Memaparkan catatan dengan label Wireless. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wireless. Papar semua catatan

Dua Hari Aku Tunggu Nak Online... Lama Gilerrrrrrrrrr Beb! Ini Semua Salah Broadband!

Assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian. Rindu ar dengan korang. I miiiiiiiiiiiiiiiiiiis you so much dear.. Eh! Eh! Ueuuuwww! Apsal gedik plak aku nie? Ahaks. Tak ar..Aku nie kemaruk nak online..Rindu korang ar.

"Huh? Siapa?"

Alaa..korang yang baca entri nie ar..Yang hidung tengah berkembang nie. Yang tengah pakai baju tidur. Pi tidoq nun. Ahaks.

Ok! Ok! Nie ha.. Korang tahu tak. Lama betul aku nak online. Dua hari aku tunggu depan laptop mengharapkan ada line wireless melekat pada laptop aku. Biasar ar..Orang ada broadband tapi macam tak da broadband.

"Huh? Macam mana tue?" mesti soklan macam nie..kan? (cakap ya kalau tidak mahu basikal anda diluar rumah dibakar saya.)

Macam nie adik-adik sekalian. Aku ada broadband. Siapa cakap aku tak da broadband. Aku pakai celcom punya beb! Mantap! Tapi sayang. Mak aku tak mahu bayar...

"Pasal apa tak mahu bayar?"

Pasal aku tak kasi adik aku guna broadband nie. Ya la kan. Bila dah broadband nie ada ngan aku..Susah untuk aku melepaskannya. Broadband dan laptop bagai isteri pertama aku. (tapi tak seindah malam pertama). Ini semua salah broadband.. Mahal sangat cas. HUhu. Itu pasal mak tak mahu bayar...(kesian)

Itu la sebab aku terpaksa bergantung kepada kepada wireless semata-mata. Kalau hari pekerja cuti,aku pun cuti. Aku pun tak pasti la dapat online ke tak time cuti kelak. Huhu. Bertuah korang yang dah kerja. Boleh jugak bayar broadband. Aku nak kerja tapi mak aku tak kasi..Kerja waiter di hotel. Entah la ngapa dia tak bagi.

Sebagai anak yang soleh,(kononya)..Terpaksalah aku turuti.. Hari ini banyak yang hendak aku bebelkan. Korang tunggu saja...Terima kasih. Renung-renungkan..Selamat beramal!!! 

P/s Hey kamu! Cuba tengok belakang kamu..Ada apa tuuuuuuuuuuu? Haaaaaaaaaaaaaaaaan.......tuuuuih!
jom baca lagi

Saya Bangga Jadi Rakyat Malaysia Sebab Kisah Ini

Tahun lepas sainitis Russia korek tanah sedalam 100 meter, diorg terjumpa la kesan wayar copper yg berusia 1000 tahun...and membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade telephone network....woo bes..
Pas tu, saintis Amerika tak puas ati,diorg pun korek gak, sedalam 200 meter...diorg lak terjumpe talian fiber optic lama yg dipercayai berusia 2000 tahun...lalu membuat kesimpulan, org US 1000 tahun lagi advance dari org Russia dalam komunikasi telefon yg lagi canggih dari diorg.....pergh canggih...
Saintis Malaysia plak try try gak, diorg korek sedalam 500 meter...pastu diorg report la, diorg tak jumpe ape2.....so diorg wat kesimpulan; 5000 dahulu nenek moyang org melayu sudah tahu menggunakan teknologi wireless!!
Wah! Hebar ar  Malaysia! Tidak ku sangka dari dulu lagi Malaysia dah ada wireless. Memang tabik ar..Korang bangga ke tidak? Kalau tak,tak tahulah den. Tapi kan..Apasal wireless kat Malaysia sekarang nie slow? 


Dah nak habis ka sumber? Haha. Satu lagi,broadband pulak memang slow nak mampus.. Kura-kura pun boleh ketawa pabila melihat line broadband di Malaysia..Ahaks.Walaupun begitu,Amir masih bangga..!!!


[kisah dari email]
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi