Assalamualaikum dan salam satu Malaysia Kan 
Baik! Nak bercerita pasal apa nie ya? Saya  hendak menulis apa yang bermain di fikiran saya sahaja. Boleh kan kan Ada 
Memang bernas pandangan  empunya Blog Cap Ayam itu. Kepada anda yang berminat,sila klik tajuk itu sekarang jugak. Baik! Pada pengamatan saya,mungkin tajuk entri sesetengah blogger tue GEMPAK tapi lihatlah pada tuannya pula. Mungkin blogger itu seorang yang baru berjinak dalam dunia blogger. Contohnya saya la,saya pun tidak tahu macam mana nak buat tajuk yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan. Jadi,maafkan lah saya. Teguran empunya Blog Cap Ayam itu amat bagus sekali walaupun teremosi. Ada 
Empunya Blog Cap Ayam berkata:
Tapi cuba kita lihat sebelah positifnya, sampah pun boleh dikitarsemula jadi sesuatu yang berguna. Benda yang sama cuba saya sampaikan di sini. Jangan suka pandang negatif saja, sampai bila-bila kita takkan maju kalau mempunyai pemikiran macam itu.
Kalau hendak sampah itu dikitar semula. Biarkan dia terus menulis yang entri yang sampah kerana penulisan seseorang itu mungkin akan menjadi lebih baik pada masa hadapan apabila dia selalu mengarang dan terus mengarang sehingga dia sedar akan kesilapannya. Jadi,dia akan terus memperbaiki kelemahan yang ada pada diri itu. Kalau yang sengaja itu,memang kena kasi PANG! Hehe.. Contohnya untuk membuat karangan BM,kita haruslah sentiasa membaca dan berlatih agar karangan kita terus mantap. Sama juga dengan penulisan di blog. Ingin saya tegaskan disini. Tidak perlulah mencemuh blogger seperti itu. Mungkin pandangan kita berbeza tapi hakikatnya sama kerana kita memandangnya dari sudut positif. Yang jernih kita ambil yang keruh kita buang. W’salam.
 

 


 
14 comments:
sampah leh kitar semula...
pandangan yg bagus & matang!!
erm.. betol jugak kan apa yg awak cakp.. mgkin jugak blogger tue masih baru..
terkenang semasa dulu.. begitu juga.. tapi lama2 baru tahu apa undang2 dan petua nak maju.. hehe..
thx sebb sedarkan.. kalo x, mmg nak marah2 jugak.. haha
sy pun agk xtau blog sy dlm kateori mn...but mkin lm sy mkin improved tatabhsa sy...
dl gne shortform jer...but now boleh lar thn..
sy rasa sy xde r wat tajuk lari dr isi entri..
Terima kasih kerana telah sudi review entry belog saya di sini :D
Maafkan saya kalau ada yang terasa seperti dicemuh. Kalu amir terasa, itu adalah tak patut, kerana saya lihat amir adalah seorang blogger baru dengan entry2 yang selalu menarik perhatian untuk saya baca.
Saya tak berniat untuk mencemuh mana-mana blogger, mungkin ini lah cara saya menegur. Dan memang niat saya supaya blogger-blogger yang membaca akan meningkatkan lagi kualiti entry mereka :)
thanks again Amir.
belog cap ayam tu konon je cap ayam tapi bermutu woh
hihihih suke belog die
Wahai Sahabatku Princeduyong:
Betul tue. Jom kitar sama-sama.
Sahabatku Hafiz Ismi:
Terima kasih. Berfikir cara matang adalah yang terbaik.
Sahabatku Zoro:
hurm..memang macam tue ketika mula dahulu. Apabila sudah lama,kita sedar dan minda kita baru terbuka kan? Jadi,marilah kita belajar perlahan dahulu. Mana boleh cepat-cepat. Nanti tersasar...hehe.. Kalau nak marah,sila marah dia habis-habisan. hehe..
IddyLL:
tak apa..slow-slow.. saya pun tak tahu gak saya dalam kategori apa. Tatabahasa saya pun kadang kala pelik sebab campur Kelantan dan Sarawan dan BM. Rasa pelik gak. Apapun,kita buat yang terbaik dalam penulisan kita.
Cik Amar Amirah:
Sama-sama. Sekadar berkongsi pendapat. Oh ya. Saya tidak lah terasa cuma ingin menambah sebab cik Amar kata kita kena pandang positif. Jadi,saya tambahlah sikit. Disebabkan entri Cik Amar. Saya terasa jugak..terasa ingin berubah. Apa-apapun,terima kasih jugak. peace! :) Maaf gak. Hehe. ^^
blogging for fun.
Ery Farieha:
a'a. Sangat bermutu,berkuali dan bagus..apa lagi ek? hehe.. :D
yeah.. some people put cool titles, but content nothing.. =/
salam,
sebenarnya akak masih x faham kategori apa blog tu dikatakan blog sampah.. semua entri bagi akak ada valuenya..
Kenwooi:
Maybe..no idea...and just want to attract people..entah la.. just think positif and buat tak tahu.. right?
Cikgu Isza:
W'salam. Erm..bukan pasal blog itu sampah atau tidak tetapi entri dan tajuk yang dikeluarkan itu. semua entri cikgu memamg bagus. jangan risau. saya suka baca..
huhu
kat belog ijai pon byk sampah..harap sampah yg terkumpul itu boleh dimanfaatkan..huhuhu :)
kalau blogger baru tu mmg boleh dimaafkan lagi..sebab masih lagi belajar..macam aku..
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??