Memaparkan catatan dengan label IPTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPTA. Papar semua catatan

Pelajar IPTA Tiada Kesedaran Politik!

Assalamualaikum. Dari maklumat yang saya dapat,terdapat lebih kurang 4.3 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pendundi. Rata-ratanya adalah pelajar IPTA. Mahasiswa dan Mahasisiwi. Mengapakah keadaan ini terjadi?

Saya hairan la. Mengapa mereka tidak mahu mendaftar serta mengundi? Tidakkah ada kesedaran di dalam diri pelajar IPTA untuk membela anak bangsa? Untuk memajukan bangsa dan Negara? Alaa..Kalau dalam kampus,cakap bukan main. Tapi bila tiba bab mengundi,tak mahu pulak..

Lepas itu pulak,banyak mengomen.. Nak bayar duit PPTN tinggi laa..Itu la ini laa..Semua kemudahan nak tetapi apabila disuruh mendaftar..Tak mahu pulak! Kalau suruh mengundi peserta AF boleh pulak.

Saya rasa la. Mungkin mereka ini..Pelajar IPTA ini fikir yang politik di Malaysia kotor.. Tak boleh sentuh..Sensitif..Sebab itu la tidak mahu mendaftar serta keluar mengundi,kan? Tolonglah.. Politik ini tidak seperti yang anda fikirkan..Jangan duk fikir negatif..Keluarlah mengundi..Pergi daftar cepat..Jangan sampai maruah bangsa dan negara kita tergadai ke tangan orang lain yang tidak berhak! 

Kita yang harus mentadbir negara ini. Negara ini milik kita. Ingat!Pergi mendaftar cepat..Dan mengundilah pabila tiba pilihanraya.. Anda sudah besar panjang..Sudah dapat berfikir matang..Tahu yang mana baik dan buruk..Saya hanyalah seorang pelajar di bangku sekolah. Kalau abang-abang dan kakak-kakak saya di IPTA bersikap sebegini. Hancurlah negara..

Baik tak payah pergi IPTA kalau hiburan yang anda kejar..Kalau nak hidup bebas je.. Rasanya ramai pelajar IPTA yang bermasalah,kan? Sudah terang lagi bersuluh laa....Duit PPTN riuh dibuatnya..Adoi.. Pasal $$ semua jadi..

Nota kaki dan tangan: Saya nak suruh pi mendaftar dan pi mengundi je..Ahaks.
jom baca lagi

Semak Status Rayuan Keputusan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Semakan itu boleh dilakukan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di www.upu.gov.my atau saluran hebahan menerusi laman web universiti yang dipohon calon. 

Calon boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA masing-masing dan membawanya sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendaftaran di IPTA berkaitan. 

Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal sekiranya mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 31 Julai ini.

Semakan juga boleh dilakukan di laman web berikut, www.jpt.uum.edu.my dan www jpt.utm.my.

Melalui SMS:  

Calon juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan SMS ke 15888.

Untuk bantuan:

Calon juga dinasihatkan menggunakan kemudahan Hotline dan Helpline bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan menerusi talian 03-88835858 dan 03-88835848 untuk semakan dan bantuan

Nota: Semoga anda berpuas hati! Terima kasih.
jom baca lagi

Status Rayuan Keputusan Kemasukan IPTA Disemak Esok

Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf sesi akademik 2010/2011 boleh disemak mulai 12 tengah hari esok.

Semakan itu boleh dilakukan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di www.upu.gov.my atau saluran hebahan menerusi laman web universiti yang dipohon calon. Calon boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA masing-masing dan membawanya sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendaftaran di IPTA berkaitan.

Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal sekiranya mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 31 Julai ini. Calon juga dinasihatkan menggunakan kemudahan Hotline dan Helpline bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan menerusi talian 03-88835858 dan 03-88835848 untuk semakan dan bantuan.  
Semakan boleh dilakukan di laman web berikut, www.jpt.uum.edu.my dan www jpt.utm.my. Calon juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan SMS ke 15888.- BERNAMA
jom baca lagi