Sinopsis Dimana Isteriku | Senarai Pelakon Utama | Cekerama TV3

Sinopsis Dimana Isteriku 

Drama Dimana Isteriku mengisahkan mengenai Borhan, ahli perniagaan berusia 55 tahun yang mempunyai isteri, Suhaili, dua anak lelaki, Suhaimi, Sofean dan anak perempuan, Shela. Mereka menjalani kehidupan mewah, tetapi tidak bahagia.

Borhan berasa ada kekurangan dalam hidupnya selama ini.

Borhan juga mengharapkan isterinya, Suhaili menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga, tetapi semua yang diharapkan tidak menjadi.

Selain anak-anak mereka ada perangai masing-masing, Suhaili juga lebih mementingkan statusnya sebagai orang kaya dan selalu keluar rumah.

Pada suatu hari, Borhan jatuh sakit dan anak-anaknya tidak ingin bertanggungjawab dan ingin menghantar bapanya ke rumah orang tua. Borhan yang kecewa dengan sikap Isteri dan anak-anaknya melarikan diri ke rumah orang tua.

Di rumah orang tua pula, Borhan berjumpa Seri dan Jali yang banyak mengajarnya erti hidup berkeluarga. Pada masa sama, Borhan ingin mencari isteri pertamanya, Munirah kerana dibelenggu rasa bersalah dan peristiwa hitam yang menyebabkan anaknya terbunuh dulu.

Adakah akan berjumpa Munirah semula? Semuanya akan terjawab apabila anda menonton telefilem menarik ini nanti.

Pelakon Utama: Eizlan Yusof (Borhan), Ziela Bakarin (Suhaili), Elly Suriati (Munirah), Balkisyh Semundur Khan (Seri), Ijoy Azahari (Suhaimi), Isma Yusof (Jali), Zarina Zainuddin (Ruby), Kefli AF (Sofian)

3 comments:

hans berkata...

dah main kan hari tu

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

tengkorakemas berkata...

aku ada tgk gak cite ni sikit2 hari tu, tapi yg lebihnya aku tgk epl la hehe

tapi Borhan tu tak patutla buat anak dia cacat mcm tu..

LeeAneem berkata...

salam...peminat drama melayu ye....teman kureng sikit...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??