Kelebihan Menggunakan Sony Ericsson Xperia X8

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1 Malaysia. (bersemangat). Yang berusaha tokey-tokey ayam yang sedang kaya sekarang sampai harga ayam pun sudah mahal sesangat. Yang dihormati tauke minyak Kampung Buntal yang kini sedang kiat menggali minyak di belakang rumah. Iya lah,minyak RON 97 sudah naik. Tidak lupa juga kepada tauke kedai runcit yang berbunga hati sebab boleh naikkan harga makanan lepas ni. Yang teramat dikasihi adalah pengguna dan rakyat Malaysia yang terpaksa berusaha mencari sesuap nasi.


*jeng jeng jeng*.

Kartun ini dicipta menggunakan Androidify dalam handphone aku. Canggih kan?

Aku bukan hendak cerita pasal harga makanan dan seangkatannya. Aku hendak bercerita berkenaan handphone yang aku baru je beli ni. Tidak sampai dua minggu pun lagi. Aku ambil Sony Ericsson Xperia X8. Kawan aku ambil Sony Ericsson Vivaz Pro. Memang cun lah kami orang. Hehehe!

Baiklah. Seperti yang sedia maklum. Handphone ini agak biasa-biasa je cuma ia lagi menarik dan tertarik sikit dari handphone yang lain. Hendak tahu kenapa? Teruskan pembacaan korang. Kalau mengantuk, meh aku sorongkan bantal.

Kelebihan dia menurut perspektif Amir Izzat.

1. Kawan sekelas semua dengki.

- Hahaha! Serius aku cakap. Kebanyakan kawan aku duk mengejek " Lawa la tek ada handphone baru? Xperia main.." Bermakna " Sombong la dah ada hanphone baru..Xperia lagi tu.". Haha!. Aku pun tak tahu kenapa diorang bersikap macam tu. 

2. Semua orang ingin pakai Android.

- Ada sorang kawan aku ni. Baru je beli Sony Ericsson Vivaz Pro. Aku cakap kat dia yang android ni best sebab boleh download banyak aplikasi dan memang best la pakai Android. Terus kawan aku nak beli Sony Ericsson X10. Entah bila dia nak beli pun aku tak tahu. Tapi dia memang tercabar sebab aku pakai Android. Hehehe!

3. Keseronokan yang tidak terhingga.

- Pernah tak bayangkan apabila terdapat banyak makanan yang disediakan di depan korang? Fuh! Tentu korang gembira dan kelabu mata nak pilih makanan apa kan. Macam itu juga dengan Android yang mempunyai banyak perisian dan game yang free di Android Market. Tak perlu bayar. Walaupun Android ni baru je bertapak tetapi prestasinya amat membanggakan.

Itu kelebihan umum. Moh kita pergi kepada kelebihan yang lebih mendalam.

1. Menggunakan Xperia x8 amat menyeronokkan bagi aku yang suka online facebook dan blog. Kelajuannya memang pantas. Amat berpuas hati.

2. Perisian di dalamnya menarik dan cun. Siap ada launcher lagi. Boleh buat macam-macam theme yang menarik dan gempak macam HTC.

3. Skrin dia boleh touch screen. Of course itu yang bestnya. Bayangkan bila korang jalan-jalan kat mana-mana. Pasti ada mana yang memandang. " Wow! Hp touch skrin tue.."  Mesti la kembang hidung korang,kan?

4. Dan........banyak lagi lah benda yang menarik pasal handphone nie. Belum godek habis lagi. Hehe. Hendak tahu lebih lanjut sila ke website  rasmi Sony Ericsson ataupun ke sini. Dengan jujurnya aku tak tahu nak bagitahu apa pasal telefon nie. Hehehe. Maaf ye.

....aku rasa handphone ni amat sesuai untuk sesiapa yang mahukan handphone yang ada wifi serta skrin sesentuh dan menggunakan Android. Hanphone ni memang mampu milik la. Nanti aku ceritakan kelemahan handphone nie yang aku tak suka.

Oh ya. Sebelum aku mengostankan diri aku. Aku hendak jawap soalan seorang pengguna baru Sony Ericssoon Xperia X8.

Soalannya berbunyi: " Kalau guna data traffic tu free ke? Download semua tu? On fb dan sebagainya..bla.bla?" Macam itu lah soklannya.

Jawapannya berbunyi: Macam nie. Kalau kita ON kan data traffic tue dan menggunakan internet. Sah! Kredit kita akan terbang melainkan kita menggunakan broadband. Haa. Kalau guna broadband mesti ON data trafik. Tapi kalau ON kan data trafik pada kad sim biasa yang tidak melanggan broadband. Jangan ON kan. Sila OFF kan data trafik itu jika tidak mahu membazir kredit. Kalau nak bukak internet, kena ON la. 

Berkenaan download semua tu. Dijamin free dekat Android Market. Semuanya free. Yang berbayar adalah penggunaan internet. Itu je. Kalau guna Wi-Fi free la. Online facebook pun free dengan wi-fi. Kalau kita guna Celcom. Boleh langgan la Celcom Broadband RM5 tak silap aku sehari. Mahal kan? Tapi RM18 untuk seminggu dan RM72 kot selama sebulan. 

Jadi, apa yang aku hendak terangkan disini. Kalau ON kan data trafik dan menggunakan internet. Kena bayar la. Tetapi kalau guna Wi-fi tidak usahlah menggunakan data trafik. Faham tak? Kalau tak faham sila tanya lagi. Senang cerita.  Okeyh? Hehehe. Selamat menggunakan handphone baru anda. Hehehe.

27 comments:

Adha berkata...

1. Kawan sekelas semua dengki

Aq pon mengalami situasi yang sama...x bole nak buat ape..sabor je la...

zahidah dihaz berkata...

kmk pun berkenan juak dgn xperia...tapi hp gik bagus, terpaksa batalkan hasrat membeli...huhuhuhu...

1st time singgah sitok...

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

waah..cayalah mir..pilihan tepat...aku pakai 3310 je..hahaa

si cebbie cholet berkata...

tang bab kawan sekelas semua dengki tuh yang tak bole blah tuh...hahah

kaizenshinobi berkata...

ko tolong belikan aku bleh? hahaa

Lia Hasty berkata...

function xperia x8 sama x dgn xperia x10?

tengkorakemas berkata...

ada akses wifi tu yg penting!
tapi nak juga tau kelemahannya nanti

cik panadol berkata...

Xperia memang best! skrg guna x10... spec, application n harga semua ok.... mmg budget bg sesape yg tak mampu nk pakai iphone! haha

Sarah ZainalPuteh berkata...

assalamualaikum amirizzat, saya nak tanya sebab saya pun guan juga SE X8 ni.

1. SE X8 ni ada launcher ye? macam mana nak tukar dia punya themes ye?

2. kalau kita guna wifi, then kita upload gambar di fb, still takyah bayar ye? ke kena bayar?

3. kalau pakai android ni, ada dia charge for extra cost ke? sebab sejak pakai android ni, bill maxis saya melambung tinggi. dan bila saya try tukar guna simcard celcom prepaid letak di SX X8 ni, kredit saya macam kena makan. tiba2 je hilang 7 ringgit. tiba2 je hilang 3 ringgit! pernah hilang sampai 10 ringgit! yang peliknya saya tak on pun data traffic tu.

harap boleh tolong jawab. sebab rasa macam nak jual balik je SE ni sebab selalu sgt telan kredit orang.

shay berkata...

nk ttanya ni.

kalau ter'clearkan data traffic tu nak buat mcm mana? mcm nk biar benda tu ada balik. aaa pening.

WAWA HAE NA berkata...

sye pon pkai x8 nih..
p ade smthing yg weird bout diz phone,,so nk tnye cket.
1. salu kn bile mxs anta free mms mst yg animation kn??apesal xbley pic tu dye x play dlm slide show??even bkk slide show pon pic tuh kras kjung x bergerak2..

2. if kite ta on data traffic,means,,mms pon kite x ley anta la kn??

tu jek.tq.:D

Tanpa Nama berkata...

salam...awak...mcm mn nak bluetooth lg dr sony ke fon lain????

Tanpa Nama berkata...

nak tanya,kalau mcm blacberry kan dia ada charge application mcm 2.50 sehari, tu pun klau kita ON,klau tak ON dia lg la akan tolak kredit untuk srvice applcation dia.so kredit cepat turun.

but mcmne pulak dngan sony x10 yg guna android ni? is it the same? kena tolak kredit jugak if kita tak ON pape ke? ke dia mcm fon biasa takde tolak pape kat kredit kita?

Hilmi.Lynn.Hasya berkata...

mana tuan umah ni...byk persoalan yg diutarakan tu...cpt la jwb.. :)

Unknown berkata...

apa yang saya baca..ada benarnya...saya juga pengguna SE X8.....hp ni mmng best....

Tanpa Nama berkata...

xperia x8 ni ade gps ke....

zulfikar berkata...

x8 ni pakai platform 2.1....so tak boleh multi touch la.....kalau psal launcher,gps semua ok...siap pasang flash player 10.2....boleh tahan la pakai hnd phone ni...harga sesuai dengn bajet yg rendah tapi inginkan kelebihan

Yana Rashid berkata...

sy pengguna baru x8..haritu kan umah gne wifi tp xtau mcm mana celcom boleh cas..dekat rm40..mcm mana nk tau dta traffic tu on ke off..kat mana setting nyer...boleh bg tau cara-cara x?

sarah mohamad berkata...

kalau nak setting proxy, mcm mana dekat xperia x8 ni?

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa NamaPhone ni kalau nak bluetooth kne download dari android market untuk android 1.6.. kalau dah update ke android 2.1 tak perlu dah nak download dari android market..

Tanpa Nama berkata...

cmne nak mms ar pki hp ni.. mst lmbt smpi or ta smpi ? boleh aja kn ? :)

Tanpa Nama berkata...

@Yana Rashid
Follow these steps =D
1)settings
2)wireless & networks
3)Mobile Networks
4)Data Traffic ( untick)

Unknown berkata...

X8 Besttttttttttt... murah & best...

Unknown berkata...

lagi2, klu da root & overclock..^^

Tanpa Nama berkata...

x8 memang favorite aku lah... murah,saiz kecil,app best.... root lagi bagi best... bleh tukar OS...

Tanpa Nama berkata...

kmk bok bli tok...blm pndey gk mkey...haha

Tanpa Nama berkata...

lebih bagus la pakai android..macam" kau tak ada yang bagus. Ganyang kau...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??