Majlis Perkahwinan Marion Caunter 17 dan 18 Disember 2010?


Bersumberkan gua.com.my. Apa yang saya baca ialah tarikh majlis perkahwinan antara pengacara E! News Asia, Marion Caunter dengan SM Nasarudin telah pun ditetapkan. Saya pun tidaklah kenal akan Marion Caounter ni. Kalau kenal,nanti saya pergi temu ramah dengan beliau.

Pasangan itu memilih 17 dan 18 Disember ini sebagai hari bahagia mereka. Tetapi,pihak lelaki belum lagi memberi kata putus dan pihak perempuan sudah menghebahkannya? Hurm....

Dua tarih yang dipilih itu merupakan dua majlis berbeza yang mana pada 17 Disember untuk tetamu kenamaan dan saudara dalam sebuah majlis rasmi manakala pada 18 Disember untuk teman rapat untuk diraikan dalam satu majlis yang lebih santai. Dengarnya,beberapa penyanyi ternama telah dipilih untuk membuat persembahan di majlis tersebut.

Sebenarnya majlis perkahwinan ini belum pasti lagi kerana pihak lelaki belum lagi memberi kata putus. Apa-apa pun,kita mengharapkan yang terbaik buat mereka,kan? GUA cakap "jangan membelakangi pihak lelaki". Betul itu. Biarlah keputusan dibuat bersama. Takut berlaku perkara yang tidak diingini. :)

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??