Entri khas untuk blogger dari seorang budak sekolah yang baru sahaja belajar bertatih.
Dewasa ini, semakin hari semakin ramai anak-anak muda hinggalah yang tua membuat blog. Maka, bergelarlah mereka sebagai seorang blogger. Blog ini ada bermacam-macam kategori. Ada yang buat blog peribadi. Ada blog berkenaan sukan, info semasa dan macam-macam lah. Tetapi kita kena ingat bahawa setiap tinta kita dalam blog ini bukan kita seorang sahaja yang membacanya. Lainlah bagi mereka yang membuat blog peribadi. Diri sendiri je yang baca.
Walaupun ada yang ingat bahawa blog dia tidak ada pembaca tetapi kita kena ingat bahawa dalam dunia alam maya ini tiada batasan. Taip sahaja di google perkataan "mak limah kahwin dengan pak jabit" Tup tup. Terkena entri kita yang kutuk Pak Jabit jiran sebelah rumah ada skandal dengan Kak Joyah. Tak ke malu Pak Jabit. Lebih teruk lagi, Pak Jabit itu Ketua Menteri Negeri Pasola. Ramai orang yang kenal. Lagilah malu. Dah bertambah la dosa kat situ.
Kita kena ingat bahawa kita menulis mestilah menggunakan...menggunakan apa wahai pembaca? Huh? Menggunakan otak? Oh tidak. Kita menulis mestilah menggunakan akal fikiran yang waras. Kita kena fikir risiko atas apa yang kita tulis. Aku pernah kena hentam akibat salah memberi pendapat. Biasalah kan. Orang kita. Kalau kita cakap " Tak tutup aurat berdosa.." Nanti mereka cakap " Orang yang tutup aurat dengan kami urang tak da beza pun. Orang yang bertudung ada lagi yang jahat." Itu kata mereka yang dangkal apabila mereka cuba mengetengahkan bahawa semuanya boleh asalkan niat betul. LOL! Niat tidak menghalalkan cara. Faham tak?
Begitu juga dengan penulisan di blog ini.
Kisah Satu.
Contohnya begini. Si A tidak puas hati dengan Si B. Lantas si A menulis di blognya bahawa perangai si B yang buruk kemudian di hujung entrinya " Maka, jangan lah kita mencontohi Si B". Aku nak tanya. Boeleh ke kita buat macam itu? Mengikut apa yang aku pelajari. Aku rasa tak boleh sebab itu dikira ingin menjatuhkan si B dan mendedahkan aib si B walhal itulah kebenarannya. Faham tak? Tak faham lagi?
Kisah kedua.
Ali ni jiran sebelah rumah kita. sebenarnya bekerja sebagai pelayan kelab malam. Entah kerja sebagai apa entah aku tidak tahu sebab Ali bukannya jiran aku. Maka, kita pun terhegeh-hegeh la di dewan rakyat kawasan kita.
" Kita janganlah mencontohi si Ali yang bekerja di kelab malam itu. Jauhi diri anda daripada Ali yang tingggal di sebelah rumah saya takut nanti anak-anak kita akan terpengaruh dengan Alil lalu menjual maruah." jerit kita pada hadirin yang datang ke dewan rakyat itu walhal penduduk di sekitarnya tidak tahu pun Ali ni pelayan kelab malam. Maka, ramailah yang bersangka buruk kat Ali. Walhal rahmat Allah masih terbuka untuk Ali.
Jadi, apa pendapat korang? Wajar ke tindakan dalam kisah kedua itu walaupun ia FAKTA?!!
Maka dengan itu saya memohon para blogger supaya menjaga perasaaan blogger-blogger lain, menjaga perasaan jiran sebelah rumah, menjaga perasaan sesiapa sahajalah. Dan tegurlah aku andai ada silap sebab aku ni kadang-kadang terlepas cakap jugak. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadi umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang!!!
LETAKKANLAH AGAMA DALAM PENULISAN BARULAH TIDAK TERSILAP LANGKAH! DAHULUKAN AGAMA, PASTI HIDUP AKAN CEMERLANG!
LETAKKANLAH AGAMA DALAM PENULISAN BARULAH TIDAK TERSILAP LANGKAH! DAHULUKAN AGAMA, PASTI HIDUP AKAN CEMERLANG!
*kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa*
10 comments:
kalau jiran kita tu akan membahayakan kita dan anak-anak kita jugak waris kita, kena la kita nasihat anak dan waris supaya berhati-hati terhadap jiran kita tu.
tapi kalau jiran kita tu tak kacau pun hidup kita, dia hidup aman, kita hidup tenteram, chill sudah~ tak rugi pun kalau tak bagitahu...
sekadar pendapat..
setuju...
aku suka ayat yang ni
LETAKKANLAH AGAMA DALAM PENULISAN BARULAH TIDAK TERSILAP LANGKAH! DAHULUKAN AGAMA, PASTI HIDUP AKAN CEMERLANG!
senang cite jgn kutuk org :)
betul tu, fikirkan akibat yang bakal berlaku jika mahu buat entri macam tu..
nak share story boleh. tapi pastikan ada mesej dan tidak mengaibkan si pelaku. jangan mention nama.
so readers baca leh jadi iktibar mana baik n buruk
Like this :)
Rasanaya buat masa ni,penulisan PKE tak ada ingin menjatuh orang lain..Minta dijauhkan la kalau ada terdetik niat tersebut..
nak menulis ni kena tahu adab. Macam di dunia sebenar lah, ada adab nya. Bila bercakap, bila berbual. bila berkawan. Tapi ramai lupa, dalam dunia maya ni ingat semua boleh di hentam keromo. itu yang jadi macam2
Misteri jam 12-rancangan radio seram
jadikan blog sebagai medan dakwah ^^
ntahlah.. zaman sekarang. kat blog pun boleh nak kutuk2 sesama sendiri.. rileklah. kan byk pilihan. kalau blogger ni tak leh masyuk cari blogger lain.. pedehal
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??