Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan

Harga HyppTV hanya RM6 Sebulan

Berita baik untuk anda. Telekom Malaysia Berhad (TM) baru je umum kadar harga untuk saluran premium dan kandungan Video atas Permintaan (VOD) yang disediakan melalui HyppTV, perkhidmatan televisyen berbayar terbaru di Malaysia pada harga dari RM6 hingga RM48. Sebenarnya,aku pun baru tahu pasal perkara ini.



Berkuat kuasa 1 November kadar itu bermula dari RM6 untuk saluran premium dan RM8 untuk VOD merangkumi semua jenis kandungan, termasuk Hollywood, tempatan, Asia dan Bollywood. Siri TV terkenal Hollywood pula akan dicaj RM48 setiap tajuk (untuk set siri penuh) setiap musim dan boleh ditonton untuk sebulan.


Sekarang nie HyppTV dinikmati lebih daripada 16,000 pelanggan kediaman menerusi perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) UniFi iaitu pakej VIP5, VIP10 dan VIP20. Yang menariknya,TM akan menawarkan perkhidmatan VOD termasuk filem blokbuster dan siri tempatan.


Selain saluran TV nie, mereka juga menawarkan perkhidmatan VOD yang membekalkan kandungan yang berjumlah lebih daripada 1000 jam, termasuk filem blokbuster hit, siri terkemuka Hollywood serta filem dan siri tempatan. Perkhidmatan ini hanya ditawarkan menerusi HyppTV dan ia membolehkan anda memilih dan menonton program pada bila-bila masa saja

Ketika pelancaran rasminya pada Mac 2010, pelanggan UniFi menikmati 22 saluran dan tajuk VOD berjumlah 400 jam secara percuma sepanjang tempoh promosi berakhir 30 Oktober 2010.

UniFi kini ditawarkan menerusi tiga pakej kediaman iaitu VIP5 pada RM149 sebulan, VIP10 (RM199) dan VIP20 (RM249).

Murah sahaja bukan? Nak tahu apa itu HyppTV? Jom ke sini.

Nota: Ada sesiapa yang pernah cuba? Masih tidak tahu fungsi HyppTV laa..
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Berhati-hati Akses Wi-Fi di Luar.


Petang nie Amir nak berkongsi sedikit  rahsia info tentang bahayanya akses Wi-Fi di luar. Wi-fi sebenarnya menjadi semakin popular disumbangkan oleh peningkatan rangkaian jalur lebar berwayar dan tanpa wayar kerana ia merupakan rangakaian kawasan setempat(LAN) yang bergantung kepada rangkaian kawasan luas(WAN) seperti WiMAX dan sebagainya.

Wi-Fi kini boleh diakses di mana-mana saja. Sama ada rangkaian daripada jiran tetangga, di kedai mamak, restoren segera atau atau di lapangan terbang, anda tentu dapat mengesan rangkaian wayarles yang mengunakan Wi-Fi (Wireless Fidelity) atau rangkaian protokol 802.11b.

Baik. Mengapa kita perLu berhati-hati ketika mengakses wayarles di luar? Mari kita lihat sebabnya.


PENCEROBOH.
  •  Penceroboh? Ya. Apabila anda memasuki rangkaian terbuka dengan mengakses mana-mana rangkaian Wi-Fi terbuka di luar,anda sebenarnya mendedahkan kemputer anda kepada pencorobohan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap.
  •  Kebanyakan Wi-Fi terbuka dan tidak mempunyai kata laluan juga tidak mengunnakan sistem perlingdungan keselamatan para pengguna.
  • Maka data-data dalam komputer anda boleh diakses dengan mudah oleh sesiapa yang berada dalam rangkaian tempatan atau mereka yang mengakses dari luar iatu menggunakan internet. 
 VIRUS.
  •  Anda juga sebenarnya terdedah kepada ancaman VIRUS,TROJAN,MALWARE,CECACING dan sebagainya yang mudah menyelinap masuk ke dalam kompuer yang tidak dilindungi sepenuhnya.
  • Untuk mengelakkan dari terken virus ini mudah je. Anda hanya perlu memasang perisian anti virus terkini dan sentiasa mengemaskini versi terbarunya(UPDATE).
  • Penggunaan perisian operasi firewall yang terdapat sitem operasi (OS) Windows terkini mampu menghalang pencerobohan dan juga tindakan trojan atau malware yang sentiasa merubah tetapan (setting) dalam komputer anda.

KECURIAN.

Kecurian ini memang berbahaya. Anda mungkin akan kehilangan laptop kesayangan anda jika selalu membawa dan mengakses Wi-FI di kedai-kedai mamak kerana perbuatan ini mungkin mendedahkan laptop anda untuk dicuri. Pencuri pun bersenang lenanglah. JANGAN BIARKAN PERKARA INI BERLAKU!

Bagi pengguna telefon bimbit pula,penggunaan Wi-Fi sememangnya banyak menjimatkan kos mereka tetapi tidak terkecuali juga daripada masalah-masalah yang disebut tadi. Sehubungan itu,anda haruslah berhati-hati dan bijak untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Bisik sikit : Fuh! Lepas nie aku takut dah nak guna Wi-Fi. Selalu curi taman sebelah punya... hehe.. 
jom baca lagi