Macam Mana Hendak Menjaga Hati Sahabat Perempuan?

Assalamualaikum wbt.

Hurm..hendak bercerita berkenaan apa ye? Blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Perasaan untuk kembali berblogging kian jauh. Mood sudah hilang dibawa arus ombak bah. Entah laaa..kadang-kadang aku takut untuk berkongsi cerita di blog ini. Takut akan perpeksi orang terhadap aku.

Ok! Lupakan pasal itu.

Hari ini.
Malam ini.
Pagi ini.

Aku rasa hendak menulis kembali. Hehehe!

Korang ada kawan tak?
Mesti lah ada kan..kalau tak da kawan. Susah mahu hidup maaa..kan?
Tetapi kawan nie datang ketika senang je tetapi ketika susah. Batang hidung susah nak nampak.

Begitu juga jika si kawan ni suka berhutang. Semasa nak pinjam, manis mulut. Tapi masa hendak bayar, berjuta-juta alasan. Aiyak! Kadang-kadang aku hairan kenapa wujud orang sebegini. Adakah salah ibu mengandung? Ataupun salah bapak yang mengeluarkan benih? Ataupun salah sperma yang menang antara berjuta-juta sperma itu? Mari kita fikirkan bersama.

Namun....bukan itu yang aku ingin bahasakan ye.

" Tengok tajuk pun dah tahu.."

Hurm.. perempuan oh perempuan.

Boleh tak awak bagitahu saya macam mana saya hendak menjaga hati awak agar apa yang saya lakukan, awak tidak akan bermasam muka? 
Boleh tak awak bagitahu saya layanan yang harus saya berikan?
Kalau terkasar, awak berpaling tadah.

Saya ni tak reti la nak pujuk-pujuk nie. Geli I nyah... Hahaha!

Siyes aku cakap beb. Aku tak pandai pujuk kawan perempuan nie. Boleh tak korang bagitahu kenapa seorang sahabat perempuan itu berpaling tadah? Dia bukan awek aku tetapi kawan aku. Aku ni jenis takleh tengok kawan bermasam muka.. kalau lelaki tak apa lah. 

Kalau lelaki tak apalah.. kasi penumbok sekali dua dan cakap " Ko pesal sentap2 ni bro? Tak da telur ke?". Pastu okay je.

Tapi takkan la perempuan pun aku kena buat kasar... Huhu..Aku dalam dilema ni. Susah kan hendak jaga hati seorang sahabat yang bernama perempuan.

Sahabat lelaki bila merajuk(ada gak spesis lagu ni) kita boleh runding agi. Bertumbok sikit je.
Sahabat perempuan..nak buat macam mana?

Sumpah! Hati dan jiwa aku tak keruan...

Adakah ungkapan maaf tidak cukup?? Sungguh besarkah kesalahan aku padanya???? 

Sejak kebelakangan ini hidup aku tunggang langgang ibarat kotak-kotak yang beterbangan dibawa angin...

Aku bukan main-main. Aku benar-benar maksudkannya... 

Whats going on?????? 

(Maafkan Amir wahai pembaca...Amir dalam dilema..bukan dilema wanita tetapi dilema kehidupan yang penuh dugaan)

Ya Allah,
Hanya padamu saja aku berserah... dan aku redha.
Kau bantulah aku ya Allah.

Aku tahu Engkau tidak akan beri ujian yang tidak mampu digalas oleh hambanya..Maka Engkau permudahkanlah aku melepasi ujian ini.


*****

1. Nafsu itu ujian.
2. Dihina orang itu ujian.
3. Ditinggalkan sahabat karib juga ujian.
4. Hilang sifat sabar juga ujian.
5. Dibenci orang juga ujian.

Apa yang penting..perlu kah aku pasrah??? Tidak! Ya, tidak... Aku yakin aku mampu lepasinya.

10 comments:

Amir Izzat berkata...

Sahabat, tidakkah kau mengerti bahawa engkaulah antara yg terpenting dalam hidupku?

blog-tips-kurus berkata...

ermmmm... mungkin awak tak perasan bahawasanya awak telah menggores & merobek hati dan perasaannya itu. wanita=sensitif & emosional. dah berapa hari merajuk ni? dah bagi dia jajan?! :-)

cucu umie berkata...

kalo bg ayie biar keadaan yang menantukan..lagipon kalo setkt gurau2 tu xkan xboleh trima..name pon kehidupan..biaselah..huh

Alexandriana Alia berkata...

macam2 ujian. pempuan tak matang je suka sentap2 ni. aje biorkan ajele. jangan dilayan sangat.

ninie_azriena berkata...

jumpa kawan tu face to face dan tanya apa yang tak kena..
nada kena lembut, tak mo tinggi2 k..
kalau tak jalan gak,
try ah bagi coklat..huhuhu..

tak yah risau sgt lah..t lama2 lembut hatu dia.. :)

Ajeyy Rawk berkata...

nice bro .. i likee ! :D

.fariza. berkata...

perempuan itu sensitif.
perempuan itu lembut.
kena pandai2 cari trick tuk amik hati perempuan :)

Amir Izzat berkata...

terima kasih atas nasihat semua... okeyh! Amir akan cuba.. syukran jazilan....

Harap2 dia okay la lepas nie..hehe

Tanpa Nama berkata...

ppuan mmg suka sentap..menyampah..sy juga seorg ppuan..tp sy jenis perempuan yg berterus-terang..bg sy lelaki senang..boleh memberi dan menerima...ppuan ni susah..kkdg dia pakai baju tak seswai ngan dia pun kita kena cakp cantik even kadang kala hodoh yg amat..sebb nnt dia sentap..kita ni nk bg dia nmpak elok..dia lak sentap tak tentu arah...

Sya Hani :) berkata...

salam.. maf mencelah.. bg sy lh.. walaupun sy p'puan sy lbh ska utk b;kwn dgn kaum Adam nie !! lbh mudah mcm y ditulis di atas.. p'puan nie kalu merajuk mmg susah nk pujuk.. kadang2 t'bh mengada2.. anggap lh 2 sbagai ujian y diturunkan oleh Allah..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??