Jiwa Remaja

Jiwa remaja,
Semua benda hendak dicuba,
Nafsu berkata tidak apa,
Iman berkata jangan...

Jiwa remaja,
Selalu memenangkan nafsu,
Ajaran agama sering dilupakan,
Sehingga terjerumus ke lembah maksiat..

Jiwa remaja,
Sering kali terdorong melakukan maksiat,
Mana mungkin iman setipis ini,
Mampu menahan godaan sang wanita..

Jiwa remaja,
Perlukan bimbingan,
Mencari kasih sayang,
Mencari perhatian..

Jiwa remaja,
Kalau tidak dibimbing,
Pasti akan hanyut..
Ibubapalah yang harus menjadi arah.

Jiwa remaja,
Andai dibiarkan,
Mereka tidak akan ingat dunia,
Apa yang penting adalah kepuasan bagi mereka.

*****

Ya Allah,
Aku memohon kepadamu..
Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan-Mu.
Berikanlah aku semangat agar aku menjadi pemuda yang menegakkan syiar-Mu.
Berikanlah aku sifat sabar agar aku dapat mengekang nafsu ini.
Berikanlah aku petunjuk dan hidayah agar aku menjadi orang yang beriman dan bertaqwa.

Bantulah aku dalam perjuangan menentang nafsu ini.....

Jadikanlah aku pemuda yang beriman seperti para sahabat Rasulullah.

Sesungguhnya tiada daya upayaku tanpa kekuasaan Mu.

****

Pemuda Islam lah yang harus bangkit pada hari ini. Bersihkan jiwa mereka. Tanamkan sifat kecintaan mereka terhadap Allah dan Rasul. Jauhkan dunia daripada mereka. 

Jadikan mereka Umar Al Khattab!
Jadikan mereka Ali Bin Abi Talib.
Jadikan mereka Usamah bin Zaid bin Harithah.

Jadikan mereka pemuda yang beriman. Mereka lah yang akan meneruskan Syiar Islam ini. Bangkitlah! Bangkitlah!

6 comments:

Mek Onie berkata...

perjalanan seorang remaja sangat tercabar ... semoga kita menghargai di usia remaja kita ini,insyaAllah ..

Unknown berkata...

diwaktu remajalah kita semua akan menilai diri kita..di waktu remaja jugalah banyak dugaan yg melanda..harap2 dpt melalui waktu remaja dengan baik..

En iLHAM berkata...

kehidupan remaja yang penuh pancaroba dan cabaran inilah yang bakal mendewasakan kita untuk menghadapi mehnah yang semakin sukar pabila sudah matang nanti..nikmatilah jiwa remaja yang tiba sekarang ini dengan penuh sabar dan redha. bertawakal dan berdoa adalah sebaik-baik jalan penyelesaian.

PuanPepel berkata...

remaja.speechless

mohdhazlan Dreadlock berkata...

remaja benci dadah !

tengkorakemas berkata...

memang remaja suka mencuba, tapi tak perlu cuba benda yg tak perlu dicuba

belajar eksperimen kimia baru?tak nak pula..
cuba azan kat masjid?tak nak pula
cuba join jadi sukarelawan?tak nak pula
berniaga popia bazar ramadan?tak nak pula..

masa aku tak boleh dikembalikan, kalau tak mahu aku cuba banyak perkara baik

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??