Istiqamah Amat Penting Dalam Kehidupan Seharian


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Apa khabar kalian pada hari ini? Semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat dan terus membaca blog Amir Izzat yang tidak seberapa ini. 


Istiqamah? Apa yang dimaksudkan dengan istiqamah ini?


Secara dasarnya Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan.


Izinkan saya menyentuh soal blogger sedikit.. Dalam berblogging,kita mestilah sentiasa istqamah dan berusaha untuk menyampaikan karya kita dan berusaha untuk mencari pelawat agar membaca artikel kita.

Tetapi pada masa kini,ada segelintir blogger yang inginkan trafik yang banyak. Segelintir je,tetapi mereka tidak berusaha dan usaha mereka tidak berterusan. Mudah mengalah. Pernah suatu hari,ada newbie bertanya kepada blogger yang dah lama seperti Joe.


Bagaimana nak dapat trafik tinggi? Joe kata,harus istiqamah..berterusan. Blog itu harus diupdate setiap masa. Belajar tahap demi tahap. Bukan terus berblog,terus orang kenal kita,kan? Jadi,sabar itu juga penting.


Baiklah. Kalau dalam kehidupan seharian. Solat lima waktu wajib dilakukan. Ada juga segelintir umat Islam yang tidak istiqamah dalam solat dan perbuatannya. Jujur saya katakan di sini,saya juga tidak terlepas dari kesilapan ini. Namun,jika kita berusaha. Kita mampu mengubahnya.


Kalau tak silap saya la. Solat itu mencerminkan keperibadian seseorang. Kalau elok solatnya,maka elok lah peribadinya. Macam mana ? Kalau seseorang itu rajin bersolat,maka dia mesti rajin dalam perbuatannya. Kalau balas,malas juga lah dalam perbuatan sehariannya.


Dalam belajar pun perlu istiqamah...Dugaan mengantuk di dalam kelas..Malas..itu cabaran yang perlu dihadapi angkara godaan syaitan.


Tidak kira la dalam apa-apa jua perbuatan pun,beristiqamah ini penting. Tidak boleh cepat putus asa. Kalau cepat putus asa,susahlah nak dapat apa yang dihajati,kan?


Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan;


Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.;

Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’.
Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.


(Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)


Sebenarnya ada yang masih keliru maksud Istaqamah ini,kalau boleh. Kena tanya ustaz supaya mengelakkan salah faham. Setahu saya, Istiqamah menurut Qadhi ‘Iyadh ini ialah; tetap teguh di atas landasan tauhid dan mentaati Allah hingga menemui ajal dan istiqamah mengikut pandangan Imam al-Minawi ini ialah; kita sentiasa taat kepada Allah dan menjauhi larangan-laranganNya .Setakat ini sahajalah.


Kepada anda yang tahu serba sedikit tentang istiqamah ini. Marilah sama-sama kita berkongsi ilmu. Ilmu itu untuk dikongsi bukan? Buat apa kedekut kalau ia bermakna? Mungkin memberi kesan dalam kehidupan.

3 comments:

Nur'Ain Illiyana berkata...

salam amir...

dah lama xmenjenguk blog amir..bz exa, lh katekan...

istiqamah...sebaik2 perkara adalah istiqamah...

gud job amir!...

teruskan menulis entry yg bermanfaat.
even benda yg ditulis tu sesuatu yg ringkas, tapi selitkan juga peringatan sesama kita semua.

kalaupun xsemua, tp iA pasti ada yg dapat mengambil manfaat drpd apa yg kita cuba utk sampaikan.

salam ramadan! kullu sanah wa enta toyyib!

Sharinginfoz berkata...

yang penting kita buat dengan yang terbaik kan

tengkorakemas berkata...

betul maksud tu, cuma kita bawa nilai istiqamah tu dalam semua benda yg kita buat dalam hidup ni..benda yg baik2

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??