Memaparkan catatan dengan label Nota Amalanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Amalanku. Papar semua catatan

Mari Kita Berhijrah Pada Tahun 2011

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.

Nampaknya, tahun 2010 akan melabuhkan tirainya pada hari ini. Semakin hari kita semakin berganjak ke arah hadapan. Tahun 1431 Hijrah telah meninggalkan kita. Datanglah pula tahun 1432 Hijrah. Sekejap sungguh masa berlalu,kan? Sudah 1432 Rasulullah meninggalkan kita. Entah bila kita akan menyusul beliau menunggu hari tibanya perhitungan amalan kita.

Baiklah. Bersempena ambang tahun 2011. Saya menyeru diri saya serta anda untuk berhijrah. Apa makna hijrah? Perkataan "Hijrah", digunakan untuk mengistilahkan perpindahan suatu kaum/individu dari satu hal yang sifatnya buruk kepada hal lain yang sifatnya baik. Pengertian ini berlaku kepada kegiatan pindah tempat maupun pindah kelakuan.Contoh hijrah yang paling populer adalah peristiwa Hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Mekkah ke Madinah. contoh lainnya adalah taubatnya seseorang. Jika seseorang telah bertaubat, dengan taubat nasuha, ini pun dikategorikan kepada kegiatan hijrah, berpindah dari suatu kondisi buruk kepada kondisi yang baik.

Sudah tentu anda faham makna hijrah bukan? Jadi, dalam konteks Hijrah pada hari ini. Marilah sama-sama kita memperbaikkan diri kita serta mempereratkan hubungan sesama saudara Islam serta mengukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah. Pasti, hidup kita akan aman sentiasa.

Para pembaca yang dihormati Allah sekalian,

Semalam saya ada menonton rancangan Forum Perdana yang berbicara soal Integriti. Tapi bukan itu yang hendak saya bicarakan. Saya petik kata-kata salah seorang ahli panel. Beliau mengatakan " jika kita takut dengan binatang, pasti kita akan menjauhinya tetapi jika kita takut pada Allah, kita harus mendekati-NYA). Betul bukan? Andai terserempak dengan ular berbisa, pasti kita akan menjauhinya. Tetapi jika kita takut akan Allah. Kita tidak boleh lari, tetapi kita harus mendekati Allah.

Ingat! Azab Allah sangat perit dan pedih. Tidak terbayang bagaimana seksanya kita walaupun dosa hanya sebesar zarah. Jadi, saya menyeru diri saya seorang sahaja(nak berubah juga ke? Hehe) agar berhijrah dan kembalilah ke jalan yang diredhai Allah sebelum terlambat. Mungkin, pada petang 2010 ini kita hidup tetapi menjelang malam nanti (ambang 2011) kita akan pergi menghadapa ilahi. Tempat kita syurga atau neraka. Wallahualam.

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama berubah menjadikan hidup ini lebih baik dari semalam serta menjadikan amalan kita menjadi lebih baik dari hari hari sebelumnya. Semoga Allah sentiasa merahmati kita serta memberi kita peluang untuk beribadat kepadanya.

Saya akhir dengan ucapan ucapan Assalamualaikum wbt dan tasbih kifarah. Ingat! Jika kita cinta manusia, pasti cinta itu akan pergi tetapi jika kita cinta Allah. Allah pasti akan mencintai kita. Waalahualam.

Nota:

1. Bukan caranya menyambut tahun baru dengan hiburan.
2. Bukan caranya melupakan Allah dalam menyambut tahun baru.
3. Ingat Allah, pasti Allah ingat kita.
4. Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam.
jom baca lagi

Berhijrah Ke Arah Kebaikan

Tarikh: 25 Disember 2010
Tajuk: Hijrah

Sudah tiga hari aku membaca blog Kereta Banyak. Terdetik juga rasa ingin bertaubat selepas aku 'tengok' diriku balik. Kadang-kadang terfikir jugak.. Untuk apa aku hidup andai tidak solat,tidak puasa, tidak ikut perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Jadi, aku ambil keputusan. Aku pergi ambil wuduk. Aku pergi sembahyang asar. Waktu ni agak lewat sikit. MasyaAllah. Betapa bodohnya aku melewatkan solat.Aku pernah baca bahawa orang lelaki mesti solat di masjid kalau dengar azan. Orang perempuan pula mesti solat di rumah pada awal waktu. Hurm..begitu jahilnya aku. Dulu, solat selalu dilewatkan. Sekarang tidak lagi, aku ambil keputusan aku hendak berubah. 

Aku hendak berhijrah. Hijrah kan baik. Manalah tau ketika aku tengah tidur..tetiba aku mati. Lagi aib lagi, masa tengah buat maksiat ke? Tetiba maut menjemputku.. Dan lagi aib kali..masa berak(tak lawak).MasyaAllah..tetiba tergelincir dalam tandas..Kemudian, mati. (Ya Allah, ampunkanlah aku)

Dulu aku takut mati sebab amal aku sikit. Ha,korang takut mati tak? Aku terbaca dalam blog Kereta Mayat bahawa orang yang mendoakan dirinya sentiasa panjang umur itu orang yang takut mati. Ye ke? Wallahualam. Bergantung pada niat kita,kan? Nak tahu tak siapa yang pertama kali meminta  dirinya dipanjang umur sampai kiamat? 

SYAITAN laknatullah! Amacam? Nak ikut syaitan ke? 

Sabda Nabi SAW maksudnya

" Barang sesiapa yang mengikuti sesuatu kaum itu, maka tergolonglah dia dalam kaum itu"

Macam itu kot ayatnya.Tak ingat dah aku. Tapi aku dah taubat. Aku harap taubat aku diterima Allah. Oleh kerana aku merasakan dunia sekarang sudah tua seperti perempuan yang bongkok tiga dan bermekap tebal seperti yang  diceritakan aku di masjib malam tadi.

Begini, semasa Nabi Muhammad SAW di Mikraj(betul tak aku eja?). Baginda melihat seorang perempuan yang bongkok tiga. Bayangkanlah bongkok tiga. Memang tua lah tetapi pada kat muka dia..Dia pakai mekap yang tebal sesangat.

Lalu baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail.

" Siapakah gerangan wanita itu?"

Jibrail pun menjawap. "Itulah dunia.."

Itulah dunia? Yang sudah bongkok tiga yang sedang menunggu masa untuk dimusnahkan oleh Allah. Kalau cerita ini salah. Sila betulkan. Pada zaman Rasulullah SAW pun dunia sudah bongkok tiga. Zaman sekarang selepas 1400 tahun macam mana pulak? Aku rasa sudah bongkok sepuluh. Hahaha! Ops! Ini 
bukan lawak.

Aku takut aku mati sebelum aku kahwin. Hehehe! tapi aku lagi takut mati sebelum aku merasai nikmat sebenar Islam. Nikmat sebenar iman. Ok! Panjang betul mukaddimah. Jadi, pada malam tadi. Aku pergi ke masjid. Aku memang 
berniat hendak bertaubat..  Meh aku cerita apa yang aku dengar di masjid sebelum korang mati. eh! Sebelum aku mati. 

(terpengaruh dengan kereta mayat sikit)

Iklan * Iman adalah..mutiara di dalam hati manusia.

*****

Jam 6.30 petang. Aku pergi ke masjid solat berjemaah. Kenapa aku nak pergi masjid sebab orang lelaki kena sembahyang kat masjid. Banyak pahala tu..27 pahala. Kalau sembahyang kat rumah, sikit je. Tak best. Macam mana la nak  tampung dosa aku selama ini kalau aku asyik sembahyang kat rumah.

Jadi, aku pergi laa. Korang yang lelaki ni patut pergi la sebelum korang mati. Tapi tak apa kalau korang malas. Hehehe. Sebab masa korang mati, korang akan berada di depan 

sekali. Depan iman.. Hebat kan? Sehabis habis depan iaitu menjadi jenazah. Masa itu apa yang aku mampu ucapkan 

"innalillah wa innailaihirajiun.." - Dari Allah kita datang, kepada Allah lah kita kembali.

Orait. Selepas solat maghrib. Ada kuliah tauhid. Bab kuliah tauhid ni aku suka dengar. Dulu, aku selalu dengar ustaz Hassan berceramah kat surau tapi sekarang nie. sejak jadi remaja. Makin bangang perangai aku. Makin kembali ke zaman Jahiliah. Bersyukur lah kepada Allah aku tak mati lagi. Kalau mati? Neraka tempatnya. Korang nak ke nak masuk neraka? Tak nak! Baguslah tapi maksiat tu tinggal lah. 

Aurat kena tutup. Anggota badan ke jaga. orait.

Selepas solat sunat, aku pun duduk bersila lah di depan Ustaz Azmi (penceramah). Bukan duduk depan muka dia tapi depan juga lah. Hahaha! Mula-mula beliau cakap.

Nabi Muhammad bagitahu dalam majlis ilmu ini ada 5 jenis orang. Nak tahu?

1. Orang alim yakni yang memberi ilmu.
2. Orang yang menuntut ilmu.
3. Orang yang mendengar ilmu.
4. Orang yang cintakan agama.

Dan celakalah kamu orang yang kelima. Macam mana orang yang kelima? Entah ar. Aku pun tak ingat. Tanya ustaz korang. Kalau silap,maaf ye. Ok! Aku pula tergolong dalam golongan orang yang mendengar ilmu sebab aku tak bawak pen dengan kertas. Fuh! Menyesal jugak tak bawak. Jadi, level aku hanya pada level 3. Korang pula duk level mana? Yang baca blog ni? Haha.

Pastu.. Apa lagi ye? Kejap..aku nak ingat balik.(inilah kejadahnya tak salin apa ustaz cakap. Aduh!)Oh ya! Beliau cakap lagi.. Kita sebenarnya ni di akhir zaman. Dunia dah nak kiamat  dan bermulanya tahun hijrah( tak pasti ni) kita kena berubah lah. Memang kena lah dengan 

jiwa aku yang hendak berhijrah ke arah kebaikan. Lepas itu, ustaz tu kata..

Nabi Muhammad pernah bersabda.. Kat dunia ni adalah beberapa (tiga/empat) jenis golongan. (maaf. antara ingat tak ingat)

1. Ada orang yang hari ini lebih baik lagi dari hari semalam.
-aku lah tu. Semalam aku tak solat zuhur. Hari ni solat. Korang?

2. Ada orang yang hari semalam sama je dengan hari ini.
- Siapa ek? korang termasuk tak?

3. Ada orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam. Maka celakalah kamu!
- Ya,celakanlah orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam. Siapa? Aku lah. Sebabnya aku tak solat subuh..  Betapa besarnya dosa aku.

Hari ini aku tak sempat pergi masjid masa Zuhur. Lepas tu, tertinggal pulak nak pergi solat Subuh di masjid. Ya Allah.Ampunkanlah 

Oklah! Aku pun dah tak ingat. Mulai sekarang, aku nak berubah. Aku jadi mukmin sejati sebab aku dengan korang ni pewaris nabi dan kita ni sebaik baik ummat. Nantilah aku cerita. 

Oh ya! Aku dah berubah? Korang bila lagi? Bukannya apa..aku takut aku mati awal nanti. Amal sikit je. Ok! Bagi kaum lelaki tu, solat lah di masjid. Yang perempuan solatlah di awal waktu. aku bukanlah sesiapa untuk menegur korang tetapi aku menegur korang sebab aku pewaris nabi dan korang juga pewaris nabi. Faham tak? Tak faham sila tanya ustaz berdekatan. Hehehehe!

Baiklah. Aku akhiri tulisan aku ini dengan tasbih kifarah. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dari segala malapetaka. Assalamualaikum! Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari nafsu saya sendiri. Wallahualam.
jom baca lagi