Bagaimanakah Caranya Untuk Menasihati Perempuan Supaya Menutup Aurat?

Ketika sedang mengagihkan baju sukan untuk pelajar yang menyertai Kejohanan Antara Teknik. Tiba-tiba aku tersentak. Bukan kerana terberak tetapi kerana jerkahan Ustaz Hisyam yang menengking dua orang pelajar perempuan yang tidak memakai tudung. Seorang daripada mereka pula memakai baju yang ketat kemudian menyelak pulak kain sarung sekolah yang dipakainya. MasyaAllah.

" Hey! Gi pakai tudung! Cepat!!!" tengking ustaz. Pada waktu itu aku rasa sangatlah takut.

" Kami ada latihan olahraga ustaz!" jawap mereka. Berani betul mereka menjawap kerana enggan memakai tudung tetapi Ustaz Hisyam tetap memaksa mereka. Iya lah. Mereka pelajar Muslim. Apa tanggapan orang kelak? Sudah la tidak bertudung, kain pula diselak. Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya. Mengapa aku tak tegur?

Jujur aku cakap. Aku memang nak tegur namun apakan daya hanya dengan hati sahaja aku dapat mencegahnya. Bukan kerana aku tiada kuasa. Aku ada kuasa tetapi benda sebegini sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat disni. Pelajar perempuan Muslim ada yang tak bertudung, pakai skirt, dedaj aurat sana sini. Kalau cakap bab solat. Jauh panggang dari api. Ya Allah, maafkan aku.

"Innasolatantaha anil faksah iwal mungkar". Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Entah la, kalau aku tegur mereka takut bermasam muka. Nanti mengumpat belakang. Amat berat untuk aku menegur walhal hati ini ingin saja menengking mereka. Hendak saja ku tarbiahkan. Tapi aku belum ada kekuatan lagi.

Apa hendak dihairankan? Ibubapa di rumah sendiri tidak melarang anak-anak inikan pula orang luar,kan? Jadi, bapak-bapak di luar sana perlu fikir la sikit agar anda tidak masuk neraka dengan percuma.

Kadang-kadang aku terpikir. Apakah cara yang terbaik untuk aku nasihati mereka supaya berubah? Supaya mereka menutup aurat? Bagaimana agaknya???

Yang lelaki pasal aurat lelaki. Yang perempuan pasal auratnya. Semua sama je tetapi aurat perempuan ni. Susah sangat hendak dijaga. Hendak kata tak belajar agama, rasanya pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar. Mungkin hati belum terbuka kot. Aku doakan mereka yang masih mendedahkan aurat tak kira lelaki dan perempuan cepat berubah dan diberi hidayah oleh Allah. Bukan Taufik Hidayat ye.

Tapi kan..mungkin sebab mereka ni bodoh kot. Iyalah, budak umur 5 tahun pun tahu apa itu ABC. Kita ni yang sudah diajar sejak kecil apa itu AURAT pun masih tak tahu... Hish..hish. (kena tegur dengan kasar baru terasa,ada terasa tak diri bodoh? Untuk mereka yang tak tutup aurat je. Hahah!)

Nota:

1. Minta maaf jika terkasar bahasa. Kalau tegur dengan lembut,budak dek je. Baik tegur cara kasar.

2. Ambillah iktibar dan pedoman. Renung renungkan, selamat beramal. Hehe!

3. Solat lah kerana solat itu tiang agama. Solat tak pagi tadi? Subuh? Zohor? Asar? Maghrib? Isyak??


4. Sapa makan nasi mesti rasa ayam. Eh! Sapa makan cili, dia la yang terasa. Bukan aku! Hehe! Padan muka kalau terasa. :)

9 comments:

Cik SCC berkata...

Oh..tengok oranglah Amir..

kadang2 kalau dah keras sangat hati tu, tegur mcm mna pown takkan jalan..

Sebab tu lah kita kena doakan utk lembutkan hati dorg..

kaizenshinobi berkata...

hoho... nasihat kasar takpe ag bagi aku...

jangan nasihat sambil memaki dah r... memang tak makan saman ler... bazir air liur jeh... hoho

♥NuR SyAFiQah♥ berkata...

hehe..nice entry :)

Tanpa Nama berkata...

i like this entry ! :)
eventhough ... i'm also like that.
tak terasa banyakk .. terpalit sikit pun . ada jugakk terasa . tapi takpe ... org menasihati . terimalah dgn hati terbuka . :)

ISZA berkata...

belum terbuka hati tidak boleh dijadikan alasan sama sekali..

syukri berkata...

ada cara nak suh perempuan tutup aurat. pakwe/suami memainkan peranan penting. cth puji2 la makwe/bini kalau dia pakai tudung, hadiahkan tudung dgn baju kurung time bufday.

tengkorakemas berkata...

masalah ko sama saja mcm aku dan org lain, apabila kita tidak punya kekuatan..lebih2 lagi sebagai ketua..ko ketua pengawas..

dan aku ketua lanun (dvd cetak rompak..ki3)

aku nak share satu entri..pasal Amir..nama ko..ok tak?jgn terasa ye hehe

Unknown berkata...

ni kes ketegaq dan degil la ni..

Siti Siti berkata...

Tidak ada orang yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Jadi lihatlah dengan siapa yang kita selalu berdamping

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??