Memaparkan catatan dengan label Roti Canai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti Canai. Papar semua catatan

Frust Giler Apabila Nuffnang Bagi 5 Buffered Earnings..


Assalamualaikum Geng! Fuh! Bukan nak riak ke apa..Tapi Amir memang frust nie..Sakit jiwa pun ada... Kenapa? Ha,sebab Nuffnang bagi 5 Buffered earnings untuk bermain di blog ini. Cets! Satu kebanggaan dan satu penderitaan. Dah la trafik boleh tahan je. Kalau trafik macam 10000 sehari. Dah lama den jadi kaya..*Wah! Tamak nampak? Ahaks.

Amir bukannya apa..Pabila  ada Buffered Eanings nie.Mesti ar kena tarik trafik yang tinggi kan? Tapi trafik Amir 300uv je sehari. Maintan je.. Tapi susah nak kekalkan..Alhamdulillah..Walaupun tak update..Ada gak yang datang..Sorang dua..Hehe. Tapi sekarang nie dah update hari-hari sebab..tensen giler kalau tengok Earnings tak berganjak,korang pun sama gak..kan?  *Kalau tensen,orang kata pergi rumah urut bagus..Amacam? Hehe

Memang tensen ar bagi blogger pisican macam Amir nie...Picisan itu istillah bagi blogger terpinggir ar..Tak terkenal mana pun.. Siapa la yang nak berkenalan dengan budak macam Amir nie..Umur baru je 16 tahun. Entri dalam blog pun macam..macam tak best je. Time korang baca tue,korang ada rasa menyampah tak? *Cets..Bajet bagus la tek kau Amir...Ahaks.

Oh ya! Perlu ke Amir letak gambar yang ada 5 Buffered tue..Tak perlu kot..Sebab malas nak riak. Pabila Amir baca entri orang yang ada Buffered nie.. Rasa jeles pulak.. Haha. Jeles sebab Earnings cukup makan..Kalau makan kat kedai mamat..Lepas kot...* Alaa...save bajet nak tanggung anak bini..


Cukup ar.. Setakat ini saja..Tengah frust nie.. kalau pekena teh tarik dan roti canai..Hilang kot rasa sakit jiwa nie..Hehe.. * Kalau entri panjang..sapa nak baca? Blogger picisan macam Amir..tak dipandang dek orang..

So,Amir harap korang bahagia!! Chaiyok! Chaiyok!! *Chaiyok tue nasi ek? lapar nie..kekeke.
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Singgah Kedai Mamak..Tapi Aku Was-Was.


Tengahari tadi.. aku kuar ngan keluarga cari barang..cari kain maslin dan bunga. Susah betul nak cari bunga plastik kat Kuching nie. Hari nie hari Ahad. Kebanyakan kedai semuanya dah tutup. Geram! Terpaksa la pergi ke batu 7. Pusing-pusing kat batu 7 pun tak da jugak. Cets! Then..aku ternampak..

''Mak..mak..tuh bunga..''

''Ha..meh singgah.''

Aku  ternampak kelibat bunga kat kedai One Stop. Sayu hati aku tengok bunga-bunga sekalian.. Tak cantik.. tapi aku terpaksa gak beli. Tak tahu dan nak beli kat ner lagi.. Beli lah sikit..dua tiga empat lima kuntum... Lepas settle semua.. Naik keta.. Dalam perjalanan,mak aku cakap kat ayah aku..suruh singgah mana-mana kedai. Hajatnya nak singgah kat SCR di Satok tapi tutup la pulak. Melepas la aku nak makan sedap-sedap. Apa-apa pun,ayah aku carik gak kedai. Cari kedai mamak... 

''Ane..nasi beriani satu! Air limau''

''wokeyh!''

Nyaman..fuh! Sedap giler makan nasi beriani nih. Memang sedap. Aku dan ayah aku pesan nasi beriani. Tapi nasi beriani nie kureng la sikit. Ada benda yang kureng. Ha! Kuah..kuah dia bau semacam laa.. tang nie yang aku was-was. Walaupun was-was,aku melantak gak. haha. Habis sepinggan makan. Mak dan adik aku pulak pesan roti canai je.


Aku tengok roti canai yang mak aku makan nampak sedap je. Hajatnya nak pesan satu lagi..tapi malu lah. Dah telan nasi..tak kan nak telan roti canai pulak. Haha. Memang peruk buaya la kau nie Amir! Kui3... Lepas makan..pulang lah. tapi Nasi beriani mahal der. RM6 ringgit satu pinggan. Agak mahal lorh. Hari tue RM5 je.. Mungkin sebab bahan mentah dan naik,so mamak tue pun naikkan harga la.

Kadang-kadang kan,aku rasa was-was gak nak makan kat kedai mamak nie. Halal ke entah tidak. Tak pasal-pasal makan makanan haram. Selalunya kedai mamak letak ayat al-Quran kat premis mereka..Walaupun mereka letak,tak leh percaya gak. Acu cuba try tanya Al-Fatihah..kalau tahu. Kompem halal. Kalau tak tahu..sila jangan makan!

Hajat dihati nka gak try test..tapi segan. Tak pasal-pasal aku kena marah. Biar lah jabatan agama Islam tanya..kan? Moral of the stroy..makan bila lapar.berhenti bila kenyang dan makanlah makanan yang halal. Cari kepastian. Okeyh?

[gambar:sumber google]
jom baca lagi