Datuk Misbun Sidek Letak Jawatan? Lee Chong Wei Ikut Jejak Keluar BAM?


Terkejut aku apabila mendengar berita ini. Semalam ke hari ini? Lupa sudah. Baiklah. Daripada apa yang aku baca, Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebab ada seorang pegawai BAM ini yang mengganggu dan memberikan kepada beliau.

Datuk Lee Chong Wei mengatakan bahawa Pegawai BAM itu asyik memberikan tekanan dan menunjukkan prestasi yang bagus... Macam tu lah yang aku baca. Lepas tu, pegawai BAM ni sebenarnya tak tahu langsung pasal sukan tapi duk desak gak. Chong Wei kata. Kalau menang tak da minta laporan, kalau kalah mesti minta laporan dan sebagainya..Kira banyak songeh la.


Hiaran.. Dengarnya, Lee Chong Wei juga mengikut jejak sifunya. Kalau begitu, pincanglah BAM. Kalau aku, aku pun blah dari situ. Mana boleh tahan...Tapi hanya Datuk Misbun Sidek sahaja yang tahu sebab dia letak jawatan. Sepertimana yang aku kata, antara sebabnya ialah kerana pegawai BAM yang suka mendesak itu.

Kalau Datuk Misbun Sidek dah letak jawatan untuk jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan. Siapa yang akan melatih Lee Chong Wei?? 

Walaubagaimanapun, BAM tepuk dada, tanya hati.. "Apa yang dah kami buat?" OK? Hahaha! Aku pun tak tahu cerita sebenar jadi aku tak leh cakap lebih.

sumber gambar: google
jom baca lagi

Video Karam Singh Hina Melayu | Yang Mabuknya Samseng Melayu


Video Karam Sigh Walia Mabuk 

Aku tak tau dah nak cakap apa. Kesian aku dengan Karam Singh Walia. Dalam video ini , beliau sudah meminta maaf. Tetapi samseng Melayu yang tak bersekolah ni yang kurang didikan kasih sayang serta kurang adap kesopanan dan berlagak hero mengacah beliau atau lebih tepat lagi MELAMPAUI BATAS!

Aku tak bangga la la dengan kau samseng Melayu. Kononya nak jadi pembela la!  Dalam "Video Karam Sigh Walia Mabuk" ni sebenarnya yang 'mabuk' adalah samseng Melayu.. Telan daun ketum kali..Hoho.
Nota:

1. Semuanya bermula dari rumah...
2. Nampak sangat yang B*DOnya adalah Melayu di atas.
3. Siapa sokong Karam Sigh angkat tangan? Siapa sokong samseng Melayu, angkat penumbok? Hahaha!
jom baca lagi

Kenapa Mereka Ingin Menukar Nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia? Tersinggung kononnya.

Sebelum ini aku ada terdengar yang ada orang  ni tersinggung dengan perkataan Harimau Malaya. Pelik bukan? Kesian Harimau Malaya yang kian pupus.

Jadi, marilah sama-sama kita pergi ke kandang Harimau Malaya. Bawa surat beranak Harimau Malaya dan suruh Harimau Malaya tukar nama dia jadi Harimau Malaysia. Hahaha!

Mari kita tanya Harimau Malaya.

Aku: Pak rimau. Pak rimau kena tukar nama jadi Harimau Malaysia la lepas ni.

Pak rimau: Aik.(hairan). Kenapa pula? Salahkah nama Harimau Malaya?"

Aku: Begini, sebenarnya ada yang tersinggung dengan nama Harimau Malaya. Diorang cakap, tak menggambarkan 1Malaysia la. Rasis la. Melukakan hati orang sana la.

Pak rimau: Huh? Ye ke? Kau ingat aku sesuka hati ke pakai nama Harimau Malaya? Dah aku lahir kat Malaya(semenanjung). Mesti ar pakai nama tumpah darahku. Kalau aku lahir kat Pulau Bangang, aku akan pakai nama Harimau Bangang. Bodoh betul lah! Ko pi marah nenek moyang aku la!

Aku: Rileks pak rimau..jangan telan saya dulu. Hehe! Saya tahu pak rimau tersinggung. Tapi nak buat macam mana. redha je la. Kita ni hidup berbilang kaum . Jadi sebagai bangsa yang memang baik hati. Sekarang kerajaan mempertimbangkan nama Harimau Malaysia ini. 

Itulah perbualan yang aku reka sendiri sebab aku tak puas hati. Kenapa nama Harimau Malaya ini dipolitikkan???

Aku cukup faham kenapa mereka ingin nama MALAYA itu dinyahkan. Aku dah faham dengan situasi ini. Aku sudah lama berada di 'sini' dan melihat tingkah laku mereka terhadap 'kami'. Hairan... Sebelum ini tak pernah pula timbul isu ini? 

Aku cabar mereka yang ingin menukar kepada Harimau Malaysia ini memberi sebab yang munasabah kenapa perlu tukar nama Harimau Malaya ini? 

Bagi aku, satu je sebab diorang nak tukar.

Diorang tidak senang akan nama MALAYA itu. Ada yang kata Malaya sudah terkubur..tapi bila aku pergi ke 'sana'. Ada yang bertanya. 

"Kau orang Malaya ka?"

Pelik dan hairan..siapa yang terguris dan siapa yang terhiris? Aku memohon maaf jika ada yang terasa dan aku tak maksudnya nama sesiapa yang siapa orangnya cuma aku tak puas hari sahaja.


Aku takut suatu hari nanti anak cucu aku tanya. 


"Tok,kenapa nama pasukan bola sepak kita nama Harimau Malaysia yang tak ada sejarahnya?"


"Sebab..ada orang tersinggung dulu..Jadi,kena tukar lah sebab 1Malaysia kononnya.."


Tak ke nampak janggal?? Aduhai..

Nota:

1. Tukar nama Orang Utan je la. Tak dak orang kisah kot?
2. Rasis kah aku pabila aku cuba bertolak ansur?
3. Wajar ke nama Harimau Malaysia?
jom baca lagi

Sinopsis Ustaz Amirul - Drama Terbaru Di Slot Zehra TV3 2011


Asyraf Muslim? Siapa tak kenal dia. Selepas berlakon sebagai Ustaz Amirul (ye kan?) dalam Drama Puaka Niyang Rapik. Kini beliau akan berlakon pula dalam Drama Ustaz Amirul menggantikan Drama Ahmad Durrah bermula 7 Januari 2010. Pada jam...macam biasalah..Pukul berapa ek? Alaa.. Pukul..Nanti korang tahulah. (tak tahu nie..Hehe). 10.30 malam kot. Eh salah! Nampak sangat korang tak layan TV.

Ustaz Amirul akan bersiaran setiap hari Jumaat pada jam 9 malam. Ok? Jangan terlepas. Sebenarnya drama Ustaz Amirul ini berkisan tentang emosi seorang ustaz. Macam-macam lah tentang rintangan dan hal kekeluargaan dalam drama Ustaz Amirul. Nak tahu tak? Nama Amirul ni macam nama aku lah. Hehehehe!

Baiklah. Jom kita baca sinopsisnya pula.

Sinopsis Ustaz Amirul.

Ustaz Amirul mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.
Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.
Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu.
Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.
Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul.
Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah Ustaz Amirul yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.
Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.
Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. 

sumber: Mimpi Bunga



Barisan Pelakon Drama Ustaz Amirul

Ashraf Muslim, Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Allana Amir, Hafidzuddin Fazil, Rahim Omar, Fauzi Nawawi, Roslan Saleh, Zoey Rahman dan ramai lagi. 

Bagaimana? Menarik tak. Aku rasa memang menarik habis lah. Cukup menarik..lagi lagi si Asyraf Muslim ni berlakon. entah kenapa aku suka jugak la lakonan dia. Hahaha! Jangan lupa saksikan Drama Ustaz Amirul setiap hari Jumaat pada jam 9 malam.

Nota: Aku bangga bernama Amirul. Hahaha!
jom baca lagi

Harga Tiket - Konsert J2011 Lagenda - Jamal Abdillah


Siapa ada dengar konsert J2011 Lagenda Jamal Abdillah yang akan berlansung selama 4 hari berturut-turut? Fuh! Lama tu..pasti suara Jamal Abdillah akan melekat di hati. Jamal Abdillah? Siapa tak kenal beliau? Walaupun dulu penuh dengan kisah pahit..tapi kini? Beliau sudah bangkit. Jika Jamal Abdillah boleh bangkit, inikan pula kita? Ketepikan segala tomahan.. Hidup pasti okay. 

Konsert J2011 Jamal Abdillah kali ini pasti baik punya. Selama ini aku duk dengar lagu Jamal Abdillah. Fuh! Menusuk kalbu..Suara sedap. Vokal mantap.. Ceeewah! Pandai pulak aku duk puji-puji ni. Kenyataan kan?  

Konsert J2011 Lagenda akan berlangsung mulai 7 hingga 10 Januari ini. Tiket-tiket berharga RM85, RM105, RM135, RM255 dan RM305boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz. Jadi, korang boleh la dapat tiket sekarang ye. Tekan je link tu. Harga pun boleh tahan.


Gambar di atas ialah kedudukan kerusi dalam Istana Budaya semasa Konsert J2011 Lagenda nanti. Hurm ,makin dekat makin mahal ke makin jauh makin murah? Pening jugak tengok gambar di atas. Pandai pandailah korang pilih. Banyak duit, ambil la tiket yang mahal. Hehe.

Shuhhh...tadi aku baca dalam akhbar. Jamal Abdillah dapat tajaan RM Setengah juta. Fuh!  Masyuk tu.... Walaubagaimapun, usaha tangga kejayaan.

P/s: Nak tengok tapi tak dapat..Huhu.
jom baca lagi