Bismillahirahmanirrahim.
Tadi, semasa melawat gua.com.my. Aku terjumpa satu tajuk " Yang Mana Satu Uji Ketangkasan Anda" Jadi, apa yang aku jumpa adalah seperti berikut.
Dari gua.com.my
Ingin menguji ketangkasan anda? Kalau ya, anda mesti menyahut cabaran Yang Mana Satu, anjuran Mister Potato yang bakal bermula 13 Disember ini sehingga 9 Januari 2011.
Bagaimana? Caranya mudah saja. Terlebih dahulu, anda perlu mendaftarkan diri di Facebook Mister Potato walaupun anda sudah merupakan peminat ‘fanpage’ Mister Potato. Selepas memilih pasukan yang ingin anda wakili, apa yang anda perlu lakukan adalah menjelajah Pulau Mister Potato dan menggali pada lokasi yang ditunjukkan.
Daripada lapan lokasi galian, tiga daripadanya akan membawa anda kepada tiga cabaran mini sementara satu lagi menjanjikan pemain hadiah kejutan.
Setiap cabaran mini akan mempunyai papan angkanya sendiri untuk para pemain memasukkan mata mereka sebaik tamatnya cabaran. Untuk melayakkan diri bagi memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan, pemain mestilah melalui cabaran yang diberikan sekerap yang mungkin dan menggali di kesemua lokasi galian yang terdapat di peta harta karun.
Hadiah wang tunai yang ditawarkan akan diagihkan seperti berikut:
1. 10 pemain paling aktif sepanjang tempoh pertandingan dalam pasukan yang dinobatkan sebagai juara akan menerima RM500 setiap seorang
2. Markah tertinggi untuk permainan mini 1 sepanjang tempoh pertandingan: RM300
3. Markah tertinggi untuk permainan mini 2 sepanjang tempoh pertandingan: RM300
4. Markah tertinggi untuk permainan mini 3 sepanjang tempoh pertandingan: RM300
5. Pemain paling aktif secara keseluruhan sepanjang tempoh pertandingan: RM300
6. Pemain dengan markah tertinggi secara keseluruhan sepanjang tempoh pertandingan: RM300
****
Wah! Hadiahnya begitu lumayan sekali. Apa lagi? Aku terus ke page Mister Potato dan terus LIKE. Selepas itu aku pun layarilah lawan sesawang Mister Potato disini tetapi aku tidak jumpa pun berkenaan cabaran Yang Mana Satu ini. Oh ya! Baru aku teringat...cabaran Yang Mana Satu bakal bermula 13 Disember ini sehingga 9 Januari 2011.
Jadi, terpaksa la aku menanti. Bagaimana dengan anda? Nak sertai atau tidak? Hadiah lumayan..
Nota: Salam Maal Hijrah dari saya. Jom kita baca doa yang harus dibaca pada akhir Zulhijjah. Doa akhir tahun. Semolek moleknya pada hari ini. JOm ke sini.


