Assalamualaikum wbt.
Hari ini tiada cerita yang menarik yang harus ku ceritakan pada kalian cuma cerita antara cinta yang bermekar di hati saja mampu ku luahkan. Cintaku pada nya membuatkan aku teringatkan dia siang dan malam. Cinta yang membuatkan aku lupa untuk makan dan minum. Cinta yang membuatkan aku menempah satu lot neraka.
Jiwang? Tidak! Sekadar menjadikan ia mukaddimah sahaja. Mengapa? Adakah kalian terganggu dengan kata-kataku bahawa cinta yang berteraskan nafsu yang kalian sedari atau tidak itu membuatkan kalian hanyut ke lembah maksiat. Adakah kalian sedar bahawa ungkapan sayang dan bermanja-manja dengan kekasih kalian membuatkan nafsu kalian terangsang? Wahai kaum Adam, kalian berdusta andai menyatakan bahawa kalian tidak terangsang langsung! (takkan tak tegak kot...)
Andai kalian mengatakan bahawa cinta yang kalian agungkan itu sebenarnya suci dan murni serta bersih dari anasir- anasir syaitan laknatullah. Mengapa kalian harus bermanja-manja dengan kekasih kalian? Andai kalian menyatakan bahawa kalian merupakan pasangan yang baik tidak akan membuat perkara yang melampaui batas agama seperti berzina dan sebagai tetapi perasankah kalian bahawa saat kalian memegang tangan kalian pasangan bukan mahram itu berdosa?
Perasankah?
Mula-mula kalian akan memanggil pasangan kalian dengan panggilan "sayang" atau " hubby" atau " papa dan mama" atau " Baby".
Kemudian kalian akan bersentuhan tangan. Memang nikmat bukan? Saat pertama kali kalian memegang tangan pasangan kalian, terasa jantung berdegup kencang sekali. Terasa lembut tangan si dia. Maka, terangsanglah nafsu kalian berdua di dalam panggung wayang dengan tiada sesiapa pun yang melihatnya kecuali Allah swt yang Maha Melihat.
Selepas itu kalian akan mula berlaku mesra maka hinggaplah satu kucupan disisi gadis itu. Reaksi yang mampu diberikan gadis itu hanya diam dan tersipu malu. Seolah-olah merelakan perbuatan itu. Tidak cukup di pipi,kalian mula meminta untuk merasa kemanisan bibir si gadis yang mana kalian secara tidak langsung juga ingin merasa kepedihan api neraka.
Si gadis pula tidak berkata apa-apa. Hanya merelakan kalian berbuat apa sahaja padanya. Begitu murah sekali maruah si gadis apabila perasaan malu mula hilang dalam diri. Sepatutnya perasaan malu itulah benteng untuk si gadis namun dek kemodenan. Semuanya boleh.
Tidak cukup dengan ciuman dibibir. Kalian mengajak pula si gadis ke ranjang. Kata kalian, bibir sahaja tidak cukup untuk membuktikan cintamu padaku. Kalian kejam! Kalian sanggup menurut hawa nafsu tanpa memikirkan akibatnya. Maka bersenggama lah kalian berdua di hotel murahan yang mana semalam hanya RM10. Biarpun katilnya rapuh. Kalian tetap meneruskan adegan kalian bertunjang cinta yang penuh dengan gelora nafsu.
Maka tibalah saat dimana sang gadis datang pada kalian dan mengadu bahawa anak dalam kandungan ini anak kalian. Anak yang dikandung ini hasil cinta yang kalian berdua luahkan pada malam itu. Anak yang kononnya menjadi bukti bahawa cinta kalian itu benar. Ya, memang benar kerana cinta kalian hanya kerana nafsu.
Hampir sembilan bulan sang gadis menyembunyikan perutnya yang semakin membesar maka seluruh negara mula gempar dengan kehadiran bayi yang tidak bernyawa yang baru sahaja dilahirkan dibuang di dalam tong sampah. Itulah bukti cinta gelora nafsu kalian.
Kerana nafsu, kalian katakan itu cinta.
Kerana nafsu, kalian lupakan agama.
Kerana nafsu, kalian sanggup berbuat maksiat.
Kerana nafsu, kalian menghalalkan yang haram.
Sedarlah bahawa apa yang kalian lakukan hanyalah keseronokan sementara sedangkan apabila mati kelak kalian akan bersenggama dengan bidadari yang jauh lebih cantik dari pasangan kalian. Kalian akan bersama dengan bidadari yang sentiasa harum wanginya. Kalian akan bersama dengan bidadari yang sentiasa dara walaupun hari-hari buat projek. (aduh! rosak ayat)
Namun bukan mudah itu mendapatkan semua itu (syurga) jika kalian masih sayangkan dunia tetapi jika kalian berusaha untuk mendapatkkannya(syurga) maka kalian harus menurut perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya kerana Dara yang kalian nikmati hanya sekali tetapi seksa api neraka yang kalian akan rasa kelak berkali-kali. Mana yang bagus? Fikir dan renungkan lah.
Andai kalian benar benar sayangkan si gadis itu.
Kalian tidak akan merosakkannya tetapi kalian akan membimbingnya.
Satu saja nasihat daripada hamba Allah ini. Saat kalian tewas pada nafsu, ambillah mancis atau ligher. Dan bakarkanlah jari kalian. Andai kalian mampu menahan kepanasan api itu. Teruskan! Jika tidak, berhentilah dan ambillah wuduk untuk mengekang nafsu kalian yang bergelora itu.
*********
Kalianlah yang harus membimbing wanita bukannya merosakkan mereka. Bangkitlah pemuda pemudi agar menegakkan syiar Islam.
*********kenikmatan itu hanya sekali sahaja dan tidak berbaloi dgn balasannya*********
9 comments:
nafsu..musuh manusia yg paling nyata..
artikel yang cukup bererti. saya setuju.
=)
sepatutnya begitu lah ya lelaki membimbing wanita ke jalan yang diredhai... tetapi sbb nafsu... semua hancussss.....x kira lah wanita ke lelaki ke..
ayat power tpi bguslah tu,,menyedarkan juga...
klu ayat satera nda sedar jadi biarlah gtu...
sbg muslimat malu juga den baca...
apapun thanks 4 shring,,truk juga nafsu ni kejakan manusia x beriman ya..kesian3...
tau takper..kalo sayang..jangan la rosakkan
setuju..kesian kat mn2 perempuan yg hanya mdpt cinta nafsu semata-mata.. =( perempuan insan yg lemah..jadi lelaki yg patut menguatkn nya..bukan merosakkan nya..
apabila nafsu merajai hati ...cinta x lagi bererti ...huhu ...
aku shor kau ajak laki2 islam buat dakwah.
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??