Memaparkan catatan dengan label Mee Bandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee Bandung. Papar semua catatan

Kisah Di Sebalik Mee Bandung [Lawak Kot]


Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina .... Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya mnghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti....

Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti... 

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Amir: Kih..kih..kih...Amacam?? Ada kisah tau... hehe
jom baca lagi

Sedap Ke Mee Bandung Nie???

Petang tadi...Semua ahli keluarga aku kelur pergi makan dekat luar..Aku tak pergi..Malas bha nak keluar nie..Penat. Lagipun,aku nak layan blog arini.Line lembab beb... Balik rumah..mak aku beli Mee Bandung nie untuk aku..gambar kat bawah hiasan je.. Beserta air Nescafe beng yang aku mintak..Beng itu sejuk...tau tak? Ahaks...

sedap ka???

Aku tengah gelojohnya membuka bungkusan Mee itu..Ku sangkakan sedap Mee Bandung nie..Ye la kan..Pertama kali makan..alahai..Bukak plastik tue..dah tau dah..Bau Mee Bandung nie semacam je..Memang dah terbantut selera masa tue...Tapi terpaksa cuba jugak..Aku lapar..Mula-mula aku pelik.Apa pasal semua warna pink nie?

Aku pun tanya mak.. ''Mak! Mee apa nie????'' Mak aku jawap..''Mee bandung la tue...'' Aku..''Oowh...,sedap ke?''. Mak..."sedap laa..mak makan dah tadi...'' (terasa kuno pulak..ahaks)Mula-mula aku cuba udang ..Kunyah-kunyah punya kunyah...kureng sikit rasanya..Macam pelik..Ah! Memang pelik lah... Makan mee dia pulak..mee kuning... Ceh! Rasa hampeh..tak sedap langsung..Bukan nak hina makanan tue... tapi aku tak minat..

Memang tak baik cemuh makanan..namun aku bersyukur..Alhamdulillah ada makanan..kan? Aku try sikit je..lepas tue tinggal atas meja..tudung dengan saji..Lepas nie..hajatnya nak makan pulak.. ha! Korang pernha rasa tak Mee Bandung nie? Macam mana rasanya? Sedap ka? Acu cuba cerita sikit kat Amir nie..

AMir: Bersyukur dengan apa yang ada..
jom baca lagi