Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan

Hans Hanis Contest : Gunakan Imaginasi Anda

Situasi 3: 

Di sebuah kampung yang bernama Kampung Tenggelam Timbul. Tinggallah seorang jejaka bernama Hans dan emaknya bernama Mak Limah. Sejarah nama Hans agak unik sekali. Begini ceritanya, ayah dan emak Hans amat meminati filem Bollywood. Cakap saja artis Bollywood yang terkenal. Antara artis Bollywood yang paling diminati oleh si ayah ialah Shah Rukh Khans. Emaknya pula meminati Kareena Kapur.

Jadi, semasa pendaftaran nama bayi. Doktor bertanya kepada Mak Limah.

" ..makcik nak letak nama anak makcik apa???"

" ...Hurm, makcik rasa makcik nak letak nama Karim Kapura lah sebab makcik sangat minat kat Kareena Kapur. Boleh ke?"

"Hish! Awak nie..sudah buang tebiat ke letak nama pelik macam tue? Macam ini lah dokor. Doktor letak sahaja nama Muhammad Hanis. Hanis bermaksud berani. Jadi, pakcik nak anak pakcik nanti jadi seorang yang berani" celah Pak Mail.

Maka tercatalah nama Muhammad Hanis dalam kad pengenalannya hingga sekarang. Tetapi, mak limah yang memang peminat cerita Bollywood tegar amat sukar untuk menerima kenyataan itu lalu memanggilnya Hans yang bunyinya sama macam Shah Rukh Khan. Hans juga amat baik maknanya dalam Islam.

Sehari berganti seminggu, seminggu berganti sebulan, sebulan berganti setahun. Maka, dewasa lah si Hans yang dahulu kecil dan comel tetapi kini seperti remaja lain yang sudah berbulu di ketiak, kemaluan dan rambutnya.

Maka hendak diceritakan bahawa Hans adalah seorang jejaka yang sangat anti dengan serangga - serangga seperti semut, nyamuk, lalat, labah - labah, lipas dan sebagainya. Pantang sahaja berjumpa pasti mati mereka dikerjakan oleh Hans. Pada suatu hari serangga - serangga ini telah membuat satu mesyuarat untuk menghalang tindakan Hans yang sangat keterlaluan terhadap mereka. 

Mesyuarat itu melibatkan Ratu Semut,  Laksamana Geng Semut Kampung Tenggelam Timbul, Ketua Angkatan Tentera Semut Batalion 19, Bendahara, Bentara, Ketua Angkatan Tentera Nyamuk, Ketua Angkatan Tentera Lalat, Ketua Angkatan Tentera Labah-Labah, Ketua Angkatan Tentera Lipas dan  Pak Semut Mail serta ketua segala jenis serangga yang ada. Siapa Pak Semut Mail? Pak Semut Mail adalah seekor semut yang berdedikasi dan baik hati. Apa yang istimewa pada Pak Semut Mail adalah kerana dia satu satunya semut yang baik istimewa hubungannya dengan Ratu Semut.

Mengapa hanya Ratu Semut sahaja yang hadir? Hal ini kerana semut lah satu-satunya serangga yang dipuji oleh Allah didalam Al-Quran maka sebab itulah kedudukan semut agak istimewa sedikit berbanding serangga lain.

Maka bermula lah mesyuarat itu pada jam 8.00 malam bersamaan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah yang mana tarikh ini amat penting sekali iaitu pada 12 Raibulawal inilah lahirnya seorang Nabi akhir zaman yang terulung.

Mesyuarat ini dimulakan oleh Ratu Semut.

"Assalamualaikum wbt. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk kita hidup di muka bumi Allah yang fana ini. Wahai sekalian hulubalang yang ada.  Tahukah kamu akan perilaku manusia yang bernama Hans yang agak kurang ajar dan tidak berperikemanusian yang telah menganggu kehidupan kita semua? Mahukah kalian membenarkan beta berjumpa dengan si Hans dan menampar dan menerajang sebijik dua ? Ratu berbicara dalam keadaan beremosi.

Laksamana Semut berkata  " Jangan tuanku! Tindakan itu agak berbahaya sekali. Pada pendapat patik. Biarlah patik yang pergi seekor diri berjumpa dan berbicara dengan Hans yang tak dengar kata itu."

Kemudian berkatalah Ketua Semut yang diangkat menjadi Ketua Serangga.

" Biarlah kami semua menyerang Hans dengan kepakaran yang kami ada. Tentera Semut boleh menyerang bekalan rumah Hans agar dia mati kelaparan. Lalat pula boleh menyebarkan kuman yang akan menyebabkan Hans cirit birit. Labah-Labah pula boleh membuat sarang-sarangnya dan menyemakkan ruangan rumah Hans. Lipas pula boleh berak di merata-rata tempat dan berkeliaran di dalam rumah Hans agar Mak Limah dan Hans geli geleman. Harap-harap tuanku perkenan."

" Oh tidak! Tindakan tuan hamba sekalian amat durjana sekali dan amat memalukan kita yang diciptakan Allah untuk berkasih sayang serta saling mengenali. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Inikan pula kita yang kerdil ini. Patik tak bersetuju tuanku. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita pergi tarbiah budak Hans ini agar dia cepat-cepat la taubat." sampuk Pak Semut Mail.

" Argh! Patik bangkang tuanku! Manusia zaman sekarang kejam! Tidak berperikemanusian. Buang anak sana sini, bunuh orang sesukati hati, dan tiada belas kasihan terhadap binatang mahupun manusia!! Begini manusia yang Allah jadikan khalifah di muka bumi ini?? Patik rasa kita ikut saja cadangan Ketua Semut itu!!! - balas Ketua Nyamuk yang teramatlah marah akan Hans kerana Hans pernah membunuh ahli keluarganya. 

Semua serangga bersetuju dengan cadangan Ketua Semut kecuali Pak Semut Mail.
Memandangkan suasana semakin tegang. Maka, berkata katalah Ratu Semut dengan madah yang bijaksana apabila emosinya stabil.

" Bawa bertenang semua. Pada firasat beta, beta rasa lebih baik kita ikut saja cadangan Pak Semut Mail kerana beta rasa cara itu sahajalah jalan yang lembut dan tidak memerlukan kekerasan. Ingat! Kita ada pegangan dan agama yang kukuh. Tak semua perkara perlu dibalas dengan kekerasan. Beta rasa andai kita pergi tarbiah Hans hari maka akan berubahlah si Hans itu. InsyaAllah. Jadi, kita ikut saja cadangan Pak Semut Mail."

Maka, pada setiap malam Jumaat. Datanglah seekor demi seekor semut di tepi telinga Hans untuk mentarbiahkan si Hans agar berpada-padalah membunuh serangga yang juga ciptaan Allah.

Semut 1: Wahai Hans! Cukuplah Hans. Bawak bertaubatlah. Sudah-sudahlah bunuh serangga yang tak berdosa. Kami buat tugas kami, kau buat tugas kau.

Semut 2: Oh Hans! Ko nie pekak ke bangang? Sekolah ke tak? Cukuplah...kalau kau beli DVD cerita Hantu Kak Limah pun bagus juga daripada kau beli penyembur serangga tu. Hantu Kak Limah lawak giler beb!

Semut 3 : Hans! Awak nie..menyusahkan betul lah! Lebih baik awak buat blog. Lepas tu, tulis je la apa-apa yang awak suka. Tinggalkan saja hobi membunuh serangga.

Nyamuk 1: Nyiang...nyiang... saya..nyiang...nyiang...nak..nyiang..awak..nyiang...berhenti...nyiang..nyiang...bunuh...nyiang..nyiang...serangga.. dosa tau.

dan sampailah ke serangga yang terakhir..... tetapi si Hans ini masih belum berubah. Entah mengapa dimana silapnya kata-kata serangga itu. Hans masih juga seperti dulu. Makin hari makin menjadi jadi sikap si Hans itu. Habis serangga dibunuhnya. Kesian sungguh.  Maka tamatlah cerita ini. Penulis juga berasa penat sekali...lalu terlena.. 


Di dalam mimpi penulis itu. Muncullah Pak Semut Mail dan berkata " Apa kena dengan hang ni..awat hang tak tulis je yang Hans lepas tu jadi baik dan soleh? Jadi, cerita ini ada penamat yang ceria"

" Huh?" penulis bangun terpinga- pinga. Lalu menyambut balik cerita " Hans dan Kaum Serangga.."

"....maka tamatlah kisah itu dengan bermulanya kehidupan yang jauh lebih baik dalam diri Hans dan Hans mula berubah dan tidak lagi membunuh serangga sesukahati kecuali terdesak. Itulah faedahnya menggunakan kelembutan dalam menasihati seseorang. Selepas itu, Hans mula berjinak dalam dunia blogging dengan penulisan yang mantap dan penuh bermakna untuk tatapan semut dan manusia. Hanpunyablog adalah nama terbaik yang dipilihnya yang bermaksud blog itu dia yang punya bukan bapak aku yang punya. Sekian terima kasih."

Pada masa yang sama,gemparlah satu berita dalam kalangan kaum serangga bahawa Pak Semut Mail itu sebenarnya jelmaan Ayah si Hans yang memiliki kuasa luar biasa dan Ratu Semut itu sebenarnya Lisa Surihani. Maka, terkejut beruk lah kaum serangga dan tak percaya akan berita ini namun itulah kenyataannya...

Rupa-rupanya Lisa Surihani itu calon menantu ayah Hans. 

" Macam tak percayalah... Macam mana Lisa Surihani boleh  syok dekat Hans ni? Aku dah lama dah minat kat Lisa...Oh Lisa..." madah Laksamana Semut yang kecewa jiwa dan raganya......

Penulis juga kelihatan tertekan kerana Lisa Surihani itu pernah menjadi pujaan hatinya kini tidak lagi kerana Lisa curang! Dan kesemuanya serangga jantan juga tertekan dan kecewa bahawa Lisa itu menjadi milik Hans... 


Selepas beberapa tahun, serangga jantan kian pupus kerana mati kesedihan dan serangga betina mula merancang untuk menyerang Lisa Surihani.


Hans kemudiannya mendapat khabar tersebut..dan apakah tindakan Hans untuk menyelamatkan Lisa Surihani? Tunggu sambungan tahun hadapan.






Tamatlah ceritanya.....

***

Aku sedang buat cerita untuk Hans Hanis Contest. Marilah sertai sekali. Hadiah pun menarik. Jujur aku cakap, aku tak pandai menulis cerita. Haha!




Syaratnya ialah...

Hadiah pun menarik. Nak tahu? Jom ke sini.

Contest Ini Dianjurkan oleh Hans dan turut ditaja oleh :-

2) Adzlan (RM20) 
3) Matjoe (RM30)
4) Blogger Jue (Lomo Lens 35MM @ RM55)
5) Miecyber (RM20)
6) Bean Moreno (RM30)

jom baca lagi

My Url Story Contest


Di saat aku sedang memikirkan nama yang terbaik untuk url blog ku. Muncul satu nama yang tidak pernah ada dalam nama-nama perempuan.

"Amir Izzat?" nama ini mula muncul dalam kotak pemikiran aku yang genius kalahkan beruk di hutan. Bak kata pepatah. Anak kera di rumah disusukan. Anak beruk di hutan, minum air cola. Mana best. Aik! Salah pulak. Anak kera di hutan diberi susu, anak di rumah mati kelaparan. (perlu dijelas nanti ada yang buat karangan guna benda nie. Mampuih aku).

Ok! Nama Amir Izzat. Dari mana muncul nya nama ini. Ok! Kisahnya begini.

Satu hari pada malam yang indah. Angin yang sepoi-sepoi datang..bunyi cenggerik mula kedengaran. 

"Sungguh sejuk malam ini ye bang?" tanya seorang isteri pada seorang suami dan juga kekasih hati.

" Lupakan saja sayang..Marilah kita menikmati malam yang indah ini.." jawap si suami.

Selepas itu, mereka pun melakukan.. Ehem! Ehem! Bak kata Kereta Mayat. Setelah mereka berlaga lubang kencing (lucah ke?). *iklan. "Oooh! Terasa nikmatnya ..tidak terhingga. Hahaha! Maka terjadilah satu trasformasi satu Malaysia. Eh! Tersasur la pulak. Inilah jadi apabila aku rakyat Malaysia yang jiwa satu Malaysia. Hahaha!

Ok! Trasformasi itu apabila sperma berjumpa dengan ovari. Dari berjuta-juta sperma itu. Hanya satu sahaja yang berjaya masuk ke dalam ovari. Nak tahu siapa? Aku lah tu. Hahaha!

Kemudian, selepas 9 bulan. Aku pun lahir. Macam mana aku lahir? Nak tahu tak..keluar dari perut mak aku lah. Haha! Dari lobang... (bahaya wa cakap lu.kan kena saman baru tau)

"Allahuakbarullahuakbar.." ayahku mengazankan aku di telinga kanan.

Selepas itu, pening ayah aku nak fikir nama apakah yang sesuai. Macam-macam mana beliau fikir. Apa beliau fikir? Pi tanya sendiri. Hahaha! Mana den tau.

Akhir sekali, Nama Amirull Izzat juga yang diberi. 

"Ohh! Patut la nama Amir Izzat" korang pun kata begitu.

Tau pun! Macam itulah. Amir singkatan kepada Amirull. Izzat singkatan kepada Izzat. eh! Ada yang singkat singkat ke?  Singkat nama tak apa. Jangan singkat kain nanti nampak...Rama-rama (kawan aku cakap lah!) Hahaha!

Ok! Berbalik kepada dunia teknologi yang blog sudah maju.

Fikir punya fikir. Aku letak url pertama blog aku.


Aku letak ni tau mula-mula. Tapi tak dapat. Blogspot tak izinkan aku... HUhu.

Jadi, aku berfikir dua tiga kali. Apa yang sesuai ye.

Oh ya! Cuba letak yang ini lah.

http://amizzat.blogspot.com.

Tara!! Dapatlah. Jadi,kekal lah url itu pada blogku.

Eh! Belum habis lagi, kena AMIZZAT. Okeyh! Ami nama panggilan orang kat ayah aku. Aku sayang ayah aku jadi aku letak. Izzat masih nama aku. Hak milik kekal abadi. Haha!

Kemudian, selepas beberapa hari berblogging. (tipu ni)

Aku pun dengan beraninya menukar ke domain sendiri seperti yang korang lihat sekarang iaitu www.amirizzat.com. Atas nama aku sendiri. Nama samaran. Nama sebenar Amirull (pemimpin). 

Oh ya! Lupa nak bagitau dari mana aku dapat domain ni. Domain ini dibeli dengan harga yang murah daripada IhosterZ. Bak kata Amy search..berbaloi-baloi..Hahhaaha!

"Apa? Korang ingat aku tak da duit ke nak beli domain?" berkata dengan bangga sambil hidung kembang kempis. Hahah!

Sila ketawa. Aku buat lawak ni. 

"Cis. korang ni dah hilang urat kentut ke tak ketawa" huhuh.

Sebenarnya aku hendak pakai nama www.amirullizzat.com tapi malas la. Aku nak menyamar. Yang sedap menaip ini bukan amirull tapi Amir. Korang faham tak? Hahahha!

Dah habis daaa...

Maka tamatlah kisah pak pandir yang jadi mati janda... Ok! EH! Baru perasaan. kisah pak pandir apa nya? Ini kisah den. Maka tamatlah kisah bagaimana aku boleh dapat url sekarang. Ok? 

****

Jika masih ada yang sengal-sengal tak faham kisah aku.  Lepas tu, ada yang selamber je korek hidung sambil baca laptop aku. Lepas tu, ada yang menumpah seranah. "apa punya entri la nie". Lepas tu, ada yang sanggup tahan berak nak baca entri aku.

Sebenarnya aku buat ni untuk menyertai kontest dari Cik Mera Zati.


Seronok tak baca kisah aku di atas? Kalau korang ni anonymous. Mest jawap

"Tak best arh. Cerita macam hampeh.."

Ok! Buat sendiri. Hahah! Ok! Ceria sikit. Sila ketawa untuk senyuman kekal. Senyuuuum. Tak kata apa-apa.(lagu ni kot).


Jadi, sesiapa yang berkenan nak sertai. Boleh tekan gambar di atas. Ok? Jangan sertai sebab nak mengorak cik Mera Zati. Hahaha.! Maaf. Hehe.

Baiklah. Tiba masanya sesi mengetag rakan-rakan blogger. Hurm, tak tag tak apa ke? Hehe.

Ok! Blogger yang terpilih.

jom baca lagi

Contest – Menangi Flash Header dari Ceym.Net



flash header contest


Assalamualaikum! Berita baik untuk kalian yang mengidamkan header yang bergerak-gerak macam Hans Punya blog(header baru nie beb!) dan Ayeem Ayam. kan?kan? Tidak lupa juga header Ceym.net yang cantik.. Kalau letak coursor mouse kat situ. Boleh keluar cahaya.

Baiklah. Tanpa membuat masa yang banyak. Mari kita baca sedikit info tentang kontest ini.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
  1. Buat satu entri khas tentang contest ni bertajuk “Contest – Menangi Flash Header dari Ceym.Net“.
  2. Letakkan banner di dalam entri tersebut serta linkan ke entri ini.(banner leh amik di atas entri ni)
  3. Letakkan banner di sidebar serta linkan ke entri ini.
  4. Jadi follower ceym.(kempunan follower :) )
  5. Tag 2 orang kawan. (pastikan dia dapat tau)
  6. Tinggalkan URL entri anda di komen ini.
MENGAPA PERLU JOIN?
  1. Tak nak ke header flash? Orang nak bagi free ni. Takde lagi tawaran header flash free.
  2. Sanggup ke bayar upah designer berpuluh-puluh, beratus, beriban semata-mata header flash ni?
  3. So rebutlah peluang ini :)
KRITERIA PEMILIHAN PEMENANG “BERTUAH”
  1. Dah nama pon pemenang “bertuah” , so, pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan undi.
  2. Cabutan bertuah ni akan dipilih berdasarkan Konsol Cabut Ekor
  3. Senang je kan, jsut buat entri, pastu tunggu bertuah ke tak.
Tarikh tutup : 31 Disember 2010, (jika sambutan menggalakkan, akan dilanjutkan). HADIAH juga akan ditambah jika banyak penyertaan.

***** 

Mudah sahaja kan syaratnya? Aku memang sudah lama mengidamkan header macam ini tetapi aku tak pandai membuatnya. Nantilah kalau ada masa,pergi kedai beli DVD Adobe Flash dan belajar setekun mungkin. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. (bukan highway). 

Jadi, aku dengan bangganya mengetag 

1. Kawan baik aku, Aq Naim (realiti atau maya)
2. Bro Lokman Hakim yang cool. Hehe.
3. Korang yang sedang membaca.

Oh ya! Follower aku dah 700 orang. Jom kenal dengan follower ke 700. Cik Haniz.

Nota: Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Terima kasih Ceym.net
jom baca lagi

My Header Contest (Yana's Contest)



Syarat-syarat pertandingan

  • Buat entry bertajuk.."My Header Contest" dan letakkan header Yana yang kat atas tu dalam entri
  • Follow Yana
  • Boleh letakkan header yang sedia ada kat blog atau boleh juga kalau nak buat yang baru
  • Header bebas..apa saja ..janji menarik
  • Boleh letakkan 1 atau 2 header
  • Tinggal link kat sini (klik)
  • Tag 3 orang blogger
Hadiah?

Pemenang akan dapat topup atau bank in sebanyak RM100.

Tarikh tutup: 5 Januari 2011
Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2011

****

Hari tue Tengkorak Emas yang baik hati ada tag aku untuk kontest ini. Jadi, dengan beraninya aku mempertaruhkan header di bawah ini.

Header 1

Header 2
Header 3
Agak-agak la..boleh ke header aku menang? Siapa tidak mahu menang dengan hadiah RM100?? Cuba cakap sikit.. Tetapi apa salahnya mencuba nasib..kan? Banyak kan aku letak tetapi aku mempertaruhkan header 1 dan 2.. Tiga tiga sekali pun boleh. Kalau diterima.. Tamak kan? Hehe.

Jadi, aku nak tag 3 orang blogger nie.

1. Bro Hans


jom baca lagi

Ailyl Mystery GiveAway!


Ha...Inilah gambar yang aku pertaruhkan untuk memengangi giveaway cik Ailyl kita nie. Eh! Mesti korang terpinga-pinga kan pasal apa aku edit gambor nie. Ha,pi sini sat lepas itu datang lah balik baca lagi. Hehe.

Ok! Sekarang aku nak bercerita pasal gambar kartun dia atas. Sebenarnya gambar di atas adalah photo. Macam ini.

Pada suatu hari,cik Ailyl berjalan jalan pada waktu malam. Ketika itu bintang penuh dilangit. Jadi,beliau pun ambil kesempatan untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan bintang. Hehe! Selepas itu....


Selepas itu,beliau pi cuci gambar dan gantung dalam bilik. Itu lah bilik Cik Ailyl. Cantik tak? Amir Izzat yang design. Haha.

Meh Aku cerita.

1. Rambut.

Kenapa rambut warna hitam? Pasal bila cik Ailyl berambut hitam nie.. nampak lebih nampak keasliannya. Walaupun rambut cik Aily berwarna perang.. Hitam lebih nampak keanggunannya. Hehe.

2. Kulit.

Pasal apa kulit warna putih melepak?(camnie ke eja?).  Sebab cik Ailyl nie kulitnya berwarna putih. Ada la sikit-sikit sawo matang. Susah untuk aku mendescribe warna kulit cik Ailyl nie. Kena tengok sendiri face to face baru cun. hehe.

3. Wajah.

Wajah dia putih ar. Cuma aku letak kat wajah itu pink-pink sikit. Apa entah orang pompuan panggil . Alaaa..yang macam pipi pokemon tue... (hihs..kena tanya aweks nie..)

4. Kening.

Dia hitam kot. Aku konpius gak nie. Warna hitam ke pink muda? Hurm..Hitam kot. Yang bawah pink tue kaler yang selalu pompuan pakai. Eye lenear. Apa ntah.. (tiada motif)

5. Mata biru.

Aku pun tak tahu apsal mata warna biru tapi yang aku tahu cik Ailyl memang bermata biru. Pakai contact lens dari Maxim kot..Hehe.

6. Pakaian.

Memandangkan blog Cik Aily berwarna pink maka baju beliau juga harus berwarna pink. Seluar pula berwarna biru kerana..pink dah biru nie agak serasi. entah kenapa. Kena tanya pakar nie..Hehe. Apa yang cantik dimata... Pakaian itu tajaan Gucci tauuuu..

7. Stoking.

Nampak tak stoking berbelang-belang? Apsal ea? Sebab perempuan kan suka pakai stoking berbelang-belang. Thats why aku letak gitu. hehe. Stoking buat Nike tauuu...

*****

Orait. Dah siap. Nie ha. Amir mempertaruhkan gambar kedua itu di dalam bilik yang berwarna pink. Kena cakap gak ke sebab apsal bilik tue warna pink? Ha..sebab blog cik Ailyl warna pink lah..

Kenapa ada "Huh?" . Sebab cik Ailyl terkejut masa baca entri nie.  Haha.. Jadi,itulah perician aku kali ini. Dibuat khas sempena Hari Jadi Cik Ailyl. Hehe

Nota; Bilik itu direka untuk sambut hari jadi kelak. Hehe
jom baca lagi

Contest| Dunia Dayat Domain Giveway

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari yang lepas. Naim ada tag satu contest untuk dapat domain free nie. Aku pun nak join.. Alang-alang dah berminat.. Join je la. Kalau ada rezeki,alhamdulillah.


Jom tengok cara dan syarat nak join contest ni. First kena buat satu entry khas untuk contest ni macam entry ni dan ikutsyarat- syarat di bawah.

1. Kena jadi follower blog DuniaDayat (kalau follow di facebook dan twitter dayat sekali pun ok juga) 
Beres!

2. Letak banner contest kat atas tu dalam entry korang. 
Beres!

3. Link kan entry contest dari blog dayat tu dalam entry yang akan korang buat. 
[Entry Contest] . Selesai

4. Letak link duniadayat.com dalam blogroll/bloglist. 
Selesai ( bahagian blogger terhebat abad ini)

5. Nyatakan domain yang anda kehendaki (pastikan domain yang anda pilih masih available) 
Beres! (bawah)

6. Tag 3 orang kawan anda dan beritahu mereka supaya mereka tahu anda menyertai contest ini. Lebih pon takpe. Hans
Kak Nabilah,Ain Z dan semua yang baca entry ni. Beres! 

Dicilok dari Aq Naim. Hehe...

Pemenang akan memenangi:
  • DOmain (.com/.net/.mobi/.org/.info) untuk blog/web anda. Boleh pilih mana-mana satu domain yang berkenan. pastikan domain yang anda pilih belum ada yang punya.
  • Check domain dulu disini sebelum menyatakan domain yang anda kehendaki. Domain untuk tempoh setahun.
Hurm..Domain yang aku nak ialah amizzat.com.

Tarikh tutup pada 21 september 2010. Seminggu saja jadi cepat join contest singkat ni ^_^ . Tinggalkan comment di entry contest dengan entry link kalau join contest ni. Pemenang akan dipilih melalui kotak undian. Setiap blog yang menyertai contest ini mewakili satu penyertaan kertas undian dalam kotak undi ( blog yang mengikuti syarat-syarat diatas saja yang layak masuk ke kotak undi )-Aq Naim.

Aku dah cukup semua aku buat..Ok lah..Barangsesiapa yang join. Boleh la ke blog dayat.

Nota: Aku copy sikit ayat Naim..ko jangan marah sudah..Hehe.
jom baca lagi

Jom Menang Mp3 Dengan Hanya Copy & Paste!!

Salam..Berita hangat!!!!! Sensasi dan menarik. Kini,anda boleh memenangi sebuah MP3 dengan hanya copy & paste sahaja. Diulangi! Copy & paste! Mudah bukan?

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com 

 
Tarikh tutup penyertaan :
  • 31 Julai 2010
Maklumat Hadiah
  • MP3 Player ini sangat funky.
  • Berkapasiti 2 GB
  • Amat ringan.
  • Comel.
Macam mana?? Senang kan? Untuk maklumat lanjut..Sila ke sini.Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup nie!!

jom baca lagi

Father Figure Contest By IceboxrvetT 2010@ Kisah Aku Dan Ayah.


seiras kan?

Gambar ini diambil ketika aku berumur 13 tahun. 3 tahun yang lalu ketika melawat Eye On Malaysia. Mahal jugak naik Eye On Malaysia tue.

Ayah..banyak kenangan pahit dan manis bersama ayah. Walaupun ayah begitu garang,aku sayang ayah. Pernah satu hari,aku kena kurung dalam tandas.disebabkan bergaduh dengan adik-beradik…

Ada jugak ayah aku tak bagi rumah sebab tak pergi mengaji.Kalau dah pergi mengaji,baru balik rumah.. Begitu tegasnya ayah aku..Begitulah seorang ayah mendidik anaknya supaya bila dewasa kelak kita akan menjadi insan yang berguna..


Sebenarnya,aku sangat takut dengan ayah. Kalau buat silap sikit, fuh! Susah-susah..Sebab itu aku amat berhati-hati dalam tindakanku..Ayah,sering kali menasihatiku pabila exam..Ayah cakap,jangan jadi seperti dia..Cita-citanya ingin menjadi Engineer tak silap aku. Namun,apakan daya. Sekadar jawatan Sarjan sahaja ayah mampu.

Tetapi ia tidak mematahkan semangat ayah untuk terus mencari nafkah untuk keluarga. Ayah nak..aku jadi lebih hebat dari dia..Pakai kereta Mercedes..Boleh menyara diorang kelak.. InsyaAllah..aku akan berusaha..

Ayah.besarnya pengorbanan dia..Kerja siang dan malam. Keluar bagi..dekat nak malam baru balik. Kadang-kadang pabila balik,kena pergi pulak.. Kini,ayahku sudah nak pencen..Dah hamper 21 tahun ayah berkhidmat di dalam angkatan tentera darat..2012 mungkin dia kan bersara dan kini dalam proses persaraan.


Sebenarnya aku tak pernah ucap Selamat Hari Bapa kat ayah..aku malu..segan..Hurm..mungkin aku akan ucapkan kelak….

Memang banyak peristiwa aku dengan ayah…Aku pernah lari dari rumah sebab merajuk..kah..kah.. Ceteknya pemikiran aku..
Ayah..memang tabah..adikku selalu menangis dan banyak kerenahnya..tetapi ayah aku sabar..ayah pujuk adik.. Huhu..Kalau aku..tak layan laa..hehe.. Tabah kan seorang ayah??

Sesungguhnya,pengorbanan ayah itu begitu besar…Cuma kita je yang tak sedar..Jangan melawan ayah lagi..Jangan tengking ayah..Ayah juga seorang insane…Saya sayang ayah….(air mata mengalir…) terima kasih…
Pernah tengok ayah korang menangis tak?? Aku pernah...sedih..Jadilah anak yang terbaik.. Ramai yang tak hormat ayah sekarang..Aku pun dalam usaha memperbaiki hubungan dengan Ayah..Ayah la yang terbaik..ibu menjadi pendorong... Hati ayah kena jaga..Jangan ego..Aku tahu dah perangai remaja sebab aku pun remaja.. :) PEACE!
************************************************************************



Aku buat sempena kontest father figure nie..Kongsikan kisah korang dengan menyertai kontest ini... Untuk maklumat lanjut. Korang boleh pergi ke sini..
jom baca lagi

Contest Mai Secawan! - Sedap Punyer!

Mai..Mai..pakai mai minum air kopi Radix... Tapi kenapa kita harus minum kopi Radix bukannya teh tarik..? Ha..mudah sahaja. Baca info dibawah. Anda akan tahu sebabnya...



Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
jom baca lagi