Berubah! Berubah! Berubah! Taubat Terus Sebelum Maut Menjemputku.

Semalaman aku termenung muhasabahkan diri. Aku berfikir.. Untuk apa aku hidup andai solatku tidak terjaga? Untuk apa aku hidup andai tutur bicaraku menyakitkan hati orang lain? Untuk apa aku hidup andai ibubapaku terluka akan perbuatanku? Untuk apa aku belajar andai niat itu bukan kerana Allah? Untuk apa aku makan dan minum andai aku hidup ini hanya untuk keseronokan? Untuk apa aku bangun dan tidur andai hidup aku bukan kerna Allah?

Banyak yang aku fikirkan.. Sedang aku terduduk di hujung katil. Aku teringat akan kesalahan aku terhadap ayahku. Saat ayah mengatakan "kau anak derhaka!". Pedih dan pilu hatiku. Aku anak derhaka? Apa guna aku menuntut ilmu di sekolah andai ibubapaku tidak redha? Apa guna aku hidup jika hidup aku tiada restu dari ibubapaku? Aku pernah dengar bahawa "keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa".  

"Argh! Aku tekad hendak bertaubat..Aku nak pohon maaf sebelum aku mati.."

Mati? Bila-bila masa akan menjemputkan. Mungkin esok? Mungkin saat ini? Dan bila-bila masa.. Tak dapat aku bayangkan andai tiba-tiba aku bangun dari tidur dan aku dapati aku dah MATI? 

"Huh? Aku kat mana nie.. Dalam kubur dah ke?? Dan..datanglah malaikat menyoalku.."

Apa aku nak jawap andai solatku pun terumbang ambing? Bekalanku pun tidak cukup untukku berbau syurga.

Aku rasa.. tiada guna hidup andai ibubapaku tidak redha,kan? Aku nak jadi anak yang soleh! Siapa tak nak jadi anak yang soleh? Lebih-lebih lagi aku anak  lelaki. Hubungan anak lelaki dan ibubapa tidak akan putus..Betul kan?

Aku risau..aku takut andai tempatku kelak adalah NERAKA! Aku ingat balik kesalahanku.. Aku tekad malam ini aku akan minta maaf. Dan bila dah mula cuti akan menghabiskan masaku di masjid. InsyAllah.

Aku nak berubah! Aku nak berubah! Tambahan pula pada bulan Zulhijjah. Elok sesangat la hendak bertaubat. Berzikir dan bertakbir.

Hidup sebagai seorang muslim begitu indah. Memang indah! Apabila mendengar kisah sahabat Nabi membuatkan semangatku bangkit untuk menyebarkan Islam. Alangkan indahnya imanku sekuat iman sahabat Nabi. Adakah sudah terlewat buatku? Aku kini di dunia akhir zaman.. Pernah ku dengar orang yang tinggal di akhir zaman ialah seburuk buruk umat. Ye ke? Wallahualam.

InsyAllah. Demi Allah dan rasulnya. Aku akan pastikan diri ini akan berubah lebih baik. Dengan itu, saya Amirull Izzat memohon jasa anda semua,rakan-rakan tolong doakan saya jadi anak yang soleh serta taat pada kedua ibubapanya  serta doakanku diberi hidayah oleh Allah dan tolong sedekahkan al-fatihah kepada aku kelak..andai maut datang menjemputku. Amiin.


Doa orang yang jauh lebih afdal. InsyaAllah... Assalamualaikum!

12 comments:

Abd Rahim berkata...

Salam..

Moga2 Allah SWT akan menunjukkan cahaya jalan yg lurus kpd Amir. Allah maha pengasih dan penyayang, marilah kita bertaubat kpd Nya selagi berpeluang..

Pesan Arm,

Hormati dan sayangilah ibu bapa kita..berbuat baiklah kpd adik beradik kta..bantulah rakan2 kita yg memerlukan..hormatilah org tua dan jiran2 kita...

Semoga jika kta menutup mata utk selamanya, ramai yg akan mendoakan kta Amir...insyaallah..

cik shabah berkata...

herm...doakan cik shabah juge...=(

tengkorakemas berkata...

semoga kita sama2 dapat jadi anak yg soleh dan berbakti kepada ibu bapa kita..

ardinihumaira berkata...

semoga amir jadi seorang yang soleh, amin...

nerves berkata...

dulu time aku sekolah dulu pun...sameje perangai cam ko..
solat kemana..perangai pun cam nakal sume bagai...
tapi bile da makin brtambah usia..
alhamdulillah aku da berubah..mayb berkat doa mak aku..

tula...selagi kite ada kesedaran nk berubah...jgnla tunggu..
takut nanti tak sempat je...ye tak
=)

Anep™ berkata...

kenapa ngn kaw nie..ttbe jer mcm nie..aku doakan ko berubah..tak berubah byk pon sikit pon jadilah~ yg pnting berubah ke arah kebaikan...heheh~

10 Fadhilat Coca Cola, Terbaek Dari Ladang !

Unknown berkata...

smoga mnjadi ank yg soleh...amin..

Amir Izzat berkata...

@ARMw'salam.
terima kasih abg Arm..insyaAllah.amir akan memperbaiki diri ini..terima kasih! :)

Amir Izzat berkata...

@cik shabahokayh..amir akan doakan cik shabah... :)

Amir Izzat berkata...

@tengkorakemasaminn..terima kasih bro.

Amir Izzat berkata...

@ardinihumairaterima kak Dni.. amir doakankan kak Dni sihat sejahtera slalu.. :)

ProfHariz berkata...

Sama-sama kita kembali ke pangkal jalan hendaknya... InsyaAllah

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??