Isu Penarikan Buku Teks Sastera Tingkatan Lima "Interlok" : "Interlok" Dikatakan Menghina Orang Melayu dan India?

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Penarikan buku teks sastera tingkatan lima bertajuk “Interlok” yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India, dibuat selepas perbincangan dengan pihak berkaitan, termasuk Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima banyak aduan mengenai beberapa perkataan sensitif dalam buku itu, dan selaku Pengerusi BPA, beliau berpendapat, tindakan segera perlu diambil.

"Saya sebagai Timbalan Menteri, memanggil Kementerian Pelajaran, DBP serta semua yang berkaitan hadir dan berbincang dan kami telah membuat keputusan secara musyawarah.

"Saya tidak boleh memberi sebarang keputusan, cuma saya boleh mencadangkan tindakan yang boleh diambil, dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan itu adalah Kementerian Pelajaran,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini ketika mengulas surat pembaca yang tersiar di sebuah akhbar berhubung pengumumannya mengenai penarikan buku itu pada 15 Disember lalu.

Pembaca yang dikenali sebagai M. Hanafiah A. Samad dari Muar, Johor itu menyifatkan tindakan Murugiah sebagai melatah dan berpendapat pengumuman tersebut sepatutnya dilakukan Kementerian Pelajaran. – Bernama

****

Ulasan:

Berdasarkan apa yang saya baca dalam akhbar tengahari tadi. Tindakan menarik balik buku teks sastera tingkatan lima "Interlok" ini tidak wajar sekali kerana tiada apa-apa pun yang negatif berkenaan "Interlok". Daripada apa yang saya baca, perkara negatif yang dikatakan menghina orang Melayu serta orang India itu tidaklah seburuk yang disangka.

Contohnya di dalam "Interlok" ada menyatakan orang Melayu malas. Ya,itu memang benar berdasarkan sejarah dan fakta dahulu. Begitu juga dengan panggilan Paria untuk orang India. Betul la kan dahulu orang India dipanggil Paria. Tetapi itu dahulu, sekarang tidak lagi.

Sepatutnya, mereka (pihak kementerian) perlu melakukan kajian dan berbincang betul-betul bukannya mengikut kata-kata sesetengah manusia yang tidak mahu menerima hakikat. Hal ini demi bangsa dan negara.  Oleh itu, saya memohon pihak kementerian menarik balik pengumuman itu. 

Sesungguhnya, saya rasa tertarik untuk membaca "Intertok"

Nota:

1. Kenapa ada yang mempolitikkan "Interlok"?
2. Orang yang tidak mahu menerima sejarah adalah orang yang bodoh,setuju?
3. Susah apabila membuat keputusan tanpa berfikir.

1 comments:

nisha berkata...

Orang yang tidak mahu menerima sejarah adalah orang yang bodoh.Ya,saya setuju..Sejarah tidak pernah mengatakan orang melayu "MALAS" cuma, Dr.M sahaja pernah meluahkan nya...Dan tidak sama sekali menggunakan perkataan "PARIA" untuk semua orang india. Itu adalah salah satu kasta sahaja..!!!!

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??