#1 Jom Belajar Bahasa Arab Semudah ABC

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan kuasaNya kita masih bernafas serta boleh menyebut kalimat ALLAH. Andai tidak diizinkan oleh Allah kepada kita untuk menyebut namaNya pasti lidah kita akan kelu. Lihatlah antum pada orang yang sedang nazak yang tidak dapat menyebut kalimat LAILA HA ILLALLAH. Seksa bukan? (moga diampunkan dosa orang sebegitu dan minta dijauhi daripada kita)

****
Baiklah. Apa yang ana hendak katakan disini. ALHAMDULILLAH dengan izin Allah swt ana dapat mengagahkan diri untuk belajar BAHASA ARAB iaitu BAHASA AL-QURAN dan BAHASA SYURGA. Syukurlah ana dapat menjalani proses pembelajaran ini dengan sempurna.

Pada hari ini 16 Mac 2011 dalam masa 7.30 malam hingga 9 malam ana diizinkan oleh Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih serta Maha Bijaksana dapat hadir dalam kelas belajar Bahasa Arab. Apa perkataan yang ana baru belajar yang seumur hidup ana tak pernah dengar? Apatah lagi menyebutnya?? Jom belajar Bahasa Arab!

*****
صديق = Teman (Lelaki). Cara menyebutnya " Soodikun"

قرية = Kampung. Cara menyebutnya "Qoryatun"

سرقية = Timur. Sebutannya " Syarkiyyatun"

جدول = Jadual. Sebutan " Jadwalun"

دراسة = Pelajaran. Sebutan " Diraasatun"

ذمن = Zaman.  Sebutan " Zamanun"

جامعة = Universiti. Sebulan " Jaamiatun"

خلال = Pada masa. Sebutan " Khilala".

اجازة = Cuti. Sebutan " Ejaazatun"

صيف = Musim panas. Sebutan " Soifun".

*****

Alhamdulillah. Habis juga antum semua belajar ye. Bagaimana? Susah ke belajar Bahasa Arab? Tak susah kan? Semudah ABC jeeee.. kan? kan? Yang di atas cuma sebahagian (Ba'fun) sahaja.

Ada dengar tidak seorang pelajar Cina yang duduk di Kelantan tu dapat bercakap Arab? Ada dengar tak? Kalau ada, ada rasa tercabar tak? Hehe. Mesti ada kan? Jadi, sebab ana belajar Bahasa Arab bukan sebab dengki tetapi kerana LILLAHI TAALA. Semuanya kerana Allah. Nanti, di dalam kubur pun soalan yang ditanya bukan dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris tetapi Bahasa Arab.

" Ma rabbuka??" - siapa Tuhan kamu?

" Oh My God!" -?????

- jangan jawap macam itu je adik-adik. Nanti kena sebat. Hehe.. Sakit tauuu..

Maka, jawaplah " Alllah tuhanku".

Tuntasnya, belajarlah Bahasa Syurga dan Bahasa Al- Quran serta Bahasa Nabi- Nabi kita ini sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir. Kalau ada yang kata susah, ilmu mana yang tak susah? Cuba cakap.. Ilmu yang susah dicapai itulah yang susah untuk hilang. 

Sekian. Assalamualaikum wbt. Semoga antum dan ana dilingdungi Allah sentiasa. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Tuntulah ilmu akhirat sebelum menuntut ilmu dunia sebelum Malaikat Maut menjemput.

6 comments:

AjeyyKhalid berkata...

Assalamualaikum ..
wahhh .. bagus la camni .
boleyy tunjuk ajar bahasa arab .
btw, semoga kamu berjaya dgn bail dlm SPM nnti :)

Fizfai berkata...

mudah sungguh, hafalkan,hohoho

Zaty Zulkifle berkata...

SPM amik BAT?

iEra NaDiRa berkata...

Bahasa Arab tak susah sebenarnya :) . Saya belajar Bahasa Inggeris sejak tadika, tapi sampai laa ni, kalau buat essay memang banyak kesalahan grammar.

Tapi Bahasa Arab, belajar 3 tahun, alhamdulillah dah boleh tulis karangan. Kalau salah pun, salah eja la. Huhu =______=

Jadi bagi saya, BA lagi senang daripada BI. Ini pendapat saya jela tau... tau tau tau. =P

kaizenshinobi berkata...

ngeh3... bagus2... keep it up... sok pagi, aku ade presentation arab... wahaa!

RuMaH TuA berkata...

Salam juang....

Perkongsian yg bermanfaat...
Simple....'
Moga diberkati Allah...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??