Hidup ini begitu sukar sekali,
Apa saja yang aku lakukan pasti dicemuh,
Apa saja tindakan pasti ada yang mencari cacatnya,
Memang benar menerima pendapat itu bagus..
Tetapi andai setiap masa...
Setiap saat...
Aku sering dicemuh dan dipersalahkan,
Mana mungkin aku dapat bertahan.
Ada saja ketidakpuasan pihak di sebelah sana,
Sering menganggu ketenteraman jiwaku,
Menyeksa mentalku..
Dan memaksa aku melakukan perkara diluar batasan... AMARAH!!
Argh!! Semakin hari aku semakin tidak keruan.
Ingin saja ku lepaskan jawatan ini,
Ingin saja ku lepaskan jawatan ini,
Tetapi andai ku lepaskan..pasti mereka akan lebih suka dan ketawa.
Tidak apa! Aku akan buktikan bahawa aku tidak selemah mereka.
Yang mudah mengalah bila diuji,
Yang pantas berundur sebelum berjuang,
Aku bukan pengecut!
Nasib baik aku sedar akan kesilapanku,
Aku pernah berlembut dengan mereka namun semakin lama dipijak kepalaku.
Siapa yang dapat bertahan dalam keadaan begini? Siapa??
Bukankah seorang ketua harus dihormati?
Begitu juga seorang ketua harus menghormati anak buahnya tetapi...
Cacing pula hendak menjadi naga.
Argh! Pening! Pening!
Hidup ini terasa sukar sekali..
Ada saja hati yang perlu dijaga.
Alangkah indahnya jika aku menjadi seorang yang tidak perlu mementingkan perasaan orang lain kerna mereka juga bersikap kejam tanpa memikirkan perasaanku..
Tetapi aku ingat bahawa Allah Tuhanku.
Muhammad Nabiku.
Dan aku harus mencontohi akhlak Nabi Muhammad.
Biarpun dicela dan dihina...namun baginda tidak membalasnya dengan kekerasan.
Tetapi dengan kelembutan.
Inilah sikap yang harus aku contohi..
Tidak apa..aku akan berusaha.
Biarlah mereka melakukan kejahatan namun akan ku balas dengan kebaikan.
Hidup ini memang sukar untuk aku yang baru hendak belajar erti dunia.....
Ya Allah,
Engkau permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat...
2 comments:
like seribu kali plus sejuta kali kuasa tiga hha okay math ana 88 je so say bye to math.
biasalah tu, asal berjawatan sikit, mesti ada orang tak suka. tapi Allah kan ada ^^,
tenang...
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??