Bismillah. Assalamualaikum. Apa khabar pembaca kalian? Agak lama juga ana menyepi dari blog ini. Antum lihat tak apa perubahan yang berlaku disini? Ha, meh nak ceghiter sikit. Ana dah ubah dah template blog ini kepada warna putih yang suci dah bersih. Barulah tenang jiwa.
Ok! Tempoh hari ana ada beli Sony Ericsson Xperia X8. Nak tahu kelebihannya? Jom terjah sini dan terjah sini untuk tahu persoalan yang ditanya dalam ruangan komen. Ana dah janji nak tulis kelemahannya. Jadi, kena buat lah.
Perkara pertama ana nak cakap.
"Aku menyesal beli telefon ni awal weyh!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Sebabnya...
" Harga telefon Xperia X8 dah turun lerr.."
Ok! Pengalaman pertama membeli telefon bimbit dengan duit sendiri memang menyeronokkan. Apatah lagi telefon bimbit Xperia X8 ini jenis "touch screen". Kalau hendak berlagak depan kawan, boleh aje . (haha) tapi itulah kalau tunjuk riak sangat, barang kita boleh hilang nanti. Iyalah, tak bersyukur.
![]() |
Batu ini cantik. haha |
Selepas hampir sebulan kot menggunakan Sony Ericsson Xperia X8 ( SEO nie). Ana mula rasa bosan sedikit dan rasa terkilan dan rasa nak marah je dan rasa menyesal pulak beli dan rasa...rasa..rasa sayang lah! Haha.
Macam nie....
Antara kelemahan Sony Ericsson Xperia X8 ialah:
Android tetap pilihanku. |
1. Firmware yang tidak dapat diupgrade.
- Telefon ini menggunakan Android 2.1 dan ia amat membosankan kerana 2.2(Froyo) - 3.0 (Honeycomb) sudah keluar tetapi Sony tak mahu update dia punya firmware. Jadi, cepat bosan la sikit. Hajat di hati nak root telefon ni tetapi risikonya terlalu bahaya.
2. Tiada multitouch.
- Kalau antum main game perang yang perlu multitouch. Memang perit lah tapi tak kisah la sebab ana layan game racing. Best giler.
3. Tidak dapat main game 3D.
- Ini yang paling parah sekali. Dalam spesifikasi kata game 3D boleh main tetapi bila download NFS Shift, Alphat 5 dan GTA serta lain-lain games yang menarik. Tak dapat main pulak. Tak ke frust kepala hotak nie?
4. Kamera yang tak boleh "zoom".
- Selain tiada flash, kamera telefon ni memang tak dapat zoom. Kalau nak zoom boleh, antum kena berganjak. Haha.. Nak zoom muka boleh.. Bawa telefon lepas tu letak telefon betul-betul depan muka target. Haha.
5. Telan kredit macam aku ni orang kaya.
- Cuba antum bayangkan. Ana isi kredit RM5 dengan susah payahnya. Selepas lima hari, ana semak baki kredit ana dan hanya tinggal RM0.68 sen. Siapa tak geram kalau kredit yang diisi dan tidak digunakan langsung hilang begitu saja. Ana hairan, toyol zaman sekarang sudah pandai curi kredit hp pulak. Adoi! ( rasa nak call celcom centre je)
6. Bateri tidak tahan lama.
- Bateri adalah benda yang paling penting. Kalau takdak bateri, macam mana nak on hp,kan? Tapi bateri hp nie tak tahan lama.. paling lama pun sehari laa. Itu pun dengan penggunaan minima dan tak sentuh langsung. Haha. Tapi kalau guna untuk layan lagu,lepas tu layan musik, lepas tu online, lepas tu call awek, lepas tu call mak, lepas tu sakit jiwa sebab bateri sudah habis dan mampu bertahan hanya 4/5 jam sahaja. Tapi parah gak ar bab bateri ni. Huhu.
Setakat itu sahajalah ketidakpuasan hati ini yang terlalu cintakan dunia ( Ya Allah, jangan aku terlalu taksub dengan duniawi, maka engkau campak dalam hatiku agar aku lebih mencintai-Mu).
Sebenarnya setiap telefon bimbit ada kelemahan cuma kita kena fikir kalau kita beli telefon itu untuk apa? Layan lagu? Tengok blue? (erk..) ataupun untuk bersosial? Haa, bagi ana. Ana beli Xperia X8 kerana X8 ada wifi yang memudahkan ana untuk berblogging serta ia mampu milik. Tapi kan , takkan la kita nak bandingkan Xperia x8 dengan x10. Jauh beza..jadi, sedarlah diri sikit fungsi hp kita. Haha.
Nak kutuk lebih-lebih pun takleh sebab hp ni pun aku pakai. Hehe.(gelak sopan)
Kalau ikutkan jiwa ini, Xperia X10 aku sambar. PSP aku sambar. PS3 pun aku sambar tapi ikut kemampuan je la. Jangan sampai benda ni membuatkan kita lupa pada-Nya. Hehe...
( Apa yang penting, telefon nie canggih... Haha.. Bagi aku)
Kemaskini:
Aku dah tulis Kelebihan Xperia X8. Sila baca ye!
Nak kutuk lebih-lebih pun takleh sebab hp ni pun aku pakai. Hehe.(gelak sopan)
Kalau ikutkan jiwa ini, Xperia X10 aku sambar. PSP aku sambar. PS3 pun aku sambar tapi ikut kemampuan je la. Jangan sampai benda ni membuatkan kita lupa pada-Nya. Hehe...
( Apa yang penting, telefon nie canggih... Haha.. Bagi aku)
Kemaskini:
Aku dah tulis Kelebihan Xperia X8. Sila baca ye!