Aku Kini Tentera Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)!!



Assalamualaikum ku ucapkan sebagai pembuka bicara.

....ketika aku sedang berehat di dalam bilik sambil teringatkan kenangan yang terindah,sambil mengenang hari mendatang. Secara tiba-tiba, telefon bimbitku berjenama Sony Ericsson berbunyi. Deringan " Tut....Tuttt...mesej berbunyi..tuutt..tuttt..mesej berbunyi" ala-ala lagu Wonder Pets bergiang di telinga menandakan satu mesej diterima.

" Kepada semua tentera SPM 2011, pertempuran akan bermula. Bendera SPM akan dinaikkan pada tahun ini & bendera ENJOY akan diturunkan. Di istiharkan DARURAT, lepak, ketawa huha2 sampai pagi akan ditukar dengan duduk mengadap buku, study sampai pagi. Sebarkan kepada tentera SPM dengan ucapan semoga berjaya mendapat straight 'A+'...!!!! Gewe letok tepi...prekso jawap sengoti.."
Selepas aku dapat mesej ni. Baru terpikir..." Oooohh...tinggal 30 hari kot nak spm....". Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 20 hari kot spm ni. Hari yang bersih adalah 20 hari. Sekarang ini adalah waktu yang paling kemuncak lah nak ulangkaji semua bagai. Aku sedar kemampuan aku....apabila tengok keputusan percubaan spm rakan-rakan. Terdetik gak nak dapat 8A. Maka, aku pun berazam dan bertekad lah nak berusaha bulan ini....tapi...tampak gayanya semangat tu nak ke laut dah. Haha!

Walaubagaimanpun, aku doakan kepada semua Tentera SPM yang akan "berperang" pada 14 hb November 2011 nanti mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang diharapkan dan setimpal dengan usaha yang kita lakukan.

Allah sendiri kata bahawa "nasib sesebuah kaum tidak akan berubah jika orang itu sendiri tidak mahu berubah". 

Pesan daku pada kalian perajurit SPM.

1. Doa.
2.Usaha.
3. Ikhtiar.
4. Tawakal.

Ingat! Berusaha dan bertawakal lah pada Allah kerana matlamat kita belajar ini kerana Allah,kan? Bukan pergi sekolah kerana awek cun ye? Bukan kerana mak bapak suruh ye? Tapi kerana Allah...

Baiklah! Itu sahajalah tintaku pada hari ini. Aku sendiri pun sedang berusaha nak buat latihan banyak-banyak..nak belajar study smart la kononnya. Hehe.

Info: Tahukah anda perasaan gementar juga akan muncul apabila melihat jadual waktu spm? Tak percaya? Nah! Sila lah tengok di sini. Hehe.!

Oh ya! Untuk buat semakan keputusan peperiksaan korang. Korang boleh semak disini. Letak nombor kad pengenalan je. Hehe. Pasti terkejut punya! Hehe!
jom baca lagi

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin 2011

Assalamualaikum wbt. Apa khabar pembaca blog Amir Izzat? Sihat belaka ke? Bagaimana sambutan raya? Bagaimana keadaan rohani dan akhlak selepas bulan Ramadhan berlalu? Bagaimana dengan keadaan masyarakat,jiran tetangga,sahabat handai dan keluarga? Bagaimana perisai yang dibina selama sebulan itu? Adakah masih utuh untuk menempis serangan syaitan? Harap2 perisai itu masih kukuh.
Baiklah. Sudah lama benar aku meninggalkan bidang penulisan blog. Sekejap je masa berlalu.Tup! Tup! Ramadhan pun berlalu..syawal pula datang menjelma.

Hari ni dah raya ke-3. Terasa baru sahaja aku pulang dari perantauan pada 27 hb. Tengok-tengok dah 1 Sept. Cepat betul kan masa? Aku ada baca...tanda akhir zaman,masa akan pantas berlalu dan kita pula sedang berada dalam fasa ke-4 dunia. Bab ni nanti aku cerita,kena rujuk yang pakar.

Baiklah. Pada kesempatan ini aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin dan mohon maaf jika ada terkasar bahasa kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua blogger tanah air. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah swt.

Setakat itu sahajalah. Imtihan dah dekat . Kalimat "Man jadda wajada,waman zaraa hasada" harus ku gengam..Assalamualaikum wbt. Sahabat pembaca!! Doakan daku agar aku dapat tempuhi imtihan dengan keredhaan Allah swt dan lulus cemerlang.
jom baca lagi

Esok Dah Puasa? Terima Kasih Allah!



Assalamualaikum wbt.

Kaifa halukum? Apa khabar pembaca sekalian. Alhamdulillah. Alhamdulillah! Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Mulia kerana masih memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar  kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus bernafas dan beribadat kepadanya.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana masih mengurniakan nikmat dan rahmat kita walaupun kita kadang-kadang berpaling tadah daripadanya. (kufur nikmat).

Terima kasih kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa kerana masih memberikan kita akal yang cerdas untuk kita berfikir mana yang baik dan mana yang buruk walaupun kadang-kadang kita terlalu menurut nafsu.

Terima kasih tidak terhingga kepada Allah kerana tidak mematikan kita dalam keadaan yang penuh dengan dosa, dalam keadaan yang penuh dengan noda, dalam keadaan yang belum berkesempatan untuk bertaubat dek merasakan mati masih jauh, dalam keadaan berlaku maksiat, dalam keadaan derhaka kepada ibubapa, dalam keadaan melawan guru, dalam keadaan menipu, dalam keadaan tidak solat, dalam keadaan mencuri dan dalam keadaan membuat kemungkaran.

Dan sesunguhnya Allah Maha Pengampun kerana mengurniakan bulan Ramadhan dan malam Lailatulqadar untuk kita membersih dosa dan menyucikan diri serta menambah lagi pahala. 

Semoga pada bulan ini kita akan berpuasa dari segi mata, telinga , kaki, tangan, seluruh anggota badan dan minda daripada perkara-perkara mungkar. 

Mulai malam ini, kita tentukan niat dan azam untuk bermunajat dan beribadah sepenuh hati kepada Allah yang tidak pernah jemu memaafkan hambaNya melainkan hambanya sahaja yang jemu untuk bertaubat.

Akhir kata,gunakanlah peluang ini sebaik mungkin kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir untuk kita kerana mati tidak mengenal usia dan waktu. ( Orang yang bijak , selalu ingat mati. Jadi, korang dan aku bijak lah. hehe)

Pesanan: Beribadatlah kerana Allah bukan kerana benda lain. Bukan kerana malam lailatuqadar, bukan kerana Syurga, bukan kerana bidadari Syurga tetapi kerana Allah.

******

Korang teruja tak korang masih hidup dan ada peluang lagi untuk bertemu Ramadhan? Korang dan aku adalah insan yang bertuah woo!! Teruja tak? Hehe.

Dalam banyak-banyak manusia, korang dan aku je hidup. Yang lain sudah masuk kubur, bila sudah masuk kubur..mana boleh puasa lagi. Jadi, masa inilah kita kena guna peluang sebaik mungkin. Tetapi takut tak sempat je nak guna sebab mana tahu bila tidur malam ini, korang dan aku akan menjadi mayat pagi esok! Maka korang terpaksalah panggil KeretaMayat. Haha.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432 HIJRAH.

p/s: Lapar..
jom baca lagi

Design #1 : Wallpaper Prefect/ Pengawas



Untuk menjadi seorang pelajar dan pengawas kita haruslah:


1. Berilmu.
2. Berdisiplin.
3. Berbakti.


Pegang pada prinsip ini anda akan menjadi seorang pengawas yang berjaya!


Apabila kita berilmu maka kita akan berdisiplin dan apabila kita berdisiplin maka kita akan berbakti untuk sekolah, bangsa dan negara.


Ingatlah tugas seorang pengawas adalah sangat besar kerana ia adalah satu amanah. Jika anda menjadi pengawas untuk glamer, glamer lah anda dapat tetapi jika kerana Allah maka anda akan dekat dengan Allah. Wallhualam! Selamat maju jaya wahai pengawas sekalian!


Lakukan tugas ini dengan AMANAH! Dan jadilah orang yang BIJAKSANA!


Berikan yang terbaik!
Nota kaki: Baru sahaja pulang dari Kursus Kepimpinan Dan Kemahiran Ketua Pengawas/Penolong Ketua Pengawas Ahad lalu. :)


Perhatian: Desain di atas direka oleh Amir Izzat.Jadi, jangan curik! Haha. Tapi ambil boleh. hehe.


***********
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum cik adik, kakak, dan abang-abang sekalian serta pembaca yang budiman. Apa khabar anda semua? Semoga sihat selalu nyer pon. Haaa! Amir tahu yang korang rindukan Amir ye? Baik korang cakap korang rindukan Amir kalau tak Amir merajuk! Haha.


Amir ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini entri di blog ini kerana kesibukan yang melanda sejak kebelakangan. Lagipun, siapalah yang hendak baca penulisan blog Amir yang entah papa ni. Huhu.


Amir doakan pembaca blog ini sentiasa diberkati Allah. Doakan Amir menjadi orang yang rajin menuntut ilmu kerana Allah ye!!! 
jom baca lagi

Siapakah Yang Paling Sesuai Untuk Kita Luahkan Perasaan?

Bismillah. Assalamualiakum wbt. Apa khabar Cik Kak, Makcik , Pakcik??? Sihat belaka ka?? Hehe.

Ok! Apa topik kita hari ini ye? Ha! Jom kita bercakap tentang  Siapakah yang paling sesuai untuk kita luahkan perasaan?

Dalam hidup ini, kita ada bermacam-macam pertalian. Ada ayah, ada ibu, ada adik, ada kakak, ada abang, ada adik, ada nenek, ada atok dan banyak lagi lah. (ulang sampai muntah). Yang paling penting, pertalian sesama Muslim dan setiap Muslim adalah bersaudara. *Amaran keras! Jangan putuskan silaturrahim.

Tetapi antara ramai-ramai manusia yang ada kat bumi ni. Agak-agak siapa yang paling sesuai untuk kita meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Contohnya lah.

1. Kau sedang putus cinta, pada siapa kau nak luahkan?
2. Kau sedang mengalami tekanan jiwa, pada siapa kau nak luahkan?
3. Kau kena tolak dengan awek, pada siapa kau nak luahkan?
4. Kau kena buang kerja, pada siapa kau nak luahkan?
5. Kau ada masalah yang banyak sangat, pada siapa kau nak luahkan?

Mari kita tengok kalau kita luahkan padaaa......

1. Kawan.

- Amir rasa kalau korang menceritakan masalah anda pada seorang kawan yang kononnya lah dianggap kawan baik walhal lelaki atau perempuan. Belum tentu dia memahami. Betul Amir cakap. Sudah tentu masalah korang akan bertambah bila kawan-kawan gelak beramai-ramai dek masalah itu. " Ha! Ha! Ha! Itu lah kau..muka macam tembikar pecah. Ada hati nak mengorat..) - kes kena tolak dengan perempuan.

2. Teman Lelaki / Teman Wanita.

- Amir tak pernah luahkan perasaan Amir dekat awek Amir (cover takdak awek sebenarnya.haha) sebab Amir tahu kalau lelaki luahkan perasaan kat perempuan. Nampak janggal disitu. Seorang teman lelaki/wanita belum tentu faham masalah korang. Korang titiskan lah air mata darah akibat masalah korang tetapi tetap tidak selesai. Paling kurang pun teman lelaki/wanita akan cakap " sabarlah lah sayang...saya tetap disini awak.." - Haktuih. 

3. Ayah.

- Siapa yang pernah luahkan perasaan kat ayah sila angkat tangan?? Dalam ahli keluarga, yang paling Amir takut adalah ayah Amir. Garang tuuu. Iya lah kan, kalau buat salah mesti lah kena rotan. Hehe. Amir rasa kalau hendak luahkan perasaan kat ayah memang berat sikit kot. Kalau tak kena marah, kena tegur lah. Kalau tak kena tegur, kena rotan lah. Hehe. Itu zaman budak-budak. Mungkin kerana sikap tegas seorang ayah itu membuatkan anak-anak sukar untuk mendekati mereka tetapi anak-anak perlu tahu bahawa di sudut hati mereka, mereka sayang kita! Hehe! Ayah...memang seorang penyayang tetapi masih ada seorang lagi yang paling sesuai. Iaitu ibu.

4. Ibu/Mak/Ummi/Amma/Indai.

- Iya! Ibulah tempat yang paling sesuai untuk kita luahkan perasaan. Ibulah yang menjaga kira sejak dari kecil lagi. Dari jauh pun ibu sudah tahu apa masalah kita. Tidak kira lah kita ni anak derhaka ke, tak dengar kata ke, perangai macam Dajjal laknatulllah ke, buat kerja jahat nauzubillah ke...seorang ibu pasti menyayangi anaknya seperti yang kita lihat dalam drama.

Ibu mana tak sayang anak. ( Ibu HARAM tak sayang anak..- celah Jamil). Bagi Amir, lebih selesa meluahkan segala-galanya pada seorang ibu. Ibu adalah orang yang paling memahami kita. Ibu adalah orang yang dapat menaikkan motivasi kita. Tidak ada duit, dia bagi. Tidak ada semangat, dia bagi.

Amir teringat kata-kata Cikgu Dahuda antara ingat tak ingat. " Mirul, kamu ada masalah ke? Kalau kamu ada masalah, luahkan je la kat mak. Jangan pendam atau luahkan dalam facebook, luahkan pada awek.takdak gunanya. Luah kat mak ayah. Merekalah tempat yang paling baik untuk meluahkan perasaan. Mereka lah orang yang paling faham tentang anak-anak. Jangan malu..."

Aku yang mendengar hanya tunduk dan mengiyakan saja. Terima kasih cikgu tapi kan..cikgu macam tahu je aku ada masalah ketika tu. hehe.

*******

Jadi, kawan-kawan. Kalau ada masalah, berjumpa lah dengan ibubapa masing-masing. Luahkan segala-galanya pada mereka.Tak payah nak malu, pegang tangan perempuan tak malu pulak! Tengok awek tak malu pulak! Ini nak jumpa mak ayah sendiri pun malu. Adoi! (mengeleng kepala 12 pusingan). - tak lawak. :)

Wahai teman seusiaku, remaja remaja yang sedang meningkat dewasa. Aku faham bahawa kalian memerlukan perhatian ibubapa. Maka, andai kalian ada masalah. Kalian kongsilah dengan ibubapa kalian agar masalah kalian akan selesai dengan segera. Aku yakin kalian akan berlapang hati sejurus itu.

Sahabat, aku menyeru, menangislah sepuas-puasnya disisi ibu dan ayah andai ada masalah dan sayangilah mereka sebanyak mungkin sebelum mereka pergi meninggalkan kita atau kita yang meninggalkan mereka terlebih dahulu.

Jangan malu!
Jangan segan!
Kelak menangis tak berlagu.

Tetapi apa yang daku lihat pada hari ini. Ibubapa semakin dijauhi. Rakan dan pasangan menjadi tempat untuk meluahkan segala-galanya. Ibubapa dilupakan..aku kesal. Dimana silapnya teman? 

Dapat satu komen tadi dan baru teringat.


Tempat yang paling afdal kita luahkan ialah kepada ALLAH swt. Iya, berdoa dan merintih lah pada ALLAH swt yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Ingatlah Allah ketika senang dan susah. DIA lah sebaik sebaik tempat untuk kita luahkan segalanya..



-maaf atas kekhilafan diri ini-

Persoalan: Andai korang ada masalah, korang luah kat siapa ye? Hehe. ^.^
jom baca lagi