Memaparkan catatan dengan label Rokok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rokok. Papar semua catatan

Aku Anti Rokok,Perokok dan Penjual Rokok!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jujur aku katakan yang aku nie sebenarnya anti rokok dan perokok. Kalau kalian adalah perokok,sah! Aku boikot. Haha. Baiklah…

Korang tahu tak yang rokok nie berbahaya? Sudah sedia maklum kan? Tapi kenapa la orang masih hisap rokok..tak sayang nyawa ka? Entah laa..Kalau anda nie perokok,sila jawap ye.
Kenapa aku anti rokok? Sebab rokok memudaratkan. Selain itu juga,ia haram. Kalau tak memudaratkan dan haram. Aku pun takkan hisap benda nie. Buang duit je serta mendapatkan penyakit.

Memang banyak la keburukan merokok nie. Banyak dah kerajaan buat tetapi perokok tak nak berhenti jugak. Tahukah korang bahawa merokok nie memendekkan umur? Aku rasa betul laa..sebab setiap sedutan tue,mengandungi nikotin..macam-macam bahan. Kalau hari-hari dah sedut..Alamaknya….penyakit datang..menanti maut je.

Memang sedap apabila dihisap..tapi ingatlah diri tue sikit…Duit sepatutnya untuk anak-anak..pi beli rokok..

Satu lagi..Aku tak suka kepada orang yang merokok. Hish! Dah la mulut berbau..Lepas tue merokok di tempat awam..tak reti jaga perasaan orang ka? Orang yang menghidu asap rokok leboh terdedah kepada bahaya daripada orang yang menghisap nie..Insaflah…ingat lah orang yang tersayang…

Ha! Penjual rokok nie pun satu!!!! Tak ikut arahan kerajaan. Papan kenyataan je tulis ‘’Tembakau dilarang jual kepada 18 tahun ke bawah’’.. Hanya sekadar hiasan…Alih-alih,jual jugak..Rokok murah sekarang…terutamanya yang import…Yang import nie lagi bahaya..Boleh mati pucuk..Nak ke?

Memang ramai la pelajar membeli rokok..sekotak dua ringgit je..Murah kan? Aduhai…nak salahkan siapa??? Semua orang salah!! Yan penting aku anti semua yang berkaitan dengan rokok!! Jahanam lah rokok…



Kalau sayang anak..bini…keluarga…anda tak akan merokok..Ayah aku dah berhenti merokok..bagaimana pula dengan anda????? Jadi,marilah berhenti dari menghisap benda takda faedah tue...Rokok mahal daaa....Tak sedap rokok der..Makan ais krim sedap lagi...
jom baca lagi

Aik! Baru Nak Larang Jual Rokok Ke????

Larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.
Salam Geng!!! Mari kita berbincang sejenak. Merujuk Berita Harian hari ini. Larangan pernjualan rokok 20 batang akan dibuat pada tahun hadapan. Apa pendapat anda? Kenapa tidak dilarang tahun ini ye? Kenapa takbuat tahun ini? Dengar kata 14 batang je ari tue. 

Entah la..aduh. Tapi perkara ini tidak bermasalah kepada aku kerna aku tak isap rokok. Tak men ar rokok-rokok nie. Tak sedap disamping mati pucuk. Mati pucuk? Ye la..Kenapa? Korang tak percaya? Terpulang..
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata peruntukan bagi larangan itu telah pun diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Hurm..Larangan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 ek? 2004??!! Ha.Aduhaii.. kenapa la bau nak dilaksanakan tahun depan? Kenapa tidak tahu sebelumnya??? Pelik la kerajaan nie..
Dr Hasan berkata, seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, larangan itu bertujuan membendung kemudahcapaian rokok oleh golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah.
Dr Hasan. Cops!! Nak bendung ek? Alaah..tak payah la. Kebanyakan remaja dan orang-orang tua dah ketagih bebenor dengan rokok nie. Larang pun tak da guna jugak. Ha! Ooww..AKu rasa remaja yang memang perokok tegar akan buat kes lain pulak iaitu mencuri untuk membeli rokok. Rokok kan dah mahal. Apa kata anda yang hisap rokok tue berhenti sekarang? Tahun depan dah mahal..Tambahan pula duit dalam poket selalu kering..

Katanya, tabiat merokok adalah amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan sekali gus menjejaskan tahap ekonomi perokok berkenaan
Memang memudaratkan...Baru tahu ke? Haha. Kadang-kadang lawak jugak tindakan mereka. Apa-apa pun aku sokong je. Katakan tidak pada rokok! Ingat best ke isap rokok? Dah la rasa tak sedap. Bagus makan coklat. Nak tahu tak? Ayah aku dah berhenti isap rokok.. Kalau ayah aku boleh,kenapa tidak anda? Jom sama-sama kita berhenti isap rokok..
jom baca lagi