Memaparkan catatan dengan label Sikap Ibubapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sikap Ibubapa. Papar semua catatan

Wahai IbuBapa..Bacalah Entri Ini! Bacalah...Bacalah! Renungan Sepanjang Zaman| Kadang-Kadang Ibubapa Tidak Tahu Yang Anak-Anak Sayangkan Mereka.

Aku sangat kasihan melihat rakan - rakan aku yang bernasib sebegini diwaktu dahulu. Bagi aku sebagai ibu bapa jangan terlalu mendesak dan cuba memberisedikit penghargaan kepada anak masing - masing dan cuba memahami situasianak - anak mereka sendiri. Kadang - kadang kerana perkara macam nih lah boleh buat anak - anak itu mengalami tekanan perasaan atau berfikir yang ibu bapa merekatidak menyayangi mereka atau pun tak pernah menghargai usaha mereka.

Bukannya tak boleh marah. Bukannya tak boleh nasihat. Tetapi, jika dilihat berdasarkan situasi di atas janganlah membanding anak sendiri dengan anak orang jika situasinya sedemikian. Sangat tidak adil terhadap usaha anak anda selama ini dan hasil usahanya dibandingkan dengan orang yang tidak patut dijadikan sebagai perbandingan,

Baca sambungan disini.(klik disini)

Assalamualaikum! Anda seorang ibu? Seorang ayah? Pernah kah anda mengalami situasi di atas? Oh ya. Baca sampai habis dahulu kisah diatas. Andai anda seorang ibu dan ayah..Bacalah..teruskan membaca entri seorang blogger iaitu Hans Punya Blog. Pernahkan anda berkelakuan sedemikian dengan anak-anak anda? Pernahkan anak-anak anda terasa akan perbuatan anda? Wallahualam.

Apa-apapun, setiap ibubapa memang inginkan yang terbaik untuk anak-anak walaupun kadang-kadang cara yang ditunjukkan itu tidak betul. Apa yang pasti, ibubapa juga pernah menjadi seorang anak, seorang pelajar dan seorang remaja. Siapalah saya untuk menegur..hanya seorang anak remaja yang sayangkan ibubapanya. Sekian.

Amirull: Aku belum matang.


jom baca lagi

"Jangan Taksub Dengan Duit" Kata Ayahku

Ketika sedang berehat di ruangan tamu. Aku pun tanyalah ayahku sesuatu.. Benda yang sudah tertangguh sangat lama... Aku pun memulakan bicara.

"Ayah..Abe nak kerja hari Sabtu boleh tak?" pintaku..

"Hurm..Kerja? Abe,loni yang penting adalah belajar. Jangan duk taksub sangat dengan duit nie.." balas ayahku macam tidak bersetuju.

"Laa..bukan taksub dengan duti tapi nak cari pengalaman je.." rayuku membela diri.

" Kerjanya boleh tapi jangan duk taksub dengan duit laa..." balas ayahku lagi..

" Hurm..tak apalah..." jawapku dengan nada yang agak sedih...

Masa nie tengah makan. So,aku sambung la makan. Aku tak faham apa motif ayah tidak benarkan aku berkerja. Bukannya bekerja hari sekolah tetapi hari Sabtue je. Bukan untuk mencari duit tetapi menimba pengalaman. Memandangkan aku nie pelajar Katering. So,aku kena la belajar sikit-sikit. Kerja di Hotel Hilton. Kat Pullman..

Kalau nak dikira gaji dari pukul 3 petang hingga 12 tengahmalam hanya RM36 ringgit tidak mencukupi tetapi itulah. Dah ayah tak bagi..Nak buat apa lagi.. Kalau aku taksub duit,dah lama aku pi kuaq kerja.. Memandang ayah pernah melarang aku kerja di luar. So,aku malas lah nak bekerja seperti remaja lain.

Teringin juga di hati ingin menambahkan duit poket sebab duit sekolah mana cukup. Setakat 5 ringgit sehari. Itu pokok. Tolak minyak motor dah RM3 ringgit. Tolak beli Berita Harian,RM2 ringgit. kan dah licin. Aku,kalau tak beli suratkhabar memang tak sah. Alamak! Lupa la nak beli yang hari nie..Hehe.

Itulah..Nak cari kat mana duit nie..Kita pun ada barang juga yang teringin nak beli. Kalau harapkan duit mak bapak sudah tentu tak boleh. Yang aku hairan dengan segelintir mak bapak kan,ada yang malas nak beli buku ulangkaji dan buku bacaan anak-anak. Mungkin mereka berfikir bahawa buku teks di sekolah sudah mencukupi. Kerajaan kena dedahkan benda nie. Buku teks tidak dapat memberi apa-apa. Pengetahuan pelajar terbatas. Oleh itu,belilah buku untuk anak-anak.

Baiklah! Apa yang hendak aku tegaskan disini adalah daku bukan taksub duit...Namun,restu ayah bonda itu penting..Terpaksalah aku turuti..
jom baca lagi