Memaparkan catatan dengan label Komen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komen. Papar semua catatan

Bloggers! Followers! Korang Dah Boleh Komen! Terima Kasih Kaizen Shinobi

Assalamualaikum (tak jawap dose),

Yes!Nampaknya...Blog Amir Izzat sudah boleh dikomen..dah ada ruangan komen yang kembali datang selepas hilang akibat kegatalan tangan untuk mengedit blog. Hehe.. Sebelum nie,Amir pakai Intense.. Bila Amir nak buang Intense nie..Amir terdelete akauan..huhu.. Walaubagaimanapun,muncullah seorang wira negara.. Siapa tak kenalbeliau..iaitu Kaizen Shinobi... Kaizen telah buat entri khas untuk Amir.. Diulangi..khas untuk Amir je.. Entri apa? Ha,entri bagaimana nak buang Intense..

Alhamdulillah.. Selepas ikut cara tue..komen asal blogspot kembali ada..Terima kasih ye Kaizen!!! Tidak lupa juga kepada TengkorakEmas,Cikgu Isza dan lain-lain sebab mengambil berat akan Amir...

Oh ya! Apa lagi..jom la komen...Kih3... Nantikan entri baru selepas ini...
jom baca lagi

Trafik Dan Komen..Yang Mana Satu Lebih Penting??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahukah anda pada fenomena blogger sekarang? Blogger pada masa sekarang lebih mementingkan trafik(tidak semua)..dari komen. Apa pulak pendapat anda? Trafik atau komen yang lebih penting?


Baiklah..Dianggarkan blogger yang ada di Malaysia berjumlah 2 juta orang. Diulangi,dua juta orang. Banyak kan? Kalau semua blogger yang berjumlah dua juta orang ini mengejar trafik..Alamaknya..Tak best la berblogging. Tak gitu ke?

Pada pendapat Amir la,benda yang paling penting adalah komen. Trafik itu lain cerita. Amir sendiri mengejar trafik sebab entri Amir ringkas je. Memandangkan blog masih baru. Apa yang terlintas di hati dan fikiran menjadi bicara.

Berbicara soal komen. Mengapa komen itu penting? Ada rakan blogger Amir cakap. Komen itu penting kerana menghubungkan komunikasi diantara pembaca dan admin itu. Erti kata lain,ada connection la. Sesuatu entri itu ada tindak balas pembaca..kan? Amir tak fasih pulak hal sebegini..

Kalau trafik yang penting..Mungkin komen yang diberi agak sedikit..Kerana pembaca hanya menjadi silent reader. Ada yang komen,ada yang tak komen. Bergantung kepada individu itu sendiri. Maaf jika pemahaman Amir salah. Kalau salah sila tegur.

Jadi,pada pendapat anda khususnya bloggers di luar sana. Mana satu yang lebih penting? Komen atau trafik? Pendapat anda amat Amir hargai untuk kemajuan bersama..Kalau ada pendapat yang bernas dan bagus untuk dikongsikan,sila kemukakan.

jom baca lagi

Peraturan Yang Perlu Anda Tahu Ketika Memberi Komen Di Blog Ini

Assalamualaikum. Memandangkan banyak perkara yang menyusahkan diri Amir dan diiri korang. Amir buat peraturan ini ketika hendak mengomen supaya kita dapat mengelakkan sesuatu yang tidak elok. Erti kata lain,salah paham. Selain mengelakkan spam yang ngoks.

Antaranya ialah..
#1. Membaca basmillah terlebih dahulu.
#2. Membaca artikel Amir sepenuhnya.
#3. Fahami apa yang Amir hendak sampaikan.
#4. Berfikir ketika membaca.
#5. Ingat! Pendapat kita berbeza.
#6. Jangan campurkan emosi anda ketika mengomen.
#7. Jangan berfikir negatif.
#8. Ambil yang jernih buang yang keruh.
#9. Ingat! Mata pena lebih tajam dari mata pedang!
#10. Tidak boleh spam disini!!!!!!!

Perhatian:
Komenlah dengan beretika kerana setiap komen anda amatlah saya hargai. Buat apa kita komen kalau ingin menyakitkan hati orang lain,kan? Sebab itulah ada pepatah ''Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata,buruk padahnya''. Marilah kita berbincang dengan aman. Semoga kita selalu diberkati-NYA.

Amaran:

Anonymous tidak dibenarkan sama sekali..Letaklah nama anda kerana nama itu akan dipanggil oleh Allah pada padang Masyhar kelak. Bersyukurlah dengan nama yang diberi oleh ibubapa anda kerana setiap nama itu pasti indah..Indah dengan maksudnya..Membuktikan diri kita. Salam ukhwah..

Ha...inilah peraturan atau amaran ketika hendak mengomen...Kadang-kadang kita hanya membaca separuh je tulisan seseorang lalu terus membuat spekulasi..Inilah yang mengakibatkan salah faham. Amir amat titik beratkan perkara ini supaya ukhwah yang baru hendak terjalin itu tidak putus.

Amir tidak kisah nak komen apa-apa pun. Cuma,kadang-kadang nak tergelak apabila menbaca komen yang entah papa.. Lain yang Amir hendak sampaikan..lain yang difahaminya. Betul lah kata Kak Kujie..setiap orang memandang dari sudut berbeza..Jadi,pandanglah dari sudut posif. Kan?

Memang susah nak suruh orang faham apa yang kita hendak sampaikan..Dalam perbualan pun susah nak faham,apatah lagi di dalam blog. Sekadar membaca sahaja. Apa apa pun,Amir buat untuk kepentingan bersama..Bukan berat sangat pun..kan?

Selepas nie kita eratkan ukhwah..tak mahu la gaduh-gaduh lagi..kalau berbincang..Kita bincang elok-elok...Setuju? Sekian..hehe..
jom baca lagi