Memaparkan catatan dengan label Kisah Budak Sekolah Gilakan Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Budak Sekolah Gilakan Blog. Papar semua catatan

Kisah Budak Sekolah Gila Berblog Bab 2

Tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat..Dia tak dapat berdiri dengan tegak. Pernah tengok orang tua bongkok tak? Macam itu laa keadaan budak Amir ini. Itu lah padahnya berblog tak ingat dunia..

Amir bukan sahaja mengalami masalah pinggang tetapi masalah kaki kanan. Kalau berdiri tue tak kuat sangat la..Lemah semacam laa..Adakah disebabkan asyik kuat toceng?? Haha. Ha,berblog pun kena lakukan senaman untuk mengelakkan keadaan seperti si Amir itu..Korang yang blogger nie ada buat tak? Kalau tak buat,nak jadi macam si Amir tue? Seksa si Amir tue tau…

Disebabkan Amir sakit pinggang. Dia telah berhenti menulis seketika. Namun,dia kembali menyambung selepas itu…

Selain sakit tubuh badan nie…Si Amir mengalami gegala susah nak tidur pula dah..Kalau online tue,sehinggakan ke pagi. Aku hairan dengan si Amir nie..Tak mengantuk ke dia? Kalau aku laa..pukul sepuluh kompen tidur… 

Sehubungan itu,aku nak berkongsi sedikit senaman untuk blogger nie. Sumber dari Azumas.

  klik untuk jelaskan lagi.

Kalau ikut senaman nie,kompem kita tidak akan sakit-sakit lagi..

Hish budak Amir nie..itula..gila sangat berblog sehinggakan tak fikir kesihatan diri. Adakah korang termasuk dalam kategori si Amir nie????

Amir pernah cakap kat aku dia nak berhenti berblog…

Aku: Eh..aku rasa nak berhenti berblog laa..sakit badan nie…

Aku: Ye ke? Alhamdulillah..kau dah nak bertaubat…

Amir: Aik..aku nak berhenti berblog la..bukan nak bertaubat…

Aku: Ye la..kau nie dah hanyut dalam blog sehingga kawan kau sendiri pun kau lupa…terasa aku tau..

Amir: Alaa..kau nie. Tak kan nak emo pulak? Dah! Dah..jom kita makan roti canai kat depan tue…

Begitulah perbualan aku dengan si Amir nie..tapi cuma cakap je laa....Melayu cakap tak serupa bikin,kan?

Disebabkan berblog jugak,dia jadi pemalas. Ye lah kan..Asyik duduk depan laptop. Kerja lain pun tidak diendahkan..Apa la yang dibuat dalam blog tue? Nak usha blog dia tak??????

Bersambung…………
jom baca lagi

Kisah Budak Sekolah Gilakan Blog Bab 1

 
Sejak bermulanya cuti,Amir sering menghabiskan masanya di depan laptop. Dia seorang pelajar Tingkatan 4 Aliran Sastera. Bersekolah di sekolah Teknik dengan mengambil kursus Katering. Cuti baginya kali ini amat menarik buatnya kerana dapat melupakan segala urusan di sekolah dan segala kerja sekolah yang cikgu berikan. Dia terus alpa dan terus leka.

peneman setia

Saban hari dia semakin hanyut dalam alam maya. Tidak kira siang dan malam,kerjanya hanya mengadap laptop sahaja. Solatnya semakin terabai..kewajibannya terus tidak dilakukan..Katanya,berblog lagi best.

Memandangkan semakin hari semakin ramai yang memasuki blognya. Dia rasa teruja dan terus menulis agar pelawat tidak putus-putus mengunjungi blognya..

Teman-temannya semuanya dilupakan..Erti kata lain,hidup dia hanya di alam maya. Dunia realiti bagaikan tidak bermakna buat dia..Kawan terus dilupa.

Walaupun kawannya ajak keluar jalan-jalan,Amir tak nak…Parah sudah…Bak kata orang,mandi tak basah. Tidur tak lena, Makan tak kenyanng. Asyik rindu kat blog je..Kalau pergi mana-mana..Dia sentiasa mencari jalan untuk mengakses internet…

Idea dia pulak sentiasa datang dengan bercurah-curah kerana impian dia nak jadi macam BenAshaari yang boleh post entri banyak-banyak..(Alahai..Besar cita-cita nampak?) Walaupun tengah 'melepas' pun dia maih berfikir apa yang hendak ditaip..(Macam korang jugak kan?).

Pada sebelah petang yang indah..ketika sedang menaip…

Telefon tiba-tiba berdering.. Amir pun angkat.

Amir: Hello..Siapa dia talian??

Farid: Oi! Aku nie. Kau nak keluar tak? Cari baju ke..Jalan-jalan ke..

Amir: Hurm…tak nak ar ..Aku ada hal nie..Sibuk.

Farid: Betul ke? Tak pa lah. Jumpa lain kali. Tut!

Sebenarnya dia leka dengan blog. Dia dah gila tahap tak boleh diubat. Semakin kusyuk di depan blog. Amir tiba-tiba mengalami implikasi di pinggangnya kerana asyik duduk je..Tak berganjak langsung dari katilnya..Badannya tiba-tiba……………….

[Bersambung……] 
 @karya Amir Izzat
jom baca lagi