Memaparkan catatan dengan label Gila Seks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gila Seks. Papar semua catatan

Video Aksi Panas Adik Beradik Buat Seks | Adakah Ia Benar atau Sekadar Melariskan Akhbar? Siapa Yang Salah?


Lihatlah keyworkd ini? Apa perasaan anda? Keyword ini melekat pada blog Sekadar Berkongsi(sila klik).

Apa yang hendak aku tunjukkan disini ialah betapa ramainya manusia-manusia di luar sana mencari video adik beradik buat seks ini. Ramai bukan? Salah siapakah??? Pada aku..ini semua salah Harian Metro.

Aku tidak pasti bagaimana Harian Metro mendapatkan video seks adik beradik ini tetapi daripada apa yang aku baca dua orang adik beradik ini berasal dari Pinang kan? Beragama Islam kah mereka? Pasti ke mereka dari Malaysia?? Hairan..hairan...

Andai berita yang disiarkan ini tidak benar, sudah pasti akan memberikan tanggapan negatif pihak lain terhadap masyarakat kita. Kurang bijakkah pihak Harian Metro?

Bagi aku kan..tidak usah la siarkan berita sebegini. MENYAMPAH aku!! Nak tahu tak..pabila aku baca Harian Metro yang selalu menyiarkan 'cerita lucah' aku jadi segan..segan pabila membacanya didepan ahli keluarga...Hish! Sudah nak cakap...

Ok! Biarlah kita kata cerita ini betul. Jadi, dimanakah video klipnya? Dekat mana nak muaturun? Alaa..takkan la pihak Harian Metro saja yang layan? Mana boleh... Kongsi ar sikit.. Kan? (fikir negatif)

Cukuplah...Cukup.. Aduhai.. Nak lariskan akhbar pun biarlah berpada-pada.

Pssst...siapa yang runtuh akhlak sebenarnya????

Andai benar. Faktor yang mendorong berlakunya hal sebegini.

1. Internet (anda fikir kenapa)
2. Komputer/laptop (anda fikir bagaimana)
3. Ibubapa ( tiada pemantauaan)
4. Didikan (didikan agama yang lemah)

Tapi kan..Kata Cikgu Shukor yang mengajar subjek Sivik kelasku ketika kami sedang berbincang tentang masalah sosial yang menyebabkan perempuan mengandung.

Cikgu Shuhor mempersoalkan.. 

" Siapa yang salah dalam hal ini(sampai gadis itu mengandung)? Ibubapa? Pihak lelaki? Si gadis? Atau mereka semua?

Diringkaskan...Cikgu shuhor kata..

"tiada siapa yang salah kerana mereka semua pasti akan salahkan tuhan."

Betul tak? Pasti mereka salahkan tuhan padahal ia berpunca dari perbuatan mereka. Sebenarnya aku belum faham lagi kata-kata Cikgu Shuhor.. Adakah korang faham?


Jadi,siapa yang salah? 


Oh Harian Metro. Yang duk pi sebar sebar itu kenapa?????

Nota:

1. Sila baca pendapat blogger Cikgu Dahlia.

- betullah kata cikgu Dahlia..memang ramai yang mencari kisah ini.
jom baca lagi

Buah Dada Besar Itu Untuk Tatapan Saya Ke?


Nasi Lemak 20 sen ada.

Nasi Lemak 30 sen ada.
Nasi Lemak 50 sen pun ada.

Aik. Apa yang tetiba cakap pasal Nasi Lemak pulak nie? Pasti korang hairan. Ala..Nasi Lemak itu istilah bagi "ehem2.." Ala..yang nama BUAH... Pastu terdapat dekat DADA. Tahu kan? Ops! Kepada cikgu saya, bapak saya,mak saya,Pak Usu,Mak Lang,Pakcik,Makcik...Izinkan saya melucah pada malam ini demi kepentingan bersama.

****

Cuba bayangkan..Ketika kita sedang berjalan-jalan di pasaraya. Di tempat awam,di mana-mana sahaja. Kita pasti akan terserempak dengan pelbagai jenis manusia.

Ada yang berseluar pendek. Tidak kira lelaki ke perempuan.
Ada yang bertudung dan tidak.
Ada yang seksi dan seksa.
Ada yang sopan santun.
Ada yang menyejukkan mata.
Ada lagi yang menghairahkan mata memandang.

Mengghairahkan? Yup,alaa...yang pakai baju ketat-ketat itu. Seksi apa. Sehingga menampakkan bentuk badan pemakai.

Kalaulah aku nie berani..

" Kak.. Itu apa ha? Nasi Lemak RM1 ea?" tanya ikut gaya Farid Kamil dalam Filem Cuti-Cuti Cinta.

Hish. Kalau lah aku tanya sedemikian. Mahu kena lempang aku. Tak mahu den..

Tetapi itulah kenyataan. Semakin ramai remaja remaja pada masa kini yang berfesyen tidak kena tempat. Apabila ramai yang melakukannya..pasti perkara ini menjadi kebiasaan. Orang pun malas dah nak tegur. Tidak kita lelaki atau perempuan.

Kalau aku..

"Kak. Maafkan saya kak.. Saya ternampak lurah buah dada akak la.." mungkin aku akan berkata begini kalau aku luruh bendul.

Ops! Ini hanyalah gurauan. Kalau bercakap dari sudut agama.

"Kak.. Kita sebagai muslimah tidak boleh mendedahkan aurat. Haram disini agama. Berfesyen pun mestilah kena pada gayanya.." ceramah ku mungkin. Kita? Aku lelaki la.

Mungkin kakak itu akan jawap..

" Eh budak nie..Ang tue budak lagi. Baru setahun jagung. Sekolah pun belum lepas lagi. Ada hati nak tegur aku..Dah! Dah! Blah sana.." mungkin itu jawapannya. Dah kira sopan dah nie. Nak yang lebih pedas?

" Eh! Kau nie sapa nak tegur aku? Sukati aku ar.. Buah dada aku..Bukan buah dada kau.. Dengki ke aku punya "nasi lemak" RM2? 

****
Susah..susah..susah nak tegur. Tengok Drama Melayu..Nampak gak lurah buah dada.Pi kuar jalan-jalan ..Nampak jugak..erti kata lain. BUAH DADA kini menjadi fenomena yakni boleh dilihat di mana sahaja anda berada. 

Maaf kalau tersalah.. Entri ini bukan entri agama..Nasihat ke apa ke..Tetapi musykil. BUAH DADA itu sebenarnya untuk siapa? Untuk tatapan saya ka? ( pertanyaan untuk yang berpakaian ketat..)

Nota: Saya sebenarnya segan bila tengok Drama Melayu yang ada 'adegan lucah'..serta segan berjalan-jalan dengan keluarga di luar. Nanti apa kata mak saya apabila tiba-tiba ada perempuan seksi melintas di tepi saya dan mata saya tertengok perempuan itu. Mesti mak saya tanya...

" Amir...apa yang kau pandang tue ha? :

"Erk...tak da papa mak..."

Anda sendiri tahu .......

Terima kasih daun keladi. Esok saya bebel lagi. Saya pasti ada yang berkecil hati kerana saya pernah menegur macam ini..Jangan kerna teguranku..kau pergi jauh dariku.
jom baca lagi

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Terhadap Lelaki Gila Seks

Assalamualaikum dah salam sejahtera kepada pengunjung blog Amir Izzat ini. Baik! Sekadar ingin menyambung apa yang diteruskan tadi..Tadi,Amir ada buat entri berkenaan ''Terdapat 4 Jenis Rogol''. Kenapa Amir asyik berbicara hal ini sahaja? Ya lah kan..untuk korang jugak..Pengetahuan bah... 

Pernah tak korang didekati lelaki yang gila seks? Maksud Amir yang ingin meraba anda..atau mencabuli hak-hak asasi manusia..hehe..Pernah tak? Belum kan..Kalau belum..Amir nak bagitahu korang macam mana korang nak hadapi orang sebegini. Oh ya! Entri nie khas untuk perempuan yang sangat memerlukan tips ini. Perempuan kan lemah..Jadi,mereka harus mengetahui cara-cara untuk melingdungi diri dari lelaki yang dayus..

Kalau lelaki..tak perlu lah kot..Mereka sebenarnya pemangsa yang mencari mangsa..Kan? Baik! Jika korang berada dalam situasi yang memerlukan korang untuk mempertahankan diri,berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan...

  • Jika dia cuba untuk mencium korang...gigitlah bibirnya atau kawasan sekitar mulutnya dengan kuat dan kemudian larikan diri anda. Ha! Korang gigit je bibir dia..Kasi koyak..Jangan takut jangan segan.. Mengigit bibir adalah satu-satu cara untuk korang larikan diri dari dia..
  • Sepak atau tumbuk bahagian di bawah tubuhnya.. Ini adalah satu daripada bahagian yang paling sensitif pada tubuh lelaki. Sepak kuat-kuat sampai dia tak da zuriat.Korang pun tahu apa kan??? Ek eleh....
  • Gunakan jari korang untuk menyucuk matanya dan kemudian larikan diri korang dengan cepat. Untuk lebih afdal,korang gapai benda tajam..Lepas tue,cucuklah sekuatnya. Biar lelaki tue tak dapat melihat kenikmatan di dunia nie. Ahaks.
  • Jika korang mempunyai jari kuku yang agak panjang, gunalah untuk mencakar kawasan hidung atau lehernya. Haa..itulah kegunaan kuku panjang. Tapi dalam Islam tak boleh simpan kuku panjang..hehe.. Cakar muka dia ke..Biar padan muka lelaki yang nak cabul korang.
  • Kalau korang nak menendangnya,tendangkan kearah 'bahagian sulitnya' atau lututnya. Biar dia tak bernyawa lepas nie..kih3..
  • Kalau dia memegang korang dari belakang..hantukkan kepala korang ke mukanya..Kalau korang rasa kepada korang keras la. Betul nie..Hantuk je.
  • Menjerit sekuat hati dan sekerap mungkin juga korang boleh buat. Kalau mengumpat,mesti kuat-kuat kan? Kalau jerit,kacang je..hehe. Maaf.
  • Yang terakhir,jangan putus atas..Cari jalan untuk melarikan diri. Selamatkan maruah korang.. :)
Haa....dah baca semua tue? Setakat nie je lah yang Amir tahu. Kalau korang berdepan dengan lelaki yang nak cabul korang..Korang ikut je cara Amir nie.Pasti korang akan selamat.. Okay??? 
p/s:
Lelaki gila seks nie memang gila lah..Ahaks.
jom baca lagi