Jangan Anggap Aku Budak Kecil

Assalamualaikum!

Aku tak tahu dah nak bagitahu macam mana. Aku pun sedang kekurangan idea. Idea tidak sampai ke otak lagi. Otak pun kekurangan oksigen. Barang sesiapa yang ingin melakukan CPR,boleh sahaja. Terhad untuk perempuan sahaja. Lelaki diharamkan melakukan CPR kepada saya. Ahaks. Erk?

"CPR itu apa ?" mungkin itu soalan kamu.

CPR itu daripada pemahaman saya ialah bercium dari mulut ke mulut untuk memberikan oksiden bukan untuk menikmatinya. Haha! Aku pun tak tahu lah der..

Baiklah.. Meh sini telingat tue. Ops! Meh sini..Dekatkan mata kamu ke skrin. Aku nak membebel sikit kepada kamu.

Tahukah kamu bahawa aku ini berumur 16 tahun? Sudah besar bukan? Sudah boleh berfikir dengan logik akalnya kan? Tetapi kan..kenapa ada yang masih menganggap aku ini budak kecil? Di alam maya lah. Hairan aku.

Aku nak kasi tahu bahawa aku sebenarnya lebih suka kamu menganggap aku seperti orang dewasa. Biarlah aku memanggil kamu Abang,Kakak,Pakcik dan Makcik tetapi berilah peluang untuk aku menulis seperti orang dewasa. Faham tak?

Maksud aku.. segala pendapat aku dan luahan hatiku di blog ini dipandang serius sikit. Itu sahajalah. Aku tahu mungkin ada yang menganggap aku ini blogger budak-budak. Ya,aku budak budak tetapi kadangkala hidup perlu serius.

Apa guna asyik main-main sahaja?

Apa yang aku inginkan ialah anggaplah aku sebahagian darimu. Umur tidak membataskan pemikiran. Jangan nilai seseorang melalui umurnya tetapi nilailah melalui tintanya.


Walaupun tintanya tidak sehebat kamu tetapi hormatlah. Kerna kehormatan itu penting. Tidak ku minta lebih darimu cuma sedikit rasa hormatmu buat diriku ini. Terima kasih
jom baca lagi

Yang Penting Duit...Orang Tak Pandang Dah Hati


"Aduhai..bila lah nak jadi metered nie..Dah berbulu aku tunggu. Tak jadi-jadi jugak. Nuffnang nie macam tau tau je yang aku nak cashout bila sampai angka 2++.++ nie.. Aku perlukan RM3 je. Baru best cashout..Nuff oh Nuff.."

Alamak! Maaf. Hati tengah pilu..Maaf kakak,abang. Amir tak dak tips nak dapat earnings nie..Yang penting adalah


1. Edit survey kat Nuffnang.
2. Kena cari trafik yang tinggi sikit. 
3. Kena berusaha. Bodek En. Nuffnang sikit. Macam mana? Join kontest.
4. Usaha tangga kejayaan. Kesabaran itu penting.
5. Tiada tips yang khusus.


Apa yang perlu korang tahu. Setiap orang akan dapat duit. Yang penting letak ketiga tiga iklan Nuffnang di tempat yang sepatutnya. Okay? (actually,aku pun tak tahu tips yang memang -memang berkesan. Jujur dan ikhlas.)

Baiklah. Hari ini kita akan berbincang soal duit. Duit? Apa itu duit?


Tak kenal maka tak tak cinta... Ha,inilah duit..

"ala..budak tecik pun kenal apa itu duit..korang yang besor dah berbulu(kat rambut) pun masih tak tahu? Hish..Hish.." mengeluh.

" Aku sebenarnya seorang yang tidak pentingkan duit. Aku bukan materialistik..Bukan kejar duit.. tetapi masalahnya. Semua benda memerlukan duit."

Ya,semua benda memerlukan duit. Kalau kita ini jenis yang tak pandang duit tetapi kita terpaks agak pandang benda halal jaddah nie. Erk?

Iya la bang oi..kakak oi.. Takkan la nak beli susu untuk anak-anak kena buat macam ini.

"Tokey...tolonglah sama saya. Itu saya punya anak sudah kelaparan. Istri saya punyia susu tidak mahu keluar lagi. Saya sudah picit banyak kali tapi tidak keluar. Tokey,bagilah setin susu ini.." nak ke buat simpati macam ini? Sah ! Sah! Orang takkan layan.

Tapi kan..Akibat orang lebih pandang duit ini bahaya gak. Lihatlah pada zaman sekarang. Perempuan muda sekarang lebih sukakan lelaki tua. Apa pasal? Itu DUIT punya pasal lah.kan?

Terpaksa la lelaki muda yang bujang ini mencari yang tua sikit..Sikit je..Hehe.

" I amik Datuk O sebab i nak masa depan anak i terjamin..I tak mau anak i susah.." untuk masa depan beb! Haha!

Tetapi itulah.. Kalau kita ada duit,kita akan dihormati. Mungkin sebab itulah yang berlaku pada masa kini.

Yang miskin dan berhati mulia pulak macam mana? Kompem kita(kita ke?) tak pandang.. Betul tak?

Bab berkawan pulak. Kalau kawan tak da duit..jauh ditinggalkan...kan? kan?

Realiti hidup. Hendak hidup kena ada duit. Hati saja tidak cukup. Simpati pun tak cukup. Kalau ada tanah? Cukup..Kita jual. Ahaks.

Susah..susah...

Nota: Sebenarnya aku nak cakap pasal duit daari Nuffnang nie..Asal keluar duit itu penting??? 

Kaki: Korang faham tak apa yang aku hendak sampaikan?

Apa yang hendak aku sampaikan ialah:

1. Duit itu segalanya. No money no talk.

2. Perempuan tak pandang dah lelaki sesak(pokai) macam aku nie. (ye ke?)

3. Kalau tidak ada duit,susah la hidup. Sebab itu kita kena rajin cari duit sara anak isteri.

4. Sebenarnya berblogging juga boleh dapat duit. Hehe. From Nuffnang.

5. Bapak mertua zaman sekarang letak 'harga' anak dia mahal giler. (tak sempat la aku kawin.. )

Itu sahajalah. Maaf.terpesong. Comform korang blur. Aku pun sama daa.. haha!
jom baca lagi

Ruangan Iklan Berbayar


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya saya berhajat untuk meletakkan ruangan iklan berbayar. Baiklah. Seperti yang anda lihat di atas ialah trafik blog ini ketika waktu puncak. Kiranya waktu itu ramai pelawat yang datang ke blog saya dalam seminggu.

Berikut pula ialah trafik semasa saya. 


Trafik semasa saya adalah kira-kira 300++ pelawat unik dan  hampir 3 ribu pageview seminggu. Lain hari lain jumlah.. Namun,usah ragu. Trafik yang datang ke blog ini sentiasa stabil. InsyaAllah.

Ruangan iklan yang ditawarkan adalah pada ruangan sidebar.




Servis:


a) 4 tapak 140 x 140 px (kanan sidebar)


Untuk sebulan hanya RM10 ringgit.


Selain berada di dalam ruangan iklan tersebut. Entri khas juga akan dibuat untuk mempromosikan blog anda,barangan dan sebagainya jika anda melanggani ruangan iklan ini.


Jika anda mahu berada di ruangan iklan seperti ini.




Kalau hendak berada di situ,boleh sahaja. tetapi harga lain cerita. Masih boleh dirunding.


Sekiranya berminat,sila emailkan ke amirullizzat[at]gmail[dot]com. Yang pasti,anda akan mendapat servis yang terbaik. 


Tempat adalah terhad. 


Tinggalkan nama anda dan alamat email anda diruangan komen. Sekian terima kasih.
jom baca lagi

Buah Dada Besar Itu Untuk Tatapan Saya Ke?


Nasi Lemak 20 sen ada.

Nasi Lemak 30 sen ada.
Nasi Lemak 50 sen pun ada.

Aik. Apa yang tetiba cakap pasal Nasi Lemak pulak nie? Pasti korang hairan. Ala..Nasi Lemak itu istilah bagi "ehem2.." Ala..yang nama BUAH... Pastu terdapat dekat DADA. Tahu kan? Ops! Kepada cikgu saya, bapak saya,mak saya,Pak Usu,Mak Lang,Pakcik,Makcik...Izinkan saya melucah pada malam ini demi kepentingan bersama.

****

Cuba bayangkan..Ketika kita sedang berjalan-jalan di pasaraya. Di tempat awam,di mana-mana sahaja. Kita pasti akan terserempak dengan pelbagai jenis manusia.

Ada yang berseluar pendek. Tidak kira lelaki ke perempuan.
Ada yang bertudung dan tidak.
Ada yang seksi dan seksa.
Ada yang sopan santun.
Ada yang menyejukkan mata.
Ada lagi yang menghairahkan mata memandang.

Mengghairahkan? Yup,alaa...yang pakai baju ketat-ketat itu. Seksi apa. Sehingga menampakkan bentuk badan pemakai.

Kalaulah aku nie berani..

" Kak.. Itu apa ha? Nasi Lemak RM1 ea?" tanya ikut gaya Farid Kamil dalam Filem Cuti-Cuti Cinta.

Hish. Kalau lah aku tanya sedemikian. Mahu kena lempang aku. Tak mahu den..

Tetapi itulah kenyataan. Semakin ramai remaja remaja pada masa kini yang berfesyen tidak kena tempat. Apabila ramai yang melakukannya..pasti perkara ini menjadi kebiasaan. Orang pun malas dah nak tegur. Tidak kita lelaki atau perempuan.

Kalau aku..

"Kak. Maafkan saya kak.. Saya ternampak lurah buah dada akak la.." mungkin aku akan berkata begini kalau aku luruh bendul.

Ops! Ini hanyalah gurauan. Kalau bercakap dari sudut agama.

"Kak.. Kita sebagai muslimah tidak boleh mendedahkan aurat. Haram disini agama. Berfesyen pun mestilah kena pada gayanya.." ceramah ku mungkin. Kita? Aku lelaki la.

Mungkin kakak itu akan jawap..

" Eh budak nie..Ang tue budak lagi. Baru setahun jagung. Sekolah pun belum lepas lagi. Ada hati nak tegur aku..Dah! Dah! Blah sana.." mungkin itu jawapannya. Dah kira sopan dah nie. Nak yang lebih pedas?

" Eh! Kau nie sapa nak tegur aku? Sukati aku ar.. Buah dada aku..Bukan buah dada kau.. Dengki ke aku punya "nasi lemak" RM2? 

****
Susah..susah..susah nak tegur. Tengok Drama Melayu..Nampak gak lurah buah dada.Pi kuar jalan-jalan ..Nampak jugak..erti kata lain. BUAH DADA kini menjadi fenomena yakni boleh dilihat di mana sahaja anda berada. 

Maaf kalau tersalah.. Entri ini bukan entri agama..Nasihat ke apa ke..Tetapi musykil. BUAH DADA itu sebenarnya untuk siapa? Untuk tatapan saya ka? ( pertanyaan untuk yang berpakaian ketat..)

Nota: Saya sebenarnya segan bila tengok Drama Melayu yang ada 'adegan lucah'..serta segan berjalan-jalan dengan keluarga di luar. Nanti apa kata mak saya apabila tiba-tiba ada perempuan seksi melintas di tepi saya dan mata saya tertengok perempuan itu. Mesti mak saya tanya...

" Amir...apa yang kau pandang tue ha? :

"Erk...tak da papa mak..."

Anda sendiri tahu .......

Terima kasih daun keladi. Esok saya bebel lagi. Saya pasti ada yang berkecil hati kerana saya pernah menegur macam ini..Jangan kerna teguranku..kau pergi jauh dariku.
jom baca lagi

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

Aqnaim punya gambar.

Assalamualaikum! Entri marah nie..entri marah. Terasa tak bahang aku tengah marah nie? Ahaks.  Sebenarnya tidak lah marah. Ok! Aku sebenarnya kena tag lah. Pasal MEMCARI IDENTITI BLOGGER YANG HILANG. 

Korang tahu tak kenapa tag kali ini menarik? Sebab ada tiga blogger yang tag aku. Gila bapak lembu beranak anak sebelas. Betul wa cakap u.. Sal? Lu tak caya? Nie ha wa kasi tau.

3 blogger yang tag aku ialah


1. Afiz. Tuan tanah blog Memori Seorang Muda. Hendak tahu pasal Afiz? Jom serbu dia ramai-ramai. Klik Memori Seorang Muda. Seorang yang friendly..sebaya aku.



2. Tengkorak Emas. Siapa tidak kenal Tengkorak Emas? Baik kau cakap! Kalau tidak ,aku korek lubang hidungmu. Ahaks. Tengkorak Emas pula orang kedua yang tag aku. Seorang blogger yang tersangat baik hati.


3. Aq Naim. Selepas TE,dia pula yang tag. Alamak! Aq Naim...blogger sebaya aku yang ku kenal sejak zaman berzaman.. Jom Serbu!!!

****

Nah! 3 orang tag sekaligus. Gila lah kalau aku kena buat 2 entri. Naya aku. Haha. Walaupun jiwa malas hendak menulis malam ini kerna esok aku ada exam. Tapi ku kuatkan nafsu batinku.. Ops! Ku kuatkan tanganku untuk menulis..Demi kawan bah.


"Once you have been tag , you are supposed to write a note with 25 random things , facts , or goal about you . In the end , choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you , its because I want to know you more."

*****

Baiklah. Meh aku nak cerita pasal diri aku nie. 25 perkara ye? Jangan korang terus blah lak. Baca dulu. Mana tahu kita boleh jadi suami isteri selepas berkenalan dengan daku. Haha!

Jom layan...

1. Nama sebenarku Muhammad Nor Amirull Izzat.  Amirull bermakna pemimpin. Izzat bermakna Mulia. Terpuji Cahaya Pemimpin Mulia. Pandai mak bapak aku pilih nama. Tetapi yang paling lemahnya,nama aku panjang giler. Rasa malas sahaja hendak menulis nama penuhku pada kertas OMR,surat atau dimana mana sahaja.

2. Berumur 16 tahun. Lahir pada 6 Januari 1994. Kalau mak aku tak tahan 6 hari,mesti aku dah tingkatan 5 sekarang nie. Hehe!

3. Anak sulung. Ya,aku anak sulung. Tanggungjawap yang sangat besar sekali.

4. Anak lelaki tunggal. Semua adik beradik aku perempuan. Siapa nak masuk meminang boleh la. Silakan. Masukkan RM1 juta deposit dulu. Ops! Aku bukan mata duitan. Tapi semua benda memerlukan duit. (mesti korang cakap. "Gila apa! Ini jual adik namanya..")

5. Bersekolah di  Sekolah Menengah Vokasional Kuching. Aliran Katering.

6. Aku ambil Katering tetapi aku lebih sukakan berkenaan komputer,designer dan photographer.

7. Aku sedang mengumpul duit hendak beli DSLR. Sekarang baru ada 100 henget dalam bank. Duit Nuffnang lak cukup beli hp satu. Aduhai...

8. Aku seorang panas baran. Kalau korang tumbok aku sekali. Aku tumbok balik 100 kali. Ada bran? Ahaks.

9. Jiwang. Nak kata jiwang tidak lah..Tapi boleh la.. Tak percaya jugak? Susah ar nak cakap.

10. Aku suka makan budu. Jangan tanya kenapa. Haha.

11. Aku suka makan makanan yang pedas. Biar berair mata asalkan perutku kenyang.

12. Tak suka perempuan gedik atau 'geleya'. Memang aku tak suka. Mula-mula kita just kawan tapi dia lak lebih-lebih. Pernah kena.. Aduhai..

13. Aku rasa aku ada resdung lah. Mewarisi dari ibuku kot.

14. Oh ya! Aku berasal dari Kelantan tetapi tinggal di Sarawak.

15. Aku susah nak mesra alam dengan orang kecuali alam itu memang dah mesra. Hehe!

16. Kuat makan. Mungkin kot sebab bila aku lapar. Aku akan makan biarpun jam menunjukkan jam 2 pagi. Betul wa cakap lu..

17. Ketagih membeli DVD cetak rompak tetapi video baik punya. Ya,aku kalau ada filem baru. Aku akan beli. Malas nak pi wayang. Mak tak kasi.

18. Anak yang soleh. Soleh ke? Haha. Siapa nak pinang aku? Sila dail 014..576.. yang belakang carik sendirik. Hehe.

19. Aku suka edit blog. Buar header untuk ku. Nanti aku kongsikan kesemua headerku sejak dari dulu.

20. Aku tak suka orang yang mudah tacing. Aku sendiri tak tacing. Yang ang nak tacing itu apa pasal bai?

21. Aku sebenarnya tengah cari calon isteri. Ada sapa nak?

22.  Tinggi lak 167 cm. Tinggi lagi Afiz.. Gila lah...

23. Aku suka bawak motor slow. Lebih kurang 110 km/j. Siapa JPJ kat sini? Bang..jangan saman saya. Highway saya main..Long punya.. Hehe.

24. Aku sebenarnya dah tak dak idea.

25. Habis dah.. (tiru naim). Haha.

Baiklah..Itulah dia serba sedikit pasal aku. Haha.. Amacam? Terharu tak baca ? Kalau tak terharu,hantuk kepala kat dinding sat. Kasi kuar air mata. haha!

*****

Masa untuk mengtag.

Sekarang nie aku nak tag.

Abang Dkosong Lapan (ak tak tahu nama sebenar)
Abang Blogger 20 Sen. Unik tak namanya?

Dan koranglah yang lurus bendul pi baca entri nie. Apsal la korang baca. Ahaks. 
jom baca lagi