Memaparkan catatan dengan label Sinopis Cerekarama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinopis Cerekarama. Papar semua catatan

Cerekarama Puteri Kayangan | Sinopsis Puteri Kayangan Versi Amir Izzat


Cerekarama menarik untuk anda pada 15 Januari ini. Pada jam sepuluh malam@ 10 malam di TV3. Jangan lupa untuk menghadap di depan tv di saluran TV3 untuk tanyangan cerekarama Puteri Kayangan. Bagaimanakah agaknya jalan cerita Puteri Kayangan ini? Jom kita baca Sinopsis Puteri Kayangan Versi Amir Izzat berdasar pemerhatian dengan mata kasar.

Sinopsis Puteri Kayangan Versi Amir Izzat

Puteri Kayangan mengisahkan seorang budak perempuan lakonan Jualiana Evans(gambar kat atas dia kot) yang ingin menjadi seorang puteri. Kiranya, kuat berangan lah. Jadi, semasa sedang melepak di mana entah (kurang pasti). Dia ternampak lah seorang jejaka idaman persis seorang putera. Memandangan dia(Jualiana Evans) merasakan dia puteri kayangan. Maka beranganlah dia bersama jejaka itu. Maka, tiba lah satu hari dimana jejaka itu lakonan Shahril Safwan(kot) mendaftar di sekolah si gadis Puteri Kayangan itu. Maka, semakin kuatlah Puteri Kayangan itu berangan. Lebih lebih lagi, jejaka idaman itu ditempatkan di dalam kelas. 

Apakah kesudahan Puteri Kayangan? Nanti kita saksikan. 

***

Sekian jalan cerita rekaan daripada Amir Izzat. Maaf, sinopsis ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang berada di dalam kubur dan maaf kalau sinopsisnya tidak sama dengan jalan cerita yang sebenar. Apa apa pun, kita tengok pada 15 Januari ini. 
jom baca lagi

Sinopsis Cerekarama Cinta Buta TV3

Pada 8 Januari ini, jam 10 malam. Kita akan disajikan dengan cerekarama Cinta Buta. Aku tengok dia punya trailer Cinta Buta ini nampak macam menarik. Hehe! Memang menarik lah! Tak rugi tau! Kalau korang rasa nak tengok trailer(iklan la) dia. Boleh ke sini. Tapiii...kena ada akaun facebook.

Baiklah. Jom kita baca Sinopsis Cerekarama Cinta Buta

CINTA BUTA mengisahkan seorang gadis bertubuh saiz XXL yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur. Farah Diba sering dipandang sinis oleh masyarakat. Semuanya berubah selepas pertemuan Farah Diba dengan seorang peguam, Ahmad Dhani. Dhani menggemari makanan masakan Farah Diba, pun begitu Dhani tidak dapat melihat Farah Diba kerana cacat penglihatan. Suatu hari, Dhani berhasrat untuk menjalankan pembedahan Stem Cell Treatment untuk memulihkan penglihatannya. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Senarai Pelakon Cinta Buta.

Suhaida, Fikri Bakar, Syanie, Amanda Misbun, Hairie Othman, Abby Abadi.

***

Jeng..Jeng..Jeng! Amacam? Berdebar kan? Apa agaknya reaksi Dhani selepas dapat melihat Farah Diba? Fuh! Mahu terkojutnya. Entah ar. Orang gemuk ke orang kurus ke..Sama je. Yang penting hati..kan? kan? Haha! Walaubagaimanapun, cerekarama Cinta Buta ini harus ditonton.. 

Bila ye? La,dah lupa ke? 8 Januari..jam 10 malam. Ok? Hehe... Zasss....
jom baca lagi

Sinopsis Cerekarama Lepaskan Aku Pergi Lakonan Aaron Aziz - Versi Amir Izzat


Malam ini agak bosan sedikit. Apa yang aku buat. Mengadap TV3 lah. Siaran lain amat membosankan terutamanya Pilih Kasih di TV2. Dulu Pilih Kasih amat menterujakan diri aku tetapi semakin lama makin bosan dengan salah seorang pengkritik Pilih Kasih yang buat aku hilang mood untuk menontonya.

Baiklah. Kita lupakan Pilih Kasih dengan Mak Fauziah.. Ops! Kantoi... Haha! Ok! Sat ni aku baru je layan cerekarama Lepaskan Aku Pergi. Hajatnya nak bagitahu korang Sinopsis Cerekarama Lepaskan Aku Pergi yang penuh. Tetapi kurang informasi la. Jadi mari layan Sinopsis Cerekarama Lepaskan Aku Pergi dari aku. Hehehe!.

Sinopsis Lepaskan Aku Pergi Versi Amir Izzat.

Aaron Aziz (aku tak ingat apa nama dia dalam drama tu) telah terkantoi dengan isterinya yang dia telah dibuang kerja. Jadi, isterinya amat marah sekali kerana wang yang diberikan oleh Aaron Aziz itu sebenarnya wang daripada najis dadah. Jadi, mengamuklah isteri dia. Maka, bergaduhlah mereka berdua. Aaron Aziz cakap "Nak makan apa kalau tak dak duit? Batu? Pasir?" 

Maka aku pun jawap. Makanlah jamu cik Tipah dijamin kurus. Hahaha!

Ops! Iklan sat. Maka itulah yang aku faham. Jadi, aku nak layan dulu. Korang pi la layan baru faham. Hahaha! Ada orang cakap lakonan Aaron Aziz agak kaku dalam cerekarama Lepaskan Aku Pergi. Betul ke?   Entah la labu.... Zaassss...

p/s: Maaf ye. Aku pun baru tengok dan aku amat amat tidak faham akan drama ini. Korang faham ke?
jom baca lagi

Sinopsis Cerekarama Suzana TV3 | 18 Disember 2010 -10 Malam


Sinopsis Cerekarama Suzana: 

Kisah seorang gadis yang bernama Suzana yang selalu dikongkong oleh tiga orang abang iaitu Halim,Haris dan Haikal.

Pelakon:

Tiz Zaqyah,Along RL,Aqasha,Beego,Khatijah Tan,Nelydia,Amanda Misbun

Genre: Romantik Komedi.



Kata-kata:

Apa yang aku faham. Suzana nie kena kongkong dengan abangnya. Daripada apa yang aku lihat pada iklan cekerama Suzana ni. Nampak menarik. Almaklumlah..komedi. Aku pasti akan tonton. Oh ya! Bila dan dimana?

Sudah pasti di Tv3 pada jam 10 malam. Korang pun jangan terlepas. Pasti menarik. Lagi-lagi Tiz Zaqyah yang seksi berlakon. Eh! Dah tak bertudung ke dia? Hari tue dalam Jejak Kasih.. eh bukan.. Nur Kasih.. Molek bebenor bertudung..

 Tiz dalam Nur kasih
Kat luar? Gila babi..(trend terkini) seksi tuuuu... Entah la nak cakap apa. Janji layan cerekarama Suzana pada 18 Disember pada jam 10 malam. Jangan lupa tau!
jom baca lagi

Sinopsis Dimana Isteriku | Senarai Pelakon Utama | Cekerama TV3

Sinopsis Dimana Isteriku 

Drama Dimana Isteriku mengisahkan mengenai Borhan, ahli perniagaan berusia 55 tahun yang mempunyai isteri, Suhaili, dua anak lelaki, Suhaimi, Sofean dan anak perempuan, Shela. Mereka menjalani kehidupan mewah, tetapi tidak bahagia.

Borhan berasa ada kekurangan dalam hidupnya selama ini.

Borhan juga mengharapkan isterinya, Suhaili menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga, tetapi semua yang diharapkan tidak menjadi.

Selain anak-anak mereka ada perangai masing-masing, Suhaili juga lebih mementingkan statusnya sebagai orang kaya dan selalu keluar rumah.

Pada suatu hari, Borhan jatuh sakit dan anak-anaknya tidak ingin bertanggungjawab dan ingin menghantar bapanya ke rumah orang tua. Borhan yang kecewa dengan sikap Isteri dan anak-anaknya melarikan diri ke rumah orang tua.

Di rumah orang tua pula, Borhan berjumpa Seri dan Jali yang banyak mengajarnya erti hidup berkeluarga. Pada masa sama, Borhan ingin mencari isteri pertamanya, Munirah kerana dibelenggu rasa bersalah dan peristiwa hitam yang menyebabkan anaknya terbunuh dulu.

Adakah akan berjumpa Munirah semula? Semuanya akan terjawab apabila anda menonton telefilem menarik ini nanti.

Pelakon Utama: Eizlan Yusof (Borhan), Ziela Bakarin (Suhaili), Elly Suriati (Munirah), Balkisyh Semundur Khan (Seri), Ijoy Azahari (Suhaimi), Isma Yusof (Jali), Zarina Zainuddin (Ruby), Kefli AF (Sofian)
jom baca lagi

Sinopsis|Pelakon| Cerekarama Karma Salina TV3

Raya haji dah nak dekat...Memang dekat dah..Bila ea? 17 November? Esok? Lusa laa.. Cepatnya masa berlalu..Rasanya baru je dengar pengumuman raya haji. Hari raya Aidiladha nie tak la semeriah hari raya Aidilfitri tetapi  tarikh 10 Zulhijjah merupakan hari yang cukup istimewa dan penuh makna bagi kita semua..kan..kan? 

Sempena Aidiladha nie..TV3 akan siarkan cerekarama Karma Salina pada 20 November. 10 malam. Jangan pula tengok.. Tapi sebelum tue..Jom layan sinopsisnya dulu. Mana la tahu tak syok..Kalau syok boleh la layan nanti. Hehe.

Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.

Pelakon: Adi Putra, Sofea Jane, Norish Karman, Sharifah Amani, Aaron Aziz
jom baca lagi

Sinopsis Raya Musim Luruh| Cerekarama TV3



Sinopsis Raya Musim Luruh Dalam Cerekarama TV3.

Hani dan Remy merupakan pasangan suami isteri yang sungguh intim malah mereka bagaikan rakan karib. Mereka yang bercinta semenjak dibangku sekolah berasal dari kampung yang sama di Arau Perlis dan kini mereka sangat berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Namun gaya hidup mereka yang terlalu moden semakin hari menjauhkan mereka dari nilai-nilai kemelayuan yang diamalkan di kampung. Hani enggan mengandung dan mengambil anak angkat kerana menganggap anak membebankan dan menyebabkan bentuk tubuh berubah. Remy menyokong penuh isterinya dan mereka hidup menghimpun harta dan melancong ke luar negara.

Ini menimbulkan kecaman oleh ahli keluarga masing-masing. Setiap kali raya mereka akan menjadi sasaran keluarga yang bertanyakan tentang zuriat, mengerjakan umrah, haji dan bermacam-macam lagi membuatkan Hani dan Remy merasa rimas. Lantaran itu, mereka sepakat setiap kali menjelang raya, mereka akan mencari alasan bahawa mereka terpaksa keluar negara atas alasan tugas.

Sehingga kini sudah 5 tahun mereka tidak pulang beraya di kampung sehinggalah rahsia mereka terbongkar oleh anak buah Hani yang membuat latihan praktikal di pejabat Remy. Mah Teh, ibu Hani dan Tuk Ngah Besah, ibu Remy berpakat agar kedua anak mereka kembali beraya bersama keluarga di kampung. Hani dan Remy yang telah merancang untuk bercuti ke England kecewa apabila mendapat berita keadaan ibu-ibu mereka dan terpaksa pulang dengan berat hati. Mereka sampai di kampung 2 hari sebelum raya dengan membawa pelbagai kelengkapan untuk keselesaan mereka.

Namun, lakonan Mak Teh dan Tok Ngak Besah terbongkar dengan tidak sengaja menjadikan Hani dan Remy berang dan meneruskan niat asal untuk menikmati musim luruh di England.

Namun, semua penerbangan ke Eropah ditangguhkan selama 2 minggu berikutan dengan berita mengenai gunung berapi meletus di Iceland. Samada suka atau tidak, Remy dan Hani kini tiada alasan untuk lari dan terpaksa juga beraya di kampung.

Adakah kesempatan ini berupaya mengembalikan semula kenangan manis sambutan Syawal yang pernah dilalui sebelum ini bersama keluarga tersayang?

Akan disiarkan pada 9 Oktober 10.00 malam.



Barisan Pelakon.

Pelakon:Siti Shahrizah (Eja), Remy Ishak, Kismah, Maimon Talib, Suhaida
jom baca lagi