Saya Sudah Bersedia Ke Sekolah! Bagaimana Dengan Anda?

Esok? Hari yang amat dinantikan oleh semua pelajar dimana mereka akan menjejakkan kaki mereka dan membuat onar kat sekolah seperti biasa. Hahaha! Bagi pelajar yang nakal. Apa lagi.. jahanamkan sekolah lah. Itu mungkin misi mereka apabila melihat kepada perlakuan mereka yang masih berada di awan awangan atau lebih tepat..duk kat negeri langit Ayah Pin. Hahaha!

Ok! Kita lupakan bab itu.  Oh ya! Esok? 3hb Januari 2011. Pada jam 6.15 pagi aku harus bertolak ke sekolah. Tak kira lah apa badai yang datang..aku akan cuba untuk bangun awal dan terus ke sekolah. Sebagai Ketua Pengawas yang berdisiplin (kononnya) aku kena tunjukkan perilaku yang baik kepada junior junior aku. Hahaha!  ( Siaplah diorang)

Macam tak percaya.. Aku dah masuk Tingkatan 5 la. Hahaha! Sudah tua rasanya. Bila la nak kawin ni? Aku takut Lisa Surihani jadi tua..tak dapet den nok torai.. Hahaha!

Tadi, aku dengan suka relanya mengeluarkan duit sebanyak RM23 untuk membeli alatan tulis. Fuh! Mahal bebenor..bayangkan la. Aku beli barang bukan banyak tapi... Adeh.. Tak leh komplen. Dah harga barang semua mahal,kan?

Sekarang ni duk pikir..nak buat persiapan apa ye untuk ke sekolah esok? Gementar pun ada. Kerja sekolah ada sikit lagi yang terbengkalai. Bila lihat muka cikgu? Fuh! Kejut perut..boleh terkencing gamaknya. Malu den... Tak po lah. Aku kuatkan semangat jua. Berat tanggungjawap aku tahun ni. Tapi aku cuma manusia biasa.. (sila baca dengan emosi). Hahaha!

Orait..korang-korang yang masih bersekolah ni amacam? Sudah bersedia untuk menuntut ilmu? Aku dah..aku tak kesah la peperiksaan aku gempak dan cemerlang janji keputusan peperiksaan aku itu sederhana. Kalau bagus lagi baik .. Sebelum ni, aku belajar sebab nak lulus peperiksaan.. Tapi lani, aku nak belajar sebab menuntut ilmu itu wajib. Dapat pahala lagi...Walaubagaimanapun, fokus pada SPM. Erti kata lain.

Mari kita FUCK!

Hahahaha!

FUCK - Fokus Untuk Capai Kejayaan.

Jangan salah sangka...Hehehehe... Oit, ada apa kat belakang tu?
jom baca lagi

Filem Apa Yang Menarik ye?

Hello..ada sesiapa tahu filem apa yang menarik sekarang? Yang lawak,komedi dan macam-macam lah. Janji, bila aku tengok filem tu.. Aku tak rasa menyesal macam aku tengok Madu 4.

google.

Madu 4? Sah! Sah! Ada jugak yang lawak tapi aku tak faham la filem ni. Entah ar. Rasa menyesal pun ada. Korang dah tengok Madu 4?? Sekarang ni aku sedang berkira-kira nak beli DVD filem apa ye? Hari ni dah beli Madu 4. Semalam dah beli Unstoppable.  Jujur aku cakap, Unstoppable tak menepati citarasa aku. Semua aku dah beli. (bajet banyak duit la nie.) Haha.



Cepat ar cakap..aku dah kempunan nak tengok filem. TV? Toksah cakap.. haprak! Indon banyak kat TV.. TV3 dah dibeli Indon. Eeh! Tak tahu ke? Bukti? Tuhaaa..Selepas sinetron..jom rileks... Drama sapa punya??? 

Orait..bagi kakiwayang. Apa filem yang korang dah tengok dan menarik? Tak kira lah yang baru je lama ke? Janji menarik? Sebenarnya, nak beli.... Vampire Suck. Ok tak? Ataupun... Argh! Banyak giler DVD aku nak beli... Sat! Check poket dulu.. Laaa... ada lebih kurang RM50.

RM20- alat tulis
- RM40- Helmet MS88.

Tak cukup..tak paa..Bodek mak! Haha.  Kalau pergi wayang... Tak leh..tak leh. Mak tak kasi.. Haram! Ok lah..kalau tau filem apa yang best.. bagitahu ye...cepat sikit..pagi nanti nak beli... 

gambar : sumber dari google.
jom baca lagi

Sinopsis Cerekarama Lepaskan Aku Pergi Lakonan Aaron Aziz - Versi Amir Izzat


Malam ini agak bosan sedikit. Apa yang aku buat. Mengadap TV3 lah. Siaran lain amat membosankan terutamanya Pilih Kasih di TV2. Dulu Pilih Kasih amat menterujakan diri aku tetapi semakin lama makin bosan dengan salah seorang pengkritik Pilih Kasih yang buat aku hilang mood untuk menontonya.

Baiklah. Kita lupakan Pilih Kasih dengan Mak Fauziah.. Ops! Kantoi... Haha! Ok! Sat ni aku baru je layan cerekarama Lepaskan Aku Pergi. Hajatnya nak bagitahu korang Sinopsis Cerekarama Lepaskan Aku Pergi yang penuh. Tetapi kurang informasi la. Jadi mari layan Sinopsis Cerekarama Lepaskan Aku Pergi dari aku. Hehehe!.

Sinopsis Lepaskan Aku Pergi Versi Amir Izzat.

Aaron Aziz (aku tak ingat apa nama dia dalam drama tu) telah terkantoi dengan isterinya yang dia telah dibuang kerja. Jadi, isterinya amat marah sekali kerana wang yang diberikan oleh Aaron Aziz itu sebenarnya wang daripada najis dadah. Jadi, mengamuklah isteri dia. Maka, bergaduhlah mereka berdua. Aaron Aziz cakap "Nak makan apa kalau tak dak duit? Batu? Pasir?" 

Maka aku pun jawap. Makanlah jamu cik Tipah dijamin kurus. Hahaha!

Ops! Iklan sat. Maka itulah yang aku faham. Jadi, aku nak layan dulu. Korang pi la layan baru faham. Hahaha! Ada orang cakap lakonan Aaron Aziz agak kaku dalam cerekarama Lepaskan Aku Pergi. Betul ke?   Entah la labu.... Zaassss...

p/s: Maaf ye. Aku pun baru tengok dan aku amat amat tidak faham akan drama ini. Korang faham ke?
jom baca lagi

Slot Lagenda Terbaru : Sakti Delima - Sinopsis Sakit Delima & Senarai Pelakon


Mulai 3 Januari 2010 ini drama Lagenda TV3 yang terbaru iaitu "Sakti Delima" akan ditayangkan pada 3hb Januari 2011 pada jam 4.30 petang.  Drama bersiri lakonan Sheila Rusly dan ada beberapa pelakon lagi dalam drama Sakti Delima ini, seperti Bienda Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, dan Liza Hanim. Yang lagi menariknya, mereka semuanya bertudung. Macam menarik,kan?

Pelakon Sakti Delima.

Sebelum korang 'blah', Mari kita tengok senarai pelakon drama Sakti Delima. Bienda sebagai Siti Melur, Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya’cob (Siti Tanjung), Liza Hanim (Dewi Bitara) dan Aida Khalida (Kemalasari). Manakala pelakon lelaki terdiri daripada Iqram Dinzly yang melakonkan watak Putera Nurfirdaus, Ungku Ismail (Andika) dan Syean (Faris).

Baiklah. Jika anda ingin tahu sedikit Sinopsis Drama Sakti Delima. Boleh la berkunjung ke sini.(klik)


Jangan lupa untuk sakiskan Sakti Delima pada 3 Januari 2011 pada jam 4.30 petang di TV3. 
jom baca lagi

Selamat Datang 2011! Selamat Datang SPM..

Tarikh : 1.1.2011

Tidak ku sangka masa kian pantas berlalu. Tanpa ku sedar, aku sudah berada dalam tahun 2011. Masih ku ingat dahulu angan anganku.

Andai aku berada dalam tahun 2011. Aku hendak kurus. Tetapi lihatlah diriku sekarang..tak kurus-kurus jugak. Hairan..hairan. Hahahaha! Begitu pantas masa berlalu.

Semalam..sempat juga aku menonton rancangan siaran langsung ambang tahun baru 2011. Apa yang dapat aku simpulkan ialah.

BANYAK BETUL DIISI DENGAN HIBURAN!!

Sudah la nyanyian segelintir artis tidak menarik perhatianku. Jadi, aku pun tukar siaran kepada tv3. Ha! Iron Man! Layan sampai habis. Selepas itu, aku tengok pula TV1. Wah! Siaran ulangan Perlawanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia. Aku layan sekejap. 2-3 minit.. Tetiba berita 12 malam. 

"Baik aku tidur.."

Jadi, aku pun tidur... Tiba-tiba pada hari ini.. aku telah masuk ke alam baru. Hurm, alam yang akan menentukan ke mana arah tujuku selepas ini. Ingat! Jangan biarkan hidup andai diselebungi misteri. Hahaha!

***

Ok! Assalamualaikum. Apa khabar? Sudah lama kita tidak bersua,kan? Tak sangka hari ini dah 1.1. 2011 kan? Macam mana impian tahun yang terdahulu, sudah tercapai ke belum? Bagi aku, masih banyak. Hahaha! Tetapi misi aku pada tahun ini.

1. Menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana peperiksaan.
2. Mencapai keputusan yang memuaskan dalam SPM.
3. Mahu kembali ke jalan yang benar (jalan Allah).
4. Berubah dan berubah dalam semua aspek.

Shhh... Misi berubah itu sejak dulu lagi..tapi masih tak berubah.. Diri makin tua.. Adoi..hehehehe. Korang pula macam mana???

Tahun ini SPM menantiku...Selamat datang 2011. Selamat datang SPM.. 
jom baca lagi