Alamilah Perubahan Dengan Sony Xperia X8

Bismillahirahmaniraahim. Update dengan laptop sambil mendengar lagu Nasyid dari kumpulan Diwani yang bertajuk Tafakur Zikra...

"Di keheningan malam, tafakur dikesyahduan, merindui janjimu tuhan,bantuan di perjuangan"
"Ku titiskan air mata, taubat segala dosa, moga terangkat penghijap kalbu antara kau dan aku"

Sungguh syahdu dan mengasyikkan lagu ini. Siapa pernah dengar? Memang best kan? Aduh! Lupa nak bagi salam. Assalamualiakum kawan-kawan dan pembaca blog Amir Izzat. Sudah lama aku menyepi dari blog ni. (padahal baru je update guna Sony Xperia X8 semalam). Hahaha!


sumber gambar dari sini.

" Ekheleh... itu pun nak berlagak ke? Bapak aku pun ada hp jugak bah! Lagi bagus dari kau Amir." kata korang.

Ok! Ok! Aku bukan berlagak tetapi siapa tak bangga ada handphone baru. Cuba antum(korang) tanya makcik yang dapat handphone Nokia 3310.

" Makcik, apakah perasaan makcik apabila ada handphone Nokia 3310 yang paling klasik punyer?" 

" Huh! Apa dia nak? Makcik tak dengar..."

*sila ulang soalan sama.

"Owh... mestilah maaak cik gumbiiiiiraa.. Dapat la makcik call anak makcik yang duk oversea tak pulang-pulang dah 10 tahun. Walaupun anak makcik tiada disini, tetapi dengan adanya handphone ini makcik dapat call anak makcik. " jawap makcik itu lantas tersenyum kambing tanda kegembiraaan padahal handphone itu dah lama dah keluar.

***

See... makcik anak Pe'ah pun gumbira apatah lagi aku yang pertama kali seumur hidup menggunakan handphone yang mahal(bagi aku) dan canggih daripada handphone sebelum ni. Kalau hendak dikira la, aku tak pernah pun bagai handphone Sony Ericsson. Selama ni aku pakai Nokia sebab nokia lah handphone paling murah. Nak tahu tak apa yang aku rasa masa servey handphone??? Nak tahu? Ok!

NOKIA IS THE BEST!!!!!!!!!!!

Hahaha! Betul wa cakap lu sebab handphone Nokia ni nak main games pun boleh dan semuanya boleh. Senang lagi...tetapi aku ubah fikiran aku. Aku tolak ketepi pilihan pertama aku iaitu Nokia 5800 Express Music dan Nokia 5530 Express Music dan aku terus sambar Sony Ericsson Xperia X8. Aku ambil yang AP set punyer. Harga? Toksah cakap laa..memang murah lagi dari Nokia 5530 tue... RM550 dan ada kedai yang jual RM540. Fuh! Murah nak mampus tapi yang aku beli ni handphone dia dan barang (ekseseri) lain semuanya ori cuma bateri je aku kurang pasti tetapi aku rasa ori kot sebab ada tanda Sony.

Aku beli handphone ni kat Wisma Seberkas, Kuching. Aku rasa semua orang Kuching tahu tempat ni. Kedai handphone memang banyak.... jom tengok gambar dari handphone aku. Boleh tahan laa.

Gambar dari Sony Xperia X8 aku. 

Biasalah kan..barang AP. Earphone dan charger dari Sony Green Heart. Aplikasi dalam memang sama yang aku tengok dalam handphone lain. Memang best la handphone ni. Download games puun free dari Android Market. Online facebook pun best. Pantas dan cepat. Aku berpuas hati betul dengan handphone ni walaupun aku berat hati gak nak beli. Hahaha! Was-was bah takut barang tiruan tetapi sah ori!

Harga handphone kat Sarawak memang murah sikit dari Semenanjung. Harga yang ori RM650 je untuk Xperia X8 nie. Murah kan? Tetapi aku tak tahu lah setakat mana orinya.  Aku ambil Xperia X8 yang berwarna hitam sebab aku ni jantan. Jadi, kalau putih tu takut nampak kotor. Hehehe.

Aku rasa hidup aku memang akan berubah selepas ada handphone ni. Apa yang berubahnya? Haa..tak payah guna laptop lagi untuk online. Guna handphone je. Lagi seronok tapi kan....ada benda yang aku belum pandai nak guna.. Hahaha! Itu masalahnya...tetapi tak apa. Lepas charge 3 jam/8 jam ke aku akan godek habis-habis.

Kesimpulannya, aku suka handphone ini  dan aku akan jaga sebaik yang mungkin dan aku akan tunjukkan kat kawan-kawan aku bahawa aku pun mampus(mampu sebenarnya tapi jadi mampus sebab terpaksa ikat perut nak beli hp ni) untuk memiliki handphone ni. Hahaha! (gelak Ketua Penjahat Kg Pinang Sebatang). Kelemahan hp ini adalah kalau nak save application takleh dalam memory card tapi dalam phone memory. Aduhai..susah-susah tapi masih best... Hahaha! 

Saya yakin ini pilihan tepat! Hahaha! (apasal aku banyak ketawa arini? Hurm...Hati manyak senang kali maaa..)

Hendak tahu lebih lanjut pasal handphone ini? Jom ke sini.....!

16 comments:

Cik Cempaka berkata...

Kite pun guna Hp ni jugak, dalam 8 bulan. tiba2 hP biol, rupanya problem tak leh nak read memory card...
Sony yg sekarang ni mmg slalu problem ngan memori card. =(

Tapiii...dah 4 5 kali jatuh berderai, bila pasang balik, masih ok dan takde pecah atau calar.=)

Cik Cempaka berkata...

Tapi..nak tanya, camner nak donlod game dari android market? x reti..=(

(jgn publish tau ;-)

Amir Izzat berkata...

@cEmpAkA BirU.. wah! macam mana? best tak hp ni? amir baru je beli semalam..hehe.. excited sesangat.

Masalah memory card? entah la. amir xpernah lak guna sony sebelum ni. harap2 xtimbul masalah ni.

Hurm.. wow! hebat nie.. 4 5 kali jatuh? fuh! lasak gk.hehe..

Hurm, pasal nak download dri android market tue, senang je. Pergi kat menu cari application yg tulis MARKET. Tekan, pastu log in guna akaun gmail. kemudian, download lah sepuas puasnya. Kalau takleh, sila daftar akaun gmail yg baru. register dan pergi android market... senang kan? hehe

Cik Cempaka berkata...

Thanks for ur guide tuk donlod game tuh =D

tengkorakemas berkata...

amir, hp tu boleh akses wifi atau 3g je?

tengkorakemas berkata...

pergh..ada wifi..mcm nokia c3 aku..650 je?mun ke si nun aku beli hehe

Hasrol Nizam berkata...

wah, hari tu aku baca nak beli kamera, tak jadi ke.. mantop2

shahrilhakime berkata...

henpon ni AMir....yang penting kalo die friendly user.....tak gune kalo pelbagei gune....tapi tak friendly user...baut kite terbako jeee

Adha berkata...

Founder Oh!Media tu pon beli xperia x8 gak..pastu bagi kat awek dy..fuhhh...

Antara si dia, Xperia X8 dan iPod Touch

fahrin ahmad berkata...

lar gua igt dah macam transformer tadi hahaha,,

igt henfon leh jadi bakul merah

MiSs NitA berkata...

salam...tumpang tanya.....kalo kite pakai tenet guna data traffic tue free ke?...download2 tue semua? on fb? free ke? sowie..sy br beli xperia x8 nie....(^.^)v

نورالعتيقة محمود berkata...

Assalamu'alaikum, nak tanya,,,kalu kita dah connect dengan wifi/wireless..perlu on data traffic ke tak?? sebab semenjak beli x8, xpenah dpt on9 guna hpon ni lg... nak on9 free guna wireless je. harap saudara dpt membantu. terima kasih

نورالعتيقة محمود berkata...

camne nak on9 guna wifi/wireless, sy buat tak jadi

Tanpa Nama berkata...

ak pon bwu jer beli sony xperia x8 nie.....tp xtau sngatt gune..hehehe....nk donload bebagai tue kene ade wifi jerr ehh...hihi

Tanpa Nama berkata...

pppppppp

Tanpa Nama berkata...

kenapa enset saya ni tak bule nak baca SIM contacts ?? :'(

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??