Assalamualaikum! Apa khabar korang? Sihat belaka ke? Macam mana hari semalam? Adakah semua berjalan dengan lancar? Semoga apa yang dilakukan kita pada hari semalam bermanfaat untuk hari yang seterusnya.. Renung Renungkan lah..Selamat beramal!!!
Hahahahahha! Ada gaya macam ustaz tak? Ok! Ok! Hari ini hari Isnin? Permulaan hari bagi hari-hari. Erk? Hari apa rancangan aku ek? Aku rasa pagi ni nak pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara. Hendak buat kad pengenalan yang baru kerana yang lama sudah rosak dihentam aku. Hahaha! Aku tak perasan pulak rosak. Aduhai, masa nak buat akaun bank tu je baru aku tahu. Hendak ke tidak. Terpaksa juga aku pergi..
Oh ya! Korang dah makan? Makan apa hari ni? Kalau aku kat Kelantan...Pagi-pagi selalu makan Nasi Kerabu Ayam Bakar. Fulamak! Sedap gilerrrrrrrrrrr..
| Sumber dari : http://www.cookingmomster.com/?p=1606 Selain makan Nasi Kerabu, Nasi Dagang pun aku telan. Hahha.. Selain itu (lagi), masakan emak jugak tidak lupa. Masakan ibu mana boleh lupa..Biar tidak sedap..Biar masam,pahit,masin..Itulah masakan ibu kita yang memberi makan kita sejak kecil lagi. Aku suka mak aku masak Ikan Patin/Keli Masak Tempoyak. Sedap.. Sebenarnya, aku tak tahu jenis ikan yang mak aku selalu masak. Janji kenyang. Hahha! Ibu korang selalu masak apa pagi-pagi?? Kalau mak aku,biasa-biasa je. Hehe. Makanan yang aku suka makan siang dan malam adalah ikan kembung goreng dan budu. Tambah nasi la.. Sedap dan menyelerakan.. Fuh! Kalau ada tempoyak,jering dan kerdas.. Lagi syok.. Nikmatnya macam malam..malam bulan mengambang. Haha. (korang ingat nikmat malam pertama je ke best?). Oklah..Nak pi terjah dapur..Ada apa ye??? Joooooooom! ![]() Pssst..: orang bandar makan KFC Dan McDonald kan? Makanan tradisional pun dah lupa.. Masih adakah yang begitu? Huhuuhu. |

