Assalamualaikum. Memandangkan banyak perkara yang menyusahkan diri Amir dan diiri korang. Amir buat peraturan ini ketika hendak mengomen supaya kita dapat mengelakkan sesuatu yang tidak elok. Erti kata lain,salah paham. Selain mengelakkan spam yang ngoks.
Antaranya ialah..
#1. Membaca basmillah terlebih dahulu.
#2. Membaca artikel Amir sepenuhnya.
#3. Fahami apa yang Amir hendak sampaikan.
#4. Berfikir ketika membaca.
#5. Ingat! Pendapat kita berbeza.
#6. Jangan campurkan emosi anda ketika mengomen.
#7. Jangan berfikir negatif.
#8. Ambil yang jernih buang yang keruh.
#9. Ingat! Mata pena lebih tajam dari mata pedang!
#10. Tidak boleh spam disini!!!!!!!
Perhatian:
Komenlah dengan beretika kerana setiap komen anda amatlah saya hargai. Buat apa kita komen kalau ingin menyakitkan hati orang lain,kan? Sebab itulah ada pepatah ''Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata,buruk padahnya''. Marilah kita berbincang dengan aman. Semoga kita selalu diberkati-NYA.
Amaran:
Anonymous tidak dibenarkan sama sekali..Letaklah nama anda kerana nama itu akan dipanggil oleh Allah pada padang Masyhar kelak. Bersyukurlah dengan nama yang diberi oleh ibubapa anda kerana setiap nama itu pasti indah..Indah dengan maksudnya..Membuktikan diri kita. Salam ukhwah..
Ha...inilah peraturan atau amaran ketika hendak mengomen...Kadang-kadang kita hanya membaca separuh je tulisan seseorang lalu terus membuat spekulasi..Inilah yang mengakibatkan salah faham. Amir amat titik beratkan perkara ini supaya ukhwah yang baru hendak terjalin itu tidak putus.
Amir tidak kisah nak komen apa-apa pun. Cuma,kadang-kadang nak tergelak apabila menbaca komen yang entah papa.. Lain yang Amir hendak sampaikan..lain yang difahaminya. Betul lah kata Kak Kujie..setiap orang memandang dari sudut berbeza..Jadi,pandanglah dari sudut posif. Kan?
Memang susah nak suruh orang faham apa yang kita hendak sampaikan..Dalam perbualan pun susah nak faham,apatah lagi di dalam blog. Sekadar membaca sahaja. Apa apa pun,Amir buat untuk kepentingan bersama..Bukan berat sangat pun..kan?
Selepas nie kita eratkan ukhwah..tak mahu la gaduh-gaduh lagi..kalau berbincang..Kita bincang elok-elok...Setuju? Sekian..hehe..
jom baca lagi