Sinopsis|Pelakon| Cerekarama Karma Salina TV3

Raya haji dah nak dekat...Memang dekat dah..Bila ea? 17 November? Esok? Lusa laa.. Cepatnya masa berlalu..Rasanya baru je dengar pengumuman raya haji. Hari raya Aidiladha nie tak la semeriah hari raya Aidilfitri tetapi  tarikh 10 Zulhijjah merupakan hari yang cukup istimewa dan penuh makna bagi kita semua..kan..kan? 

Sempena Aidiladha nie..TV3 akan siarkan cerekarama Karma Salina pada 20 November. 10 malam. Jangan pula tengok.. Tapi sebelum tue..Jom layan sinopsisnya dulu. Mana la tahu tak syok..Kalau syok boleh la layan nanti. Hehe.

Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.

Pelakon: Adi Putra, Sofea Jane, Norish Karman, Sharifah Amani, Aaron Aziz

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??