Memaparkan catatan dengan label Selongkar Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selongkar Makanan. Papar semua catatan

Mulakan Pagi Anda Dengan Sarapan! Jom Makan!

Assalamualaikum! Apa khabar korang? Sihat belaka ke? Macam mana hari semalam? Adakah semua berjalan dengan lancar? Semoga apa yang dilakukan kita pada hari semalam bermanfaat untuk hari yang seterusnya.. Renung Renungkan lah..Selamat beramal!!!

Hahahahahha! Ada gaya macam ustaz tak? Ok! Ok! Hari ini hari Isnin? Permulaan hari bagi hari-hari. Erk? Hari apa rancangan aku ek? Aku rasa pagi ni nak pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara. Hendak buat kad pengenalan yang baru kerana yang lama sudah rosak dihentam aku. Hahaha! Aku tak perasan pulak rosak. Aduhai, masa nak buat akaun bank tu je baru aku tahu. Hendak ke tidak. Terpaksa juga aku pergi.. 

Oh ya! Korang dah makan? Makan apa hari ni? Kalau aku kat Kelantan...Pagi-pagi selalu makan Nasi Kerabu Ayam Bakar. Fulamak! Sedap gilerrrrrrrrrrr.. 

Sumber dari : http://www.cookingmomster.com/?p=1606

Selain makan Nasi Kerabu, Nasi Dagang pun aku telan. Hahha.. Selain itu (lagi), masakan emak jugak tidak lupa.  Masakan ibu mana boleh lupa..Biar tidak sedap..Biar masam,pahit,masin..Itulah masakan ibu kita yang memberi makan kita sejak kecil lagi. Aku suka mak aku masak Ikan Patin/Keli Masak Tempoyak. Sedap.. Sebenarnya, aku tak tahu jenis ikan yang mak aku selalu masak. Janji kenyang. Hahha! Ibu korang selalu masak apa pagi-pagi?? Kalau mak aku,biasa-biasa je. Hehe.

Makanan yang aku suka makan siang dan malam adalah ikan kembung goreng dan budu. Tambah nasi la.. Sedap dan menyelerakan.. Fuh! Kalau ada tempoyak,jering dan kerdas.. Lagi syok.. Nikmatnya macam malam..malam bulan mengambang. Haha. (korang ingat nikmat malam pertama je ke best?).

Oklah..Nak pi terjah dapur..Ada apa ye??? Joooooooom!


Pssst..: orang bandar makan KFC Dan McDonald kan? Makanan tradisional pun dah lupa.. Masih adakah yang begitu? Huhuuhu.
jom baca lagi

Part 1: Jom Selongkar Menu Makanan AirAsia

Assalamualaikum. Hari tue Amir balik ke Kuching dari Kelantan. Masa dalam flight agak kebosanan. Jadi,kamera sudah ada ditangan.. Apa tunggu lagi..snap gambar menu yang saaaangat sedap! Sedap? Wow! Kalau makan mesti kenyang..,kan? 

Erk..ada ke orang makan tak kenyang? Kalau tak kenyang,itu perut dinosor dah tue!! Ops! Harap-harap dinosor kat blog Amir tak  marah sebab kutuk dia..Hehe.. (aku nie sewel ke apa? )

Ok! Jom selongkar..


Mula-mula aku tatap muka depan menu.. Fuh! Menggiurkan..Makanan lebih menggiurkan dari pramugari..Haha..


Okay! Buka surat depan nampak nasi lemak dengan air cola.. Tapi harga 3 jribu satu..Mahal.. RP3 000. AKu mana la ada duit..Haha.


Fulamak!! Sandwich dengan pizza tue..Yang pizza nie aku dah try..Sedap.... Kalau korang,korang pilih yang mana antara dua nie?


Inilah Nasi Lemak yang aku cakap mahal tue..Tengok sedap..Semua ada. Eh! Daun pandan pun ada? Kekeke...


Benda apakah yang berada di tengah-tengah itu? Ha,itulah satey..Haha.. Apa nama makanan nie ek? Lupa la aku. Ok la..kita bagi nama Nasi Goreng Satay Dua Cucuk.. Ok tak?


Haha..Nama makanan nie paling lawak kot.. Nasi Ayam Uncle Chin.. Kah3.. Apasal la letak nama Uncle Chin? Nampak sangat ketandusan idea..Letak la nama Amir Izzat Nasi Ayam Merah,Kan?

Okayhlah..setakat ini dulu ..Nanti Amir kongsi lagi ye... Ha,korang suka yang mana dalam pilihan kat atas nie?
jom baca lagi