Memaparkan catatan dengan label Kisah Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Lawak. Papar semua catatan

Jom Baca Kisah Lawak (Otak Kuning Jangan Baca!)

Sekarang ini kan hujung minggu. Kadang-kala kita hendak juga ketawa-ketawa. Jangan ketawa seorang diri sudah la. Kalau dilihat orang,naya pulak. Baiklah.. Bagi menceriakan anda saya nak bagitahu satu kisah lawak. 

Kisah lawak nie memang lawak habis laa.. Tapi orang yang berotak kuning tidak boleh baca. Kenapa? Ha,nanti..Kalau korang baca korang akan tahu laa..

Baik! Saya ceritakan dengan ringkas disini. Cerita ini mengisahkan seorang pelajar yang pintar. Baju je darjah 4 tapi kecerdikannya mengalahkan Amalina yang hebat itu. Kalah juga Nik Madihah(betul tak ejaanya nie?).

Hendak dijadikan cerita...Pada suatu hari... (the end).

Huh? Dah habis.. Cerita ini panjang sangat. Jadi,elok lah korang berkunjung ke sini pelajar pintar( otak negatifk tak leh baca)
jom baca lagi

Saya Bangga Jadi Rakyat Malaysia Sebab Kisah Ini

Tahun lepas sainitis Russia korek tanah sedalam 100 meter, diorg terjumpa la kesan wayar copper yg berusia 1000 tahun...and membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade telephone network....woo bes..
Pas tu, saintis Amerika tak puas ati,diorg pun korek gak, sedalam 200 meter...diorg lak terjumpe talian fiber optic lama yg dipercayai berusia 2000 tahun...lalu membuat kesimpulan, org US 1000 tahun lagi advance dari org Russia dalam komunikasi telefon yg lagi canggih dari diorg.....pergh canggih...
Saintis Malaysia plak try try gak, diorg korek sedalam 500 meter...pastu diorg report la, diorg tak jumpe ape2.....so diorg wat kesimpulan; 5000 dahulu nenek moyang org melayu sudah tahu menggunakan teknologi wireless!!
Wah! Hebar ar  Malaysia! Tidak ku sangka dari dulu lagi Malaysia dah ada wireless. Memang tabik ar..Korang bangga ke tidak? Kalau tak,tak tahulah den. Tapi kan..Apasal wireless kat Malaysia sekarang nie slow? 


Dah nak habis ka sumber? Haha. Satu lagi,broadband pulak memang slow nak mampus.. Kura-kura pun boleh ketawa pabila melihat line broadband di Malaysia..Ahaks.Walaupun begitu,Amir masih bangga..!!!


[kisah dari email]
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Hari-Hari Diriku Dicucuk..


Izinkanku memulakan cerita.. Aku mempunyai seorang teman yang sentiasa menemaniku..Atau aku yang sentiasa menemaninya. Biarlah ku namakannya Zack. Setiap kali Zack pergi ke mana-mana. Mesti aku menemaninya. Tidak sah kalau aku tidak dibawanya sekali. Zack seorang arkitek. Maka dia amat memerlukan aku..

Zack selalu “menggunakan” aku…Tidak kira siang atau malam.Ada kala pagi pun Zack masih “menggunakan” diriku.. Aku tahu hidupku hanya untuk berbaktik kepada Zack sebelum hayatku habis.. Ketika saat genting,aku akan “dicucuk” pada sesuatu benda. Aku tidak benda apakah itu..

Memang aku akan “dicucuk”.. Walaupun sakit,aku rela..Walaupun akibat “dicucuk” itu hayatku akan menjadi semakin pendek..

Aku sedar diriku hanya untuk Zack.. Benda yang Zack “cucuk” padaku..aku kurang mengenalinya. Namun ia agak familiar di kalangan manusia yang bersekolah..

Benda  apakah ini?

Inilah benda yang Zack selalu “cucuk” aku padanya.. Benda apakah ini?

Diriku sebarang pensel

Ha,yang inilah wajahku yang sebenar..Tidak cantik..Aku sedar yang aku hanya sebatang pensel..Hanya berbakti untuk seseorang sahaja. Pabila hayat telah tiba..Aku akan terus dibuang..Malangnya nasib sebatang pensel. Sakit ketika “dicucuk”,tetapi bila dah “dicucuk” aku pasti akan merana…… Inilah kisahku…Diriku sebatang pensel..

Maksud:
Menggunakan: Menulis guna pensel.
Dicucuk: Kena asah dengan pengasas
jom baca lagi