Blog ini sekadar nota untuk aku menambahkan ilmu

" Tidaklah kamu beriman sehingga kamu diuji"

Aku teringat sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud

" Agama itu nasihat"

Aku teringat pula kata-kata sahabatku bahawa " Allah akan bersama dengan orang yang sabar"

Kemudian, aku mengenang kembali hadis-hadis Nabi..

Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.

Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.”
 

" Innamal a'mal lubinniat"
Setiap perkara harus disertai dengan niat. Jadi, kalau ana berbuat sesuatu. Pasti ana teringat kata-kata ustazah ana bahawa apa benda yang kita buat mestilah kerana Allah. Kalau tidak, tak dapat pahala. Dan jangan pula buat benda yang jahat.

Dari Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Memaki orang muslim adalah derhaka (fasik) dan membunuhnya kafir."

Memaki orang muslim adalah derhaka? Lihat! Pada zaman ini ramai orang Islam yang tidak menganggap bahawa orang Muslim itu  saudara sendiri. Alangkah indahnya apabila bertemu kita mengucapkan salam dan tidaklah sombong seperti yang berlaku pada hari ini? Dan alangkah indahnya apabia kita orang Muslim bersatu padu.... Apa faedahnya memaki saudara se Islam kita, kan?
****

Dewasa ini, kalau kita cakap benda yang betul pasti kita akan disanggah sebab apa yang kita sampaikan tidak menepati seleranya. Benda ini betul-betul terjadi pada ana apabila cuba mengajak ke arah kebaikan.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?”
 
Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”
 
Susah hendak menasihati manusia apabila ada yang lebih suka menggunakan logik akal padahal sunnah dan al quran lah yang perlu dijadikan panduan. Lihat hadis di atas bahawa orang Islam yang baik adalah orang yang Islam yang menjaga orang Islam yang lain dari bencana lidah dan perbuatannya. Jadi, tidak salah kan menegur benda yang salah supaya orang Islam itu sedar bahawa perbuatan dia salah.

Dari ‘Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam.
 
Tahukah kita bahawa tidak masuk neraka orang yang sombong? Apa itu sombong? Ana rasa kita semua sudah tahukan. Jadi, janganlah bersikap sombong. Apabila datang kebenaran kepada kita, janganlah pula kita menolak mentah- mentah dan merasakan diri kita sahaja yang betul.
 
Aku sengaja letak hadis ini supaya bertambahlah ilmu sedikit. Kalau hendak membaca hadis Nabi boleh beli mana-mana buku ataupun baca kat blog  http://koleksihadisnabi.blogspot.com 


******

Blog ini hanyalah nota dunia dan akhirat ana. Mungkin minggu lepas ana tersalah langkah dan teremosi kot (orang itu cakap ana emosi dalam entri ana sebelum ni) . Mungkin kerana manusia zaman sekarang sudah mempunyai akal yang bijaksana sampai apabila berbicara pun tidak mahu diselitkan agama. Bukankah agama itu nasihat? Tidakkah pelik apabila ada manusia yang mengatakan bahawa kita mempermainkan agama apabila menggunakan agama dalam setiap perbuatan kita?

Kita kena faham apa makna menggunakan agama dalam kehidupan kita. Macam kalau ana hendak menasihati orang lain, ana kena guna agama. Tak boleh hentam keromo. Kalau ana hendak buat apa-apa sekalipun, ana kena ingat ALLAH. Sebab ALLAH sentiasa melihat ana walaupun apa duduk dalam lubang cacing sekalipun.  
 
Maaf lah ye wahai pembaca sekalian. Ana bukan Ustaz bahkan tidak layak untuk menasihati sesiapapun tetapi ana sentiasa ingat bahawa tugas setiap orang Islam adalah berdakwah. Iya, ana tahu bahawa blog ini bukanlah medium yang sesuai untuk berdakwah tetapi apa salahnya menggunakan teknologi untuk menyampaikan benda yang baik.

Kalau hendak ikut cara Nabi dari rumah ke rumah mungkin ana masih tidak layak. Sekadar menulis apa yang dipelajari. Jangan pula kita menjadi orang yang berilmu tetapi tidak menggunakan ilmu ke jalan yang benar. 

Sebelum ana mengundur diri, tegurlah ana walaupun sebaris ayat. Yang baik datangnya daripada Allah, kalau ada yang terkhilaf datangnya daripada ana. Assalamualaikum.

p/s: Diam lebih baik kot.

1 comments:

tengkorakemas berkata...

teruskan menyampai apa yg baik, sama2 kita belajar menyampaikannya dengan hikmah..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??