Tiada Masa Untuk Berblogging, Mungkin Aku Terpaksa Berhenti.

Assalamualaikum wbt.

Sudah sekian lama aku meninggalkan bidang penulisan ini. Bukan tidak mahu meneruskan ia tetapi kekangan masa yang memaksa aku untuk berhenti berblogging seketika. Mungkin selamanya. Dahulu aku terjebak ke kancah dadah ini.. Ehh..ke dalam arena blogging ini disebabkan perasaan ingin tahu dan mempunyai satu misi tetapi kalau tak menaip sesuatu,nak post macam mana. Entri kosong? Copy and paste? No! No! No! Bukan cara aku daaa... kerana melalui penulisan di blog inilah yang membantu kita untuk meluahkan idea.. 


Kata orang (sapa kata nie? hehe) - " Kalau update blog kerana terpaksa, ia ibarat memberi makan Nasi kepada lembu" 


Lembu tak makan nasi lerr.. Haha.

Maafkanlah aku wahai teman andai aku tidak dapat teruskan perjuangan ini. Terima kasih untuk blogger yang sudi bertandang dan siap meneroka entri ku. Terima kasih wahai pembaca yang budiman sekalian. Terima kasih kepada pengomen yang sudi meluangkan masa untuk menulis sepatah dua kata walaupun tak ada kaitan dengan entri. (hahaha)

Andai diberikan waktu, akan aku kembali lagi dalam arena ini untuk memperjuangkan misiku. Misi apa ye? Adalah.. aku ingin mengubah dunia. Pada kesempatan ini juga, aku memohon maaf daripada rakan-rakan,para pembaca serta mereka-mereka yang tersesat ke blog aku untuk mencari Maria Ozawa(benda pelik) disini. (ni kes tak tahan la ni) - Haks.

Dengan itu, pada tarikh 12 Jun 2011. Aku mengostankan(mengundurkan) diri ini sambil menangis (kononnya) dan sambil bersedih kerana terpaksa meninggalkan bidang yang aku minati. Aku harap apabila aku kembali kelak. Dunia blog akan berubah dan terus maju dari masa ke semasa. Iya, memang perubahan telah berlaku dalam arena blogging ini cuma apa yang penting adalah bila kita menulis. Kita menulis untuk apa..untuk siapa dan kenapa kita menulis dan kita kena ingat kesan yang akan berlaku kelak. Selamat berblogging!!!

Saya Amir Izzat@ Abe Mirul (fb) melaporkan dari bilik tidur. Assalamualaikum. Hehe... Jumpa lagi kawan-kawan.

6 comments:

Amir Izzat berkata...

Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari dosa dan noda.. Maafkan lah aku teman..

Isma berkata...

cubalah amir cari masa untuk berblogging kembali :) hohoho- smart gila header tuh !

Afiq Bukhari berkata...

yeke nk stop ni? aq baru je follow blog ko hehe gila smart weh!

Hans berkata...

selamat berehat
:-)

Kisah Sekuntum Bunga Hitam

tengkorakemas berkata...

oh jangan lupa study for spm..

Fitrihadi berkata...

kalau ada masa, update je.. tak perlulah sampai nak berhenti..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??