Memaparkan catatan dengan label Kedai Mamak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedai Mamak. Papar semua catatan

Singgah Kedai Mamak..Tapi Aku Was-Was.


Tengahari tadi.. aku kuar ngan keluarga cari barang..cari kain maslin dan bunga. Susah betul nak cari bunga plastik kat Kuching nie. Hari nie hari Ahad. Kebanyakan kedai semuanya dah tutup. Geram! Terpaksa la pergi ke batu 7. Pusing-pusing kat batu 7 pun tak da jugak. Cets! Then..aku ternampak..

''Mak..mak..tuh bunga..''

''Ha..meh singgah.''

Aku  ternampak kelibat bunga kat kedai One Stop. Sayu hati aku tengok bunga-bunga sekalian.. Tak cantik.. tapi aku terpaksa gak beli. Tak tahu dan nak beli kat ner lagi.. Beli lah sikit..dua tiga empat lima kuntum... Lepas settle semua.. Naik keta.. Dalam perjalanan,mak aku cakap kat ayah aku..suruh singgah mana-mana kedai. Hajatnya nak singgah kat SCR di Satok tapi tutup la pulak. Melepas la aku nak makan sedap-sedap. Apa-apa pun,ayah aku carik gak kedai. Cari kedai mamak... 

''Ane..nasi beriani satu! Air limau''

''wokeyh!''

Nyaman..fuh! Sedap giler makan nasi beriani nih. Memang sedap. Aku dan ayah aku pesan nasi beriani. Tapi nasi beriani nie kureng la sikit. Ada benda yang kureng. Ha! Kuah..kuah dia bau semacam laa.. tang nie yang aku was-was. Walaupun was-was,aku melantak gak. haha. Habis sepinggan makan. Mak dan adik aku pulak pesan roti canai je.


Aku tengok roti canai yang mak aku makan nampak sedap je. Hajatnya nak pesan satu lagi..tapi malu lah. Dah telan nasi..tak kan nak telan roti canai pulak. Haha. Memang peruk buaya la kau nie Amir! Kui3... Lepas makan..pulang lah. tapi Nasi beriani mahal der. RM6 ringgit satu pinggan. Agak mahal lorh. Hari tue RM5 je.. Mungkin sebab bahan mentah dan naik,so mamak tue pun naikkan harga la.

Kadang-kadang kan,aku rasa was-was gak nak makan kat kedai mamak nie. Halal ke entah tidak. Tak pasal-pasal makan makanan haram. Selalunya kedai mamak letak ayat al-Quran kat premis mereka..Walaupun mereka letak,tak leh percaya gak. Acu cuba try tanya Al-Fatihah..kalau tahu. Kompem halal. Kalau tak tahu..sila jangan makan!

Hajat dihati nka gak try test..tapi segan. Tak pasal-pasal aku kena marah. Biar lah jabatan agama Islam tanya..kan? Moral of the stroy..makan bila lapar.berhenti bila kenyang dan makanlah makanan yang halal. Cari kepastian. Okeyh?

[gambar:sumber google]
jom baca lagi