Aku Kini Tentera Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)!!



Assalamualaikum ku ucapkan sebagai pembuka bicara.

....ketika aku sedang berehat di dalam bilik sambil teringatkan kenangan yang terindah,sambil mengenang hari mendatang. Secara tiba-tiba, telefon bimbitku berjenama Sony Ericsson berbunyi. Deringan " Tut....Tuttt...mesej berbunyi..tuutt..tuttt..mesej berbunyi" ala-ala lagu Wonder Pets bergiang di telinga menandakan satu mesej diterima.

" Kepada semua tentera SPM 2011, pertempuran akan bermula. Bendera SPM akan dinaikkan pada tahun ini & bendera ENJOY akan diturunkan. Di istiharkan DARURAT, lepak, ketawa huha2 sampai pagi akan ditukar dengan duduk mengadap buku, study sampai pagi. Sebarkan kepada tentera SPM dengan ucapan semoga berjaya mendapat straight 'A+'...!!!! Gewe letok tepi...prekso jawap sengoti.."
Selepas aku dapat mesej ni. Baru terpikir..." Oooohh...tinggal 30 hari kot nak spm....". Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 20 hari kot spm ni. Hari yang bersih adalah 20 hari. Sekarang ini adalah waktu yang paling kemuncak lah nak ulangkaji semua bagai. Aku sedar kemampuan aku....apabila tengok keputusan percubaan spm rakan-rakan. Terdetik gak nak dapat 8A. Maka, aku pun berazam dan bertekad lah nak berusaha bulan ini....tapi...tampak gayanya semangat tu nak ke laut dah. Haha!

Walaubagaimanpun, aku doakan kepada semua Tentera SPM yang akan "berperang" pada 14 hb November 2011 nanti mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang diharapkan dan setimpal dengan usaha yang kita lakukan.

Allah sendiri kata bahawa "nasib sesebuah kaum tidak akan berubah jika orang itu sendiri tidak mahu berubah". 

Pesan daku pada kalian perajurit SPM.

1. Doa.
2.Usaha.
3. Ikhtiar.
4. Tawakal.

Ingat! Berusaha dan bertawakal lah pada Allah kerana matlamat kita belajar ini kerana Allah,kan? Bukan pergi sekolah kerana awek cun ye? Bukan kerana mak bapak suruh ye? Tapi kerana Allah...

Baiklah! Itu sahajalah tintaku pada hari ini. Aku sendiri pun sedang berusaha nak buat latihan banyak-banyak..nak belajar study smart la kononnya. Hehe.

Info: Tahukah anda perasaan gementar juga akan muncul apabila melihat jadual waktu spm? Tak percaya? Nah! Sila lah tengok di sini. Hehe.!

Oh ya! Untuk buat semakan keputusan peperiksaan korang. Korang boleh semak disini. Letak nombor kad pengenalan je. Hehe. Pasti terkejut punya! Hehe!
jom baca lagi

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin 2011

Assalamualaikum wbt. Apa khabar pembaca blog Amir Izzat? Sihat belaka ke? Bagaimana sambutan raya? Bagaimana keadaan rohani dan akhlak selepas bulan Ramadhan berlalu? Bagaimana dengan keadaan masyarakat,jiran tetangga,sahabat handai dan keluarga? Bagaimana perisai yang dibina selama sebulan itu? Adakah masih utuh untuk menempis serangan syaitan? Harap2 perisai itu masih kukuh.
Baiklah. Sudah lama benar aku meninggalkan bidang penulisan blog. Sekejap je masa berlalu.Tup! Tup! Ramadhan pun berlalu..syawal pula datang menjelma.

Hari ni dah raya ke-3. Terasa baru sahaja aku pulang dari perantauan pada 27 hb. Tengok-tengok dah 1 Sept. Cepat betul kan masa? Aku ada baca...tanda akhir zaman,masa akan pantas berlalu dan kita pula sedang berada dalam fasa ke-4 dunia. Bab ni nanti aku cerita,kena rujuk yang pakar.

Baiklah. Pada kesempatan ini aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin dan mohon maaf jika ada terkasar bahasa kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua blogger tanah air. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah swt.

Setakat itu sahajalah. Imtihan dah dekat . Kalimat "Man jadda wajada,waman zaraa hasada" harus ku gengam..Assalamualaikum wbt. Sahabat pembaca!! Doakan daku agar aku dapat tempuhi imtihan dengan keredhaan Allah swt dan lulus cemerlang.
jom baca lagi

Esok Dah Puasa? Terima Kasih Allah!



Assalamualaikum wbt.

Kaifa halukum? Apa khabar pembaca sekalian. Alhamdulillah. Alhamdulillah! Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Mulia kerana masih memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar  kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus bernafas dan beribadat kepadanya.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana masih mengurniakan nikmat dan rahmat kita walaupun kita kadang-kadang berpaling tadah daripadanya. (kufur nikmat).

Terima kasih kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa kerana masih memberikan kita akal yang cerdas untuk kita berfikir mana yang baik dan mana yang buruk walaupun kadang-kadang kita terlalu menurut nafsu.

Terima kasih tidak terhingga kepada Allah kerana tidak mematikan kita dalam keadaan yang penuh dengan dosa, dalam keadaan yang penuh dengan noda, dalam keadaan yang belum berkesempatan untuk bertaubat dek merasakan mati masih jauh, dalam keadaan berlaku maksiat, dalam keadaan derhaka kepada ibubapa, dalam keadaan melawan guru, dalam keadaan menipu, dalam keadaan tidak solat, dalam keadaan mencuri dan dalam keadaan membuat kemungkaran.

Dan sesunguhnya Allah Maha Pengampun kerana mengurniakan bulan Ramadhan dan malam Lailatulqadar untuk kita membersih dosa dan menyucikan diri serta menambah lagi pahala. 

Semoga pada bulan ini kita akan berpuasa dari segi mata, telinga , kaki, tangan, seluruh anggota badan dan minda daripada perkara-perkara mungkar. 

Mulai malam ini, kita tentukan niat dan azam untuk bermunajat dan beribadah sepenuh hati kepada Allah yang tidak pernah jemu memaafkan hambaNya melainkan hambanya sahaja yang jemu untuk bertaubat.

Akhir kata,gunakanlah peluang ini sebaik mungkin kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir untuk kita kerana mati tidak mengenal usia dan waktu. ( Orang yang bijak , selalu ingat mati. Jadi, korang dan aku bijak lah. hehe)

Pesanan: Beribadatlah kerana Allah bukan kerana benda lain. Bukan kerana malam lailatuqadar, bukan kerana Syurga, bukan kerana bidadari Syurga tetapi kerana Allah.

******

Korang teruja tak korang masih hidup dan ada peluang lagi untuk bertemu Ramadhan? Korang dan aku adalah insan yang bertuah woo!! Teruja tak? Hehe.

Dalam banyak-banyak manusia, korang dan aku je hidup. Yang lain sudah masuk kubur, bila sudah masuk kubur..mana boleh puasa lagi. Jadi, masa inilah kita kena guna peluang sebaik mungkin. Tetapi takut tak sempat je nak guna sebab mana tahu bila tidur malam ini, korang dan aku akan menjadi mayat pagi esok! Maka korang terpaksalah panggil KeretaMayat. Haha.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432 HIJRAH.

p/s: Lapar..
jom baca lagi