandai Bahasa Melayu Sarawak? Hehe.

Wahai cikgu 5 Katering,
Maafkanlah kamek urang mun kamek urang ada molah salah ka,
Nganok cikgu depan belakang ka,
Erti kata lain kamek orang tok macam sik dengan ilak kata cikgu bah.
Maafkan lah kamek orang.

Wahai cikgu 5 Katering,
Terima kasih sebab sudi ajar kamek urang,
Walaupun kamek urang mala jak berolah lam kelas pi cikgu tetap ngajar,
Walaupun adalah sekali juak cikgu ngerepak kamek orang,
Mun mok dicerita, nanglah sikmaok dengar tapi kamek orang amik hal ya sebagai nasihat.

Wahai cikgu 5 Katering,
Terima kasih atas segala ilmu nok cikgu ajar,
Apa nak dipadah cikgu akan mek urang ingat selalu,
Mun sik ingat lam hati, ingat lam palak jak lah. Hehe.
Pi kamek urang tok kadang-kadang blur bah. Haha.
Apa yang paling penting,kamek urang harap cikgu siklah anggap kamek urang tok macam sik berguna bah.
Mun cikgu ada wawasan dan berik harapan ngan mek urang.
Kamek pasti sidak 5 Katering tok pasti berubah.

Ya jak lah cikgu. Maaf sekali gik mun da salah ka apa ka or ternganok ka atau papa jak lah nak molah hati cikgu sakit. Hehe.

Ok lah. Mun nguras panjang-panjang lak, kenak ngerepak ngan pembaca tok. Neylah tauk mun sidak tok nganok kamek. Kamek sikhal.. embak tumbok terus bak kata Mal. Hahaha..
Chow lok pok. Assalamualaikum.
jom baca lagi

Misteri Hero Jadian

Kelihatan seorang pemuda yang berbaju t-shirt biru tua. Berseluar jeans koyak di lutut. Pakaiannya agam comot namun perwatakannya boleh dikatakan baik nelalui wajahnya (aku bersangka baik). Pemuda itu seolah-olah terpukau dengan Menara Berkembar Petronas yang gah berdiri di hadapannya.

" Wow! Lagu nih rupa Kuala Lumpur.. Hebak gilos.." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih melihat KLCC.

"Assalamualaikum be. Ambo nak tanya. Demo ni gilo ke sengih sorang-sorang ?" tanya aku.

" Err..err. Walaikumussalam. Eh,Mung sapo? Nok gojoh? Nyepak duo dah? Napar singge?? Boleh jah. Aku lamo doh tok try buah tomoiy Poksu Mat.." jawap pemuda itu dengan kasarnya.

Aku yang tergaman terus beredar dari situ. Diikutkan hati memang ku sahut cabarannya tetapi ku sedar bahawa aku ini belum merasai nikmat kahwin lagi. Naya aku.

Aku terus berjalan ke arah sepohon pokok sambil berfikir.

" Cets! Memang patut pun aku kena marah dah aku tanya dia gila ke tak. Hahaha!" omongku di dalam hati.

Sampai sahaja tempat yang dituju,aku lihat kiri dan kanan. Depan dan belakang. Atas dan bawah.

" Chantek! Kawasan selamat."

Aku pegang satu jam tangan azimat yang bewarna hjau yang dijumpai di tepi Tasik Titiwangsa tadi. Niat di hati ingin saja ku serahkan pada polis tetapi jam itu seolah-olah mempunyai kuasa yang menarik aku untuk mendekatinya.

" Eh,butang apa nie?" getus hatiku.

Tanpa membuang masa aku terus menekan butang itu. Tiba-tiba...........

" Arrrrrrrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Kepala aku sakit! Arghh!!!!!!"

*********************************************

Keadaan tiba-tiba menjadi gelap.

Kepala ku masih terasa sakit. Mataku berpinar-pinar.

"Aku dekat mana ni?? Mak! Mak! Tolong Abe Mak...." ku panggil ibuku namun tidak bersahut tetapi ternyata aku ini anak mak.

" Pruuuuuuuuuuuuutttttttttttt" Argh selesanya. Inilah kesanya melantak jering rebus pagi-pagi hari.
*Bau semerbak "kasturi" mula memasuki hidung.

" Haktuih! Busuknya!"  Ludah aku ke tepi. Tak sangka busuk gila baunya. 

******

Aku toleh kiri dan kanan. Bawah dan atas dan aku merasai satu perbezaan pada tubuhku. Aku dapat rasa satu kuasa yang hebat sekali. Tubuh badanku seoalah-olah Transformation II bergabung dengan robot Power Energy. Kuasa di tangan kananku seperti kuasa Iron Man Raja Lawak.(tak lawak) Kuasa di tangan kiriku pula seperti kuasa Ben Ashaari.. Eh! Ben 10. Rambut ku pula seperti Goku yang bertukar ke Super Saiya tahap tertinggi. 

" Huh? Macam Goku?"

Lalu aku meraba-raba punggungku.

" Fuuh! Nasib baik tak ada ekor.." 

Aku masukkan pula tanganku dalam seluar.
" Hah! Jumpa pun." Aku tersenyum sendirian kerana aku masih seorang lelaki.

"Kuasa apakah sebenarnya ini? Apa salah aku? Iya, aku tahu aku mengintai seorang aweks (Lisa) malam tadi di Kondominium BeatifulNara. Takkan samapi begitu sekali aku dihukum." fikirku kembali.

Erti kata lain aku dapat rasakan perbezaaan yang ketara sekali. 

" Siapakah aku? Aku ini apa? separa Robot ataupun memang manusia?" aku mula gusar. Jantung berdegung kencang. Tiba-tiba badan mula terasa panas. Kepala terasa dicucuk dengan jarum. Mataku semakin kabur dan terus kabur. Mataku berpinar-pinar dan aku terdengar bunyi tapak kaki dan terbau mintak wangi Silky Girl. 

Belum sempat aku menikmati bau itu. Aku terus tidak sedarkan diri..................... ( apa yang aku tahu dia seorang aweks! Yeppi!)

Suara latar: ( Adakah jejaka itu akan mengetahui siapakah diri dia yang sebenar? Tunggu pada episod akan datang. )

* Jom rehat sebentar bersama kit kat. Aku ada benda menarik untuk korang. Jom klik sini. Rugi tau tak klik...
jom baca lagi

Kelemahan Sony Ericsson Xperia X8

Bismillah. Assalamualaikum. Apa khabar pembaca kalian? Agak lama juga ana menyepi dari blog ini. Antum lihat tak apa perubahan yang berlaku disini? Ha, meh nak ceghiter sikit. Ana dah ubah dah template blog ini kepada warna putih yang suci dah bersih. Barulah tenang jiwa.

Ok! Tempoh hari ana ada beli Sony Ericsson Xperia X8. Nak tahu kelebihannya? Jom terjah sini dan terjah sini untuk tahu persoalan yang ditanya dalam ruangan komen. Ana dah janji nak tulis kelemahannya. Jadi, kena buat lah.

Sumber google. Ana punya warna hitam.

Perkara pertama ana nak cakap. 

"Aku menyesal beli telefon ni awal weyh!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Sebabnya...

" Harga telefon Xperia X8 dah turun lerr.." 

Ok! Pengalaman pertama membeli telefon bimbit dengan duit sendiri memang menyeronokkan. Apatah lagi telefon bimbit Xperia X8 ini jenis "touch screen". Kalau hendak berlagak depan kawan, boleh aje . (haha) tapi itulah kalau tunjuk riak sangat, barang kita boleh hilang nanti. Iyalah, tak bersyukur.

Batu ini cantik. haha
Selepas hampir sebulan kot menggunakan Sony Ericsson Xperia X8 ( SEO nie). Ana mula rasa bosan sedikit dan rasa terkilan dan rasa nak marah je dan rasa menyesal pulak beli dan rasa...rasa..rasa sayang lah! Haha.

Macam nie....

Antara kelemahan Sony Ericsson Xperia X8 ialah:

Android tetap pilihanku.

1. Firmware yang tidak dapat diupgrade.

- Telefon ini menggunakan Android 2.1 dan ia amat membosankan kerana 2.2(Froyo) - 3.0 (Honeycomb) sudah keluar tetapi Sony tak mahu update dia punya firmware. Jadi, cepat bosan la sikit. Hajat di hati nak root telefon ni tetapi risikonya terlalu bahaya.

2. Tiada multitouch.

- Kalau antum main game perang yang perlu multitouch. Memang perit lah tapi tak kisah la sebab ana layan game racing. Best giler.

3. Tidak dapat main game 3D.

- Ini yang paling parah sekali. Dalam spesifikasi kata game 3D boleh main tetapi bila download NFS Shift, Alphat 5 dan GTA serta lain-lain games yang menarik. Tak dapat main pulak. Tak ke frust kepala hotak nie?

4. Kamera yang tak boleh "zoom".

- Selain tiada flash, kamera telefon ni memang tak dapat zoom. Kalau nak zoom boleh, antum kena berganjak. Haha.. Nak zoom muka boleh.. Bawa telefon lepas tu letak telefon betul-betul depan muka target. Haha.

5. Telan kredit macam aku ni orang kaya.

- Cuba antum bayangkan. Ana isi kredit RM5 dengan susah payahnya. Selepas lima hari, ana semak baki kredit ana dan hanya tinggal RM0.68 sen. Siapa tak geram kalau kredit yang diisi dan tidak digunakan langsung hilang begitu saja. Ana hairan, toyol zaman sekarang sudah pandai curi kredit hp pulak. Adoi! ( rasa nak call celcom centre je)
6. Bateri tidak tahan lama.
- Bateri adalah benda yang paling penting. Kalau takdak bateri, macam mana nak on hp,kan? Tapi bateri hp nie tak tahan lama.. paling lama pun sehari laa. Itu pun dengan penggunaan minima dan tak sentuh langsung. Haha. Tapi kalau guna untuk layan lagu,lepas tu layan musik, lepas tu online, lepas tu call awek, lepas tu call mak, lepas tu sakit jiwa sebab bateri sudah habis dan mampu bertahan hanya 4/5 jam sahaja. Tapi parah gak ar bab bateri ni. Huhu.

Setakat itu sahajalah ketidakpuasan hati ini yang terlalu cintakan dunia ( Ya Allah, jangan aku terlalu taksub dengan duniawi, maka engkau campak dalam hatiku agar aku lebih mencintai-Mu).


Masa mendaki Gunung Serapi , Sarawak.

Sebenarnya setiap telefon bimbit ada kelemahan cuma kita kena fikir kalau kita beli telefon itu untuk apa? Layan lagu? Tengok blue? (erk..) ataupun untuk bersosial? Haa, bagi ana. Ana beli Xperia X8 kerana X8 ada wifi yang memudahkan ana untuk berblogging serta ia mampu milik. Tapi kan , takkan la kita nak bandingkan Xperia x8 dengan x10. Jauh beza..jadi, sedarlah diri sikit fungsi hp kita. Haha. 


Nak kutuk lebih-lebih pun takleh sebab hp ni pun aku pakai. Hehe.(gelak sopan)


Kalau ikutkan jiwa ini, Xperia X10 aku sambar. PSP aku sambar. PS3 pun aku sambar tapi ikut kemampuan je la. Jangan sampai benda ni membuatkan kita lupa pada-Nya. Hehe...


( Apa yang penting, telefon nie canggih... Haha.. Bagi aku)


Kemaskini:


Aku dah tulis Kelebihan Xperia X8. Sila baca ye!
jom baca lagi