Memaparkan catatan dengan label Tulisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tulisan. Papar semua catatan

Ada Blogger Terasa Dengan AMir??


Assalamualaikum dan salah sejahtera..

Amir rasa la kan...Aga segelintir blogger yang kecik hati dengan Amir nie..Walaupun dia tak cakap..tapi Amir dapat rasa.Entah laa..dimana silapnya sehinggakan blogger itu berpaling tadah dengan Amir? Kalau Amir salah...maafkan..Kalaulah blogger itu membaca entri Amir yang ini..Maafkan lah ek...

Bukan niat dihati ingin melukakan dikau..Tidak terlintas langsung untuk melukakan hati dikau..Maafkanlah daku..Andai ini pertemuan terakhir buat kita..Akhirilah ia dengan senyuman dan kenangan yang manis...tiada guna kita bersengketa..

AMir tahu..dan Amir pun merasainya...dapat merasai yang blogger itu kecil hati dengan Amir...Mungkin kerana setiap tulisan Amir yang melukakan hati blogger itu...Betullah kata orang...Mata pena lebih tajam dari mata pedang...Kalau ada sesiapa yang terasa....cakap lah..Amir tak kisah..Berblog bukan mencari musuh..tetapi mencari kawan...Hurm...
jom baca lagi

Hati-Hati..Perkataan Pun Boleh Jadi Setajam Pisau.


Salam...

Pernah dengar tak perkataan.. ''Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang''. Itulah..Bahaya kan mulut nie.. Sebab itu kita harus menjaga percakapan dan tulisan kita. Macam Amir..ada jugak kadang-kadang terlepas cakap/tulis sehingga ada yang tersinggung. Maafkan lah.

Sila tengok gambar di atas.. Hadis Abdullah Bim Amru Bin Al-As r.a :

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah saw bersabda:Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tanganya.
Jadi,gunakan lidah dan tangan(kuasa) sebaik mungkin. Janganlah mengumpat je kerja. Kadang-kadang AMir pun ada jugak mengutuk..Aduhai..Perasaan marah menguasai..Orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal marahnya. Kena berusaha lagi nie.

Dalam penulisan blog,menulis sesuatu yang menyakitkan hati orang lain..Memang tak patut..Kalau Amir ada tulis sebegitu, maafkan. Sakit yang dirasakan bagaikan mata pedang menusuk jiwa.. Aduh! Pedih..

Oleh itu,marilah sama-sama kita menjaga percakapan dan tulisan kita agar tidak menyakitkan hati orang lain.. Kita pun tak ingin disakiti.. Kan? Ego je lebih...Amir berpesan pada diri Amir dan korang supaya lebih beretika pada masa akan datang... Yang baik datangnya dari Allah..

Kalau kena tusuk dengan pisau,bagaimana rasanya? Begitulah rasanya apabila perkataan itu menyakitkan..Bahaya.Setakat ini sahajalah...Selamat beramal..Untuk entri yang bermakna yang berkaitan dengan iman..Sila ke sini..Selamat beramal..
jom baca lagi

Blog Ini Akan Dikemaskini@Edit

Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Memadangkan mood untuk blogwalking sudah hilang disebabkan masalah line broadband. Jadi,saya membuat keputusan untuk mengubah balik blog ini agar kelihatan kemas dan simple supaya para pembaca lebih selesa berada disini. Disamping itu juga,saya akan mengubah gaya tulisan saya seperti ''aku'' kepada ''saya''. Kalau guna saya dengan pembaca nampak lebih mesra kan? Tetapi kalau buat kisah macam bercerita itu saya akan gunakan ''aku'' la. Sebenarnya saya agak bosan dengan template blog ini,walaupun baru tetapi nampak tidak menarik. Lagipun sekarang nie musim cuti,elok sangatlah mencuri sedikit masa untuk mengemas kini blog ini agar menjadi lebih bagus. Semasa blogwalking,saya tertarik dengan perlbagai template yang agak cantik dan simpe serta penyusunan wifgetnya. Oleh itu saya membuat keputusan ini.


Hurm..kenapa penulisan saya agak skema hari ini? Bukannya apa..kalau menggunakan perkataan ''saya''. Saya rasa lebih tenang..Kalau guna ''aku'' rasa nak terkam orang je. Walaupun begitu,gaya penulisan saya akan berubah mengikut peredaran masa dan mod. Kalau mod baik,maka baiklah entri saya. Kalau tidak,kompem entri saya kelihatan agak marah. Biasala kan..hidup ini tidak selalu ceria. Banyak masalah yang melanda. Sebenarnya banyak yang perlu diedit dalam blog ini,memandang saya masih baru dalam dunia blogger. Banyak benda lagi yang saya tidak tahu..Kalau korang datang ke blog saya,mungkin widgetnya kelihatan tidak teratur.Lagipun saya dah bosan menulis benda yang saya. Jadi,terasa ingin menulis sesuatu yang bermanfaat. Tetapi blog ini masih blog peribadi..saya rasa nak tulis macam-macam je. Mengikut keadaan....

Kadang-Kadang terpikir jugak,apa yang hendak ditulis dalam blog ini?? Kalau tulis benda yang sama je..saya pun bosan gak. Kadang-kadang idea datang ketika nak tidur. Laptop dah off. Alahai..mata dah mengantuk.. Hurm..tak jadi nak tulis. Kadang-kadang datang ketika belajar..Macam-macam yang bermain di fikiran. Balik rumah dah lupa. Melepas pulak.. Banyak lagi laa..idea datang ketika kita bukan didepan laptop tetapi pabila duk depan laptop. Tak datang pulak.. Alahai.. Pernah suatu ketika..jiwa rasa nak menulis..Memang banyak benda la hendak ditulis tapi tangan pulak malas nak tapi. Aduhai..malas-malas. Nak update blog pun kadang-kadang malah. Ye lah kan..kalau UV sikit..semangat nak menaip tue hilang.. tapi setakat ini alhamdulillah. Saya bersyukur masih ada orang yang datang dan mengomen. Terima kasih pembaca.

Alamak! Dah masuk Asar la. Baiklah..saya hendak mempersiapka diri dulu. Bak semayang Asar. Jangan pulak berblogging hingga lupa tanggungjawap kita. Jangan pulak lewatkan solat. Ingat! Kita berblog mestilah niat kerana Allah Taala. Barulah blog kita maju. Kan? Apa-apa pun bergantung kepada individu itu sendiri. Yang moleknya adalah kerana Allah taala. Betul apa yang saya katakan ini. Niat kerana Allah ada berkatnya. Wallahualam lah.. Yang penting bukan kerana duit Nuff.. bukan kerana kejar trafik. Tak best la berblog sebab semua orang asyik duk kejar trafik. Mulai saat ini saya akan cuba menjadi blogger yang friendly..Saya nak mulakan sesi berkenalan dengan blogger lain...akrab sikit.. Trafik penting gak tapi ukhwah tue penting lagi. Baiklah..dah terlanjur pulak..Kita jumpa lagi selepas ini. Assalamualaikum wbt.

p/s:
Setuju tak?
jom baca lagi