Ketika sedang berehat di ruangan tamu. Aku pun tanyalah ayahku sesuatu.. Benda yang sudah tertangguh sangat lama... Aku pun memulakan bicara.
"Ayah..Abe nak kerja hari Sabtu boleh tak?" pintaku..
"Hurm..Kerja? Abe,loni yang penting adalah belajar. Jangan duk taksub sangat dengan duit nie.." balas ayahku macam tidak bersetuju.
"Laa..bukan taksub dengan duti tapi nak cari pengalaman je.." rayuku membela diri.
" Kerjanya boleh tapi jangan duk taksub dengan duit laa..." balas ayahku lagi..
" Hurm..tak apalah..." jawapku dengan nada yang agak sedih...
Masa nie tengah makan. So,aku sambung la makan. Aku tak faham apa motif ayah tidak benarkan aku berkerja. Bukannya bekerja hari sekolah tetapi hari Sabtue je. Bukan untuk mencari duit tetapi menimba pengalaman. Memandangkan aku nie pelajar Katering. So,aku kena la belajar sikit-sikit. Kerja di Hotel Hilton. Kat Pullman..
Kalau nak dikira gaji dari pukul 3 petang hingga 12 tengahmalam hanya RM36 ringgit tidak mencukupi tetapi itulah. Dah ayah tak bagi..Nak buat apa lagi.. Kalau aku taksub duit,dah lama aku pi kuaq kerja.. Memandang ayah pernah melarang aku kerja di luar. So,aku malas lah nak bekerja seperti remaja lain.
Teringin juga di hati ingin menambahkan duit poket sebab duit sekolah mana cukup. Setakat 5 ringgit sehari. Itu pokok. Tolak minyak motor dah RM3 ringgit. Tolak beli Berita Harian,RM2 ringgit. kan dah licin. Aku,kalau tak beli suratkhabar memang tak sah. Alamak! Lupa la nak beli yang hari nie..Hehe.
Itulah..Nak cari kat mana duit nie..Kita pun ada barang juga yang teringin nak beli. Kalau harapkan duit mak bapak sudah tentu tak boleh. Yang aku hairan dengan segelintir mak bapak kan,ada yang malas nak beli buku ulangkaji dan buku bacaan anak-anak. Mungkin mereka berfikir bahawa buku teks di sekolah sudah mencukupi. Kerajaan kena dedahkan benda nie. Buku teks tidak dapat memberi apa-apa. Pengetahuan pelajar terbatas. Oleh itu,belilah buku untuk anak-anak.
Baiklah! Apa yang hendak aku tegaskan disini adalah daku bukan taksub duit...Namun,restu ayah bonda itu penting..Terpaksalah aku turuti..
